Tuesday, June 24, 2014

MAKLUMAT RINGKAS

Salam hormat,

1. Menurut Tuan Hj Adanan, yang bersama dengan kumpulan pihak MARDI ke Shanghai, China pada 17hb Mei lepas mendapati harga SBW yang telah dicuci dan di bungkus semula, berharga RM25,000.00 sekilogram. Menurut beliau lagi dibelakang pembungkusan tercatit made in Malaysia. Seperti kenyataan pihak MATRADE pada penulisan saya yang terdahulu, harga SBW yang telah dicuci dan dibungkus semula memang tinggi di China dan pada harga dahulu juga.

Di kebanyakkan pasaraya yang besar-besar di Shanghai ada menjual SBW.

2. Saya mendapat maklum juga bahawa MOSTI akan mengadakan satu program memperkenalkan MS (Malaysian Standard) bagi SBW yang mentah dan belum di proses, pada bulan September nanti. Turut sama akan diadakan satu MOU bersama 2 syarikat pembeli daripada negara China pada sessi yang sama.

Jika ini berlaku bermakna, SBW yang mentah dan tidak diproses akan bolih diekspot semula ke China, dan kemungkinan melalui 2 syarikat ini sahaja. Saya cuma berharap pada tahun 2015 ekoran perkembangan ini akan berlaku sedikit kenaikan harga SBW dan sekali gus memeberikan peluang semula kepada individu Bumiputra untuk menambah pendapatan melalui industri ini.

IsnyaAllah saya akan turut serta di dalam majlis berkenaan dan akan membuat laporan yang lebih tepat mengenai perkembangan tersebut demi kebaikan kita semua.


Skian


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Wednesday, June 18, 2014

TROLEY MEMUNGUT SARANG REKAAN SYARIKAT SOUTH SEA HUNT SDN BHD

Salam hormat,

Semasa saya melwat sebuah RBW yang dibina olih syarikat South Sea Hunt Sdn Bhd di Kuala Sedeli pada bulan lepas, saya ditunjukkan sebuah troley ciptaan syarikat ini bagi tujuan memungut sarang walit. Lihat gambar berikut.



Pada pandangan saya troley ini amat bagus bagi kerja-kerja memungut sarang.  Dengan menggunakan troley ini, anda boleh kemana-mana di dalam rumah berkenaan, di lantai yang sama, hanya anda seorang sahaja tanpa memerlukan bantuan orang lain. Alat ini dilengkapkan dengan sebuah ruang untuk meletakkan bekas untuk mengisi sarang. Perhatikan di dalam gambar berikut (yang seperti lubang permainan net-ball )


Jika anda mempunyai RBW yang besar, alat ini amat memudahkan kerja anda. Cumanya jika RBW anda bertingkat-tingkat, disetiap tingkat anda perlu ada satu unit troley. Bermakna satu kos tambahan. Saya tidak pula dinyatakan berpa anggaran kos pembinaan sebuah troley ini.



Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Thursday, June 12, 2014

TAMAN WALIT DAN POLO SATU GANDINGAN AGRO-PELANCUNGAN

Salam hormat,

Saya perhatikan bidangusaha peternakan walit dan sukan polo bolih bersama dan mampu mewujudkan satu konsep  Agro-Pelancungan  yang unik. Berikut adalah beberapa gambar yang saya rakam baru-baru ini di Jerangau, Dungun Terengganu.


Kompleks ini, saya difahamkan dimiliki oleh seorang ternama dan hartawan iaitu Dato Gulam. Dipremis ini terdapat kira-kira 13 unit RBW yang telah beroperasi. Saya perhatikan daripada luar, hampir kesemua rumah ada walit mendiaminya.


Di kompleks ini juga disediakan tempat/kemudahan untuk menonton permainan polo dan jika anda dahaga atau pun lapar juga disediakan beberapa buah gerai makan. Sesuai untuk membawa keluarga berrehat di petang hari sambil menonton sukan berkuda ini.


Skian.


Dr Azizol Mohd Sharun

Wednesday, June 11, 2014

RBW Baru Terus Dibangunkan

Salam hormat,

Gambar dibawah dirakam pada bulan Mei,2014 lalu di Jerangau, Dungun, Terengganu.


Saya hanya hendak menunjukkan kepada anda bahawa pada masa sekarang ada pihak-pihak yang telah mula membangunkan semula RBW mereka yang terbengkalai selama ini. Sebelum ini juga saya telah memaparkan beberapa RBW baru telah dibina dan memulakan operasinya.

Saya memaparkan cerita atau kedudukan ini juga bertujuan untuk membantu dan meyakinkan pihak tertentu dan mereka yang bertanya kepada saya baru-baru ini mengenai kesesuaian masa untuk memulakan pembangunan RBW yang baru.

Skian


Dr Azizol bin Mohd Sharun



                                                                                                                                                                                      

Monday, June 2, 2014

KURSUS ASAS PETERNAKAN WALIT DI KEJORA

Salam hormat,

Sebagaimana yang anda telah dimaklumkan, pada 25 dan 26 hb Mei yang lepas satu kursus asas peternakan burung walit telah di anjurkan olih KEJORA dengan kerja sama JPV Negeri Johor. Menurut pegawai yang terlibat (En Asri), usaha ini adalah merupakan kesinambungan program KEJORA di dalam bidang ini semenjak beberapa taghun yang lepas.

Kursus telah diadakan di sebuah destinasi pelancungan yang diuruskan olih anak syarikat KEJORA. Balau Bayu Beach Resort ini adalah merupakan satu destinasi pelancungan di tepi pantai. Memang menarik dan aman sekali.

                                      Gambaran daripada jeti memancing



Penginapan pula disediakan untuk para peserta di challet resort berkenaan. Selesa sekali.


                                                  Chalet penginapan peserta



Sepanjang kursus sehari ini, 4 kertas utama telah dibentangkan. Satu daripadanya menyentuh pengalaman membangunkan sebuah RBW yang berjaya oleh syarikat South Sea Hunt Sdn Bhd. Memang sdr Aisa daripada syarikat ini sudah terkenal dengan penghasilan SBW yang berjaya di bandar Kota Tinggi.

Para peserta juga telah dibawa melawat sebuah RBW milik KEJORA yang telah dibangunkan kira dua tahun lepas, di Kuala Sedili. Rumah ini berukuran 20' X 60' dan ketinggian lantai ke papan sirip kira-kira 12 kaki. Mereka menggunakan sirip berlapis (3 tingkat). Perunding RBW ini ialah syarikat South Sea Hunt Sdn Bhd. Penilaian saya RBW ini telah berjaya dan saya perhatikan banyak walit yang telah mendiami rumah berkenaan.

                                            Lawatan ke sebuah RBW


                                                 Gambaran dalam RBW KEJORA

Syarikat menggunakan siling asbestos dalam menyediakan bilik-bilik penginapan walit. Setiap bilik hanya mempunyai satu pintu sahaja.


Skian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun