Saturday, June 22, 2013

KEDUDUKAN USAHA MALAYSIA UNTUK MENGEKSPOT SBW KE NEGARA CHINA


Salam hormat,

Kali ini ringkas sahaja. Hanya untuk memanjangkan maklumat mengenai usaha Malaysia untuk mengekspot SBW ke Negara China. Mungkin ramai yang tidak membaca akhbar yang berkaitan, jadi bagi mereka ini saya ketengahkan maklumat berkaitan.

Menurut BERITA HARIAN, bertarikh 21hb Jun, pihak berkuasa Negara China telah membuat pengauditan ke atas 15 syarikat pemproses SBW untuk di ekspot ke China (tarikh tidak pula dinyatakan). Hanya 9 syarikat mendapat kelulusan bersyarat, 2 syarikat lulus dengan membuat beberapa pembetulan dan 4 syarikat gagal.

Bagi 9 buah syarikat ini, usaha penambahbaikan setelah dilakukan hanya memerlukan pengesahan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan sahaja. Berikutnya mereka ini boleh mengekspot produk mereka ke negara China. manakala 2 syarikat yang diberikan lulus serta melaksanakan pembetulan, setelah di buat, pihak berkuasa negera China akan mengaudit semula dan jika menepati tahap yang dikehendaki, akan diberikan kelulusan dan boleh mengekspot SBW ke China.

Kita berharap agar 9 syarikat yang hanya memerlukan sedikit penambahbaikan dapat menyegerakan usaha mereka dan disahkan oleh agensi kerajaan secepat mungkin. Dengan berlakunya ekspot ini nanti kami berharap harga pasaran SBW mentah akan bertambah baik.


Skian


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Thursday, June 20, 2013

WALIT TIMUR ENTP. GALAKKAN PENGGUNAAN TEMPATAN SBW MENTAH MELALUI PRODUK SBW


Salam hormat,

Baru-baru ini saya berkesempatan berkunjung ke premis milik Walit Timur Enterprise di kawasaan perindustrian Gong Badak, Kuala Terengganu. Mungkin ramai yang mengetahui bahawa premis ini, salah satu daripada  bangunan milik syarikat, adalah merupakan RBW yang berhasil.

Melihat kepada pasaran SBW mentah yang tidak menentu dan berharga rendah ketika ini, syarikat mula menjalankan aktiviti nilai tambah kepada SBW yang ada. Produk utama ketika ini ialah minuman SBW, yang dibungkus kedalam botol berkapasiti 250ml (seperti yang kelihatan di dalam gambar berikut).



                                          Bergula (Gula batu)


Produk ini di bungkus di dalam dua campuran, satu daripadanya tanpa kandungan gula di dalamnya.





                                            Tanpa Gula

Saya dimaklumkan pada ketika ini permintaan terhadap ke dua-dua produk ini amat menggalakkan. Kedua-dua produk ini, buat masa ini dipasarkan di negeri Kelantan dan Terengganu sahaja. Produk ini dijual dengan harga RM25.00 sebotol.

Buat masa kini syarikat hanya ada 3 orang pencuci sepenuh masa. Namun demikian masih tidak dapat memenuhi permintaan.





Selain daripada mencuci sarang untuk pemprosesan minuman, syarikat juga ada mengambil upah mencuci sarang. Buat masa kini kos upah mencuci sarang ialah RM1,100 untuk sekilogram.




                         Sarang milik pelanggan yang telah siap dicuci




                                         Juga yang siap dicuci

Disamping itu, syarikat juga menjual sarang yang telah dicuci untuk pengguna tempatan, yang memerlukan beberapa keping sarang untuk kegunaan persendirian.



                                   3 keping dengan harga RM110.00

Saya berharap lebih ramai langi pengusaha RBW atau individu lain yang akan terlibat di dalam sektor nilai tambah ini dengan demikian nanti akan dapat bersama-sama meningkatkan penggunaan tempatan SBW.


Skian


Dr Azizol Mohd Sharun


Tuesday, June 18, 2013

MAKMAL WALIT DR AZIZOL : AN UPDATE


Salam hormat,

Hari ini saya akan melaporkan kedudukan terbaharu RBW berskala sederhana yang terletak di PLV Jerangau dan berukuran 12'X20' dan dua tingkat, seperti gambar berikut.




Baru-baru ini saya telah melakukan pemungutan sarang sekali lagi. Kali ini hanya sebanyak 396 gram dapat dikutip. Kerana harga sarang rendah ketika ini, ia dijual dengan harga RM198.30 sahaja.





Secara keseluruhan, penghasilan rumah ini sehingga kini adalah seperti berikut:-

            Tahun 2012
                             1. Bulan May : 354 gram,
                             2. Bulan August: 347 gram,

            Tahun 2013
                             1. Bulan Jun: 396 gram.

Skian, untuk makluman anda semua.


Terima Kasih


Dr Azizol Bin Mohd Sharun