Wednesday, June 20, 2012

SEMBAHYANG SUNAT DUHA DAN INDUSTRI SARANG BURUNG WALIT (SBW)

Ramai di antara kita yang mengamalkan sembahyang sunat duha. Saya cuma ingin menarik perhatian anda kepada doa yang kita baca, sewaktu kita menunaikan sembahyang ini. Sebahagian daripada kandungan doa tersebut adalah seperti berikut:-




Bahagian ayat ...jika ada rezeki ku masih di langit, turunkanlah. dan ramai juga di antara kita yang percaya salah satu daripada rezeki daripada langit ini ialah sarang burung walit (SBW).


Ramai juga yang bersetuju dengan saya bahawa satu lagi rezeki daripada langit ialah air hujan. Air hujan yang turun dengan lebatnya dan berpanjangan, jika kita tidak berbuat sesuatu, ia boleh bertukar menjadi satu malapetaka yang besar. Maksud saya banjir besar yang boleh menyebabkan kerugian yang besar dan juga kehilangan nyawa. Tetapi apabila pihak kerajaan bina empangan, banjir dapat dielakkan. Ini adalah merupakan rahmat yang pertama. Apa yang lebih penting ialah daripada empangan ini kita boleh jana kuasa elektrik yang merupakan satu lagi rahmat dan ramai di antara kita hari ini yang mendapat rezeki dengan menggunakan kuasa letrik yang ada.


Selain daripada kuasa elektrik, air boleh disalurkan ke sawah-sawah padi. Jika dahulunya kita hanya mampu bertanam padi sekali sahaja dalam setahun, tetapi dengan adanya bekalan air yang berterusan daripada empangan tadi, kita boleh bertanam padi dua kali setahun. Ada juga yang mampu sampai 3 kali dalam setahun. Apabila pesawahan ini diurus dengan optimum, maka melimpahruahlah rezeki orang yang mengusahakanya.






Dengan lain perkataan, air hujan akan mereliasasikan maksud rezeki daripada langit setelah kita bina empangan.


Demikian jugalah dengan SBW. Ia akan hanya menjadi kenyataan sebagai salah satu rezeki daripada langit, SETELAH kita cari ilmu dan bina rumah burung walit.


Jika kita berdoa sahaja, tanpa diikuti dengan sesuatu tindakan atau usaha, saya berpandangan ia tidak akan mendatangkan sebarang hasil seperti yang kita doakan. Tuhan pun telah menyatakan dengan jelas bahawa ia tidak akan merubah nasib sesuatu kaum , kecuali kaum itu sendiri. Maka jelaslah, kita kena bina RBW, kemudian berdoa dan terus berusaha memajukan projek tersebut. InsyaAllah kita akan berjaya, AMIN.




Fikir-fikirkan lah.


Skian.




Dr Azizol Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment