Saturday, June 22, 2013

KEDUDUKAN USAHA MALAYSIA UNTUK MENGEKSPOT SBW KE NEGARA CHINA


Salam hormat,

Kali ini ringkas sahaja. Hanya untuk memanjangkan maklumat mengenai usaha Malaysia untuk mengekspot SBW ke Negara China. Mungkin ramai yang tidak membaca akhbar yang berkaitan, jadi bagi mereka ini saya ketengahkan maklumat berkaitan.

Menurut BERITA HARIAN, bertarikh 21hb Jun, pihak berkuasa Negara China telah membuat pengauditan ke atas 15 syarikat pemproses SBW untuk di ekspot ke China (tarikh tidak pula dinyatakan). Hanya 9 syarikat mendapat kelulusan bersyarat, 2 syarikat lulus dengan membuat beberapa pembetulan dan 4 syarikat gagal.

Bagi 9 buah syarikat ini, usaha penambahbaikan setelah dilakukan hanya memerlukan pengesahan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan sahaja. Berikutnya mereka ini boleh mengekspot produk mereka ke negara China. manakala 2 syarikat yang diberikan lulus serta melaksanakan pembetulan, setelah di buat, pihak berkuasa negera China akan mengaudit semula dan jika menepati tahap yang dikehendaki, akan diberikan kelulusan dan boleh mengekspot SBW ke China.

Kita berharap agar 9 syarikat yang hanya memerlukan sedikit penambahbaikan dapat menyegerakan usaha mereka dan disahkan oleh agensi kerajaan secepat mungkin. Dengan berlakunya ekspot ini nanti kami berharap harga pasaran SBW mentah akan bertambah baik.


Skian


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment