Monday, June 29, 2015

PASFA Berkecimpung Di Dalam Persijilan SBW Bagi Tujuan Ekspot

Salam hormat,

Selamat Berpuasa bagi semua rakan muslim kita,

Pertubuhan Peladang Negeri Pahang atau lebih dikenali sebagai PASFA telah menubuhkan sebuah anak syarikat secara usahasama dengan sebuah syarikat swasta, yang diberi nama PASFA Swiftlets Sdn Bhd., ringkasnya PSSB. Kilang syarikat terletak di kawasan perindustrian Bukit Jelutung, Shah Alam Selangor.


Bangunan PSSB

Semasa lawatan saya ke premis ini pada bulan Mei lepas menyaksikan persiapan kilang dalam usaha menyediakan perkhidmatan pemprosesan SBW mentah serta persijilan produk bagi tujuan ekspot.

                                              Makmal Mencuci SBW

Kawalan Mutu

Mesin Pengsuci Hama

                                             Kemudahan Penyimpanan


Saya juga difahamkan syarikat sedang dalam tindakan untuk mendapatkan taraf persijilan GMP dan persijilan HACCP bagi aktiviti yang dijalankan. Syarikat juga menguna pakai satu alat khas bagi tujuan pengesahan sama ada SBW berkenaan tulin atau pun telah ditokok tambah dengan bahan lain.

Bagi SBW yang diproses secara raw-unclean pula, produk akan melalui satu proses sucihama (disinfection) dengan menggunakan ultra violet (UV). Produk akan dibungkus san disertakan dengan bar code dan RFID. Saya turut difahamkan bahawa YBhg Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia telah melawat premis ini tidak berapa lama dahulu.


Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun.