Tuesday, December 26, 2017

MARI KITA RAMAI-RAMAI AMALKAN MEMAKAN SBW ATAU PRODUK SBW PADA TAHUN 2018

Salam hormat,

Sedar tidak sedar kita telah menghampiri tahun 2018. Seterusnya saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2018 kepada semua pembaca dan follower blog saya. Semoga di tahun 2018 kita akan lebih diberkati olehNya. Aminn..

Satu matlamat untuk kita semua yang terlibat di dalam industri peternakan burung walit, saya mencadangkan, supaya kita semua bermula dan berterusan mengamalkan memakan SBW atau produknya. Kenapa saya mengajak kita semua berbuat demikian? Amnya, dan berpandukan pengalaman saya sendiri, mengamalkan memakan SBW atau produknya akan memberikan anda satu tahap kesihatan yang amat baik. Jadi jangan kita jual kesemua SBW yang kita tuai. Dan janganlah pula untuk kita makan yang gred C atau yang hancur. Sesuai pada hemat saya, diantara SBW yang digredkan sebangai Gred AA, sedikit diketepikan untuk kegunaan kita sendiri. Kita semua misti menganggap diri kita adalah terpenting di dalam industri ini.

Di dalam seminar EBN 2016 yang lalu beberapa pencerahan yang saya angap penting telah di bentangkan dan akan saya ketengahkan di dalam penulisan kali ini.


Pertama sekali saya hendak memetik pembentangan utama (Key Note Adress) Ybhg. Dato Dr. Kamaruddin bin Md Isa, selaku Ketua Pengarah JPV, seperti yang ditulis di dalam abstract kertas berkenaan, dan berbunyi seperti berikut:-

The nest contain almost all of the essential ingrediants for body maintenance. Amino acids, minerals and others keep the body healthy and increase immunity aginst a host of illness. Another bioactive property is the anti-oxidants which are rsponsible agent for reverse-aging in cells”

Pendek kata SBW adalah merupakan bahan makanan yang hampir lengkap dan sesuai untuk membekal bahan keperluan asas untuk badan supaya berada di dalam keadaan sehat. Di samping ia dapat mengukuhkan sistem pertahanan badan (body immune system), kandungan anti-oksiden yang juga terdapat di dalam SBW boleh membantu melengahkan penuaan sel-sel.

Perhatikan zat-zat yang terkandungan di dalam SBW seperti di dalam paparan berikut.



Gambar 1: Komposisi EBN

Daripada gambar di atas, jelas menunjukkan kandungan Protin di dalam SBW mengatasi yang terdapat pada daging ayam, daging lembu dan juga ikan.

Bagi mereka yang telah melewati umur 55 tahun, salah satu pemakanan yang penting dan perlu di ambil ialah kalsium. Kita lihat daripada gambar di atas juga, SBW memiliki kandungan kalsium yang tinggi. Nilai ini hampir dua kali ganda kandungan kalsium dalam susu.

Sukacita saya menarik perhatian anda semua, khususnya kepada kaum lelaki, SBW juga didapati mengandungi hormon testosterone. Testerone adalah hormon kelelakian (male sex hormone). Jadi bagi mereka yang libido-nya telah menurun, mungkin dengan memakan SBW atau produknya boleh mengembalikan kekuatan dan tenaga mereka yang berkenaan. Dari sudut tenaga atau kekuatan fizikal, pengalaman saya mendapati badan berasa kurang letih dan boleh membuat sesuatu kerja dengan jauh lebih lama. Pada umur menjangkau 64 tahun ini, Alhamdullilah, saya masih mampu memandu selama 7 ke 8 jam dalam sehari dan tidak berasa letih selepas itu.

Menyentuh tentang pengalaman juga, saatu perkara yang saya alamai ialah apabila saya terkena hujan atau berhujan, Alhamdullilah, saya tidak berasa sakit kepala selepas itu berbanding pada kebanyakkan kita. Phenomena ini turut di akui oleh ramai yang telah mengamalkan memakan SBW atau produknya.

Sebagi rumusan, mengamalkan memakan SBW atau produknya memang banyak faedahnya kepada diri kita. Perhatikan paparan berikut.


Gambar 2: Kebaikan lain SBW


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MagrS).

Saturday, December 9, 2017

SEMUT JIKA TIDAK DICEGAH

Salam hormat,

Di antara musuh kepada peternakan burung walit ialah semut.


Salah satu kaedah yang diguna pakai bagi menghindarkan semut daripada memasuki RBW ialh dengan membina kolam di sekeliling bangunan. Kadang kala disebabkan terlepas pandang, di musim kemarau terutamanya paras air di dalam takungan menjadi terlalu rendah. Jika tidak diawasi, pada bahagian tertentu takungan, semut boleh melintas dan menaiki bangunan.






Gambar 1: Longkang berair sekeliling RBW



Gambar 2: Paras air dalam longkang terlalu rendah


Gambar 3: Semut menaiki dinding RBW


Gambar 4: Semut menuju ke SBW

Semut memang diketahui akan memakan SBW. Kesannya sarang menjadi bocor. Kedua, jika di dalam SBW berkenaan ada telor, semut tersebut akaan mengerumuni telor-telor berkenaan. Kemungkinan dua perkara akan berlaku selepas itu. Jika walit balik ke sarang ia akan menjatuhkan telor-telor yang telah dikerumuni semuat ke lantai RBW. Pencemaran bau oleh semut menjadikan walit tidak lagi mengangap telor-telor berkenaan telornya. Berkemungkinan juga SBW berkenaan akan ditinggalkan terus oleh walit. Jika masaalah ini meluas, kemungkinan walit akan berpindah ke RBW yang lain.



Gambar 5: Telor walit dikerumuni semut

Jadi masaalah semut ini boleh mengakibahkan RBW di tingalkan akhirnya. Bermakna pemilik RBW perlu menggunakan apa sahaja kaedah,misalnay menyembur racun serangga FENDONA SC pada pangkal dinding didalam RBW, untuk mencegah dan mengawal kemasukan semut ke dalam bangunan.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Monday, December 4, 2017

e-Book Pengurusan Am RBW Terbaharu.

Salam hormat,

Saya telah menambah nilai buku( e-book) Pengurusan Am RBW. Buku revised edition 2017 ini mengambil kira beberapa permasaalahan terbaharu serta cara atau kaedah untuk menyelesaikannya. 



Kandungan buku ini adalah seperti berikut.



Buku ini dijual dengan harga RM70.00 sebuah. Sesiapa berminat sila whatsApp saya di talian 016-9227341.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Friday, November 3, 2017

Antara FORMULA dan REALITI penghasilan SBW

Salam hormat,

Penghasilan SBW dalam tempoh setahun, daripada sesebuah RBW, pada tahap optimum boleh dianggarkan dengan menggunakan formula, seperti berikut:-

(Luas NA X5)/120 = X Kg/setahun   NA = Nesting Area

Olehkerana NA hampir bersamaan dengan keluasan lantai bangunan, maka anda boleh gunakan saiz bangunan RBW di dalam pengiraan tersebut.

Misalnya, anda ada setingkat RBW berukuran 24' x 80', bermakna premis ini mampu menghasilkan,


(24 x 80 x 5)/120  = 80 Kg SBW setahun.


Jika RBW anda ada 2 tingkat, maka potensi SBW yang boleh dihasilkan ialah sebanyak 160 Kg dalam setahun. Jika purata harga SBW pada tahun berkenaan dijangkan RM3,000.00 se kiligram, maka RBW anda berpotensi menjana pendapatan sebanyak RM480,000.00 setahun atau pada purata RM40,000.00 sebulan.

Persoalannya, tahun bila tahap optimum ini boleh di capai? Ia bergantung kepada beberapa faktor, di antaranya seperti berikut:-

1. Kesesuaian lokasi RBW,
2. Rekabentuk dan pembinaan RBW,
3. Mikroklimatik Environment (dalam RBW),
4. Pengurusan RBW.

Berdasarkan rekod dan pengalaman sebuah syarikatb di Johor DT, berikut ialah pengalamannya.





Pencapaian syarikat ini adalah melalui amalan biasa peternakan burung walit. Daripada rajah di atas, didapati bahawa tahap optimum penghasilan SBW bangunan ini dijangkakan pada tahun ke 9 pengoperasiannya.


                    Optimum output = (24 x 80 x 5)/120 x 2
                                             = 160 Kg

Paras pulangan RM40,000.00 sebulan nampaknya memang lumayan. Dari sudut realitinya anda misti mengambilkira kos pembinaan/sewaan bangunan dan kos pengurusannya untuk membuat penelitian. Perhatikan contoh pada rajah berikut.


Daripada rajah di atas di dapati bahawa tahap keuntung bidangusaha ini baru mula di capai pada tahun ke 5 operasi. Pada tahap optimum, tahun ke 9, pendapatan bulanan anda ialah sebanyak RM35,500.00 dan bukannya RM40,000.00 sebulan.

Renung-renungkan perkara di atas dan bandingkan dengan RBW anda sendiri.


Sekian



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Friday, June 23, 2017

Friday, March 31, 2017

TAHUN MELAWAT NEGERI TERENGGANU DAN NEGERI PAHANG TAHUN 2017

Salam hormat,

Semua kita mengetahui bahawa tahun 2017 ini ada dua negeri, iaitu negeri Pahang dan juga Terengganu, sedang melaksanakan TAHUN MELAWAT PAHANG DAN TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2017. Seingat saya tiada satu pun usaha dibuat di kedua-dua negeri ini, sama ada oleh pihak kerajaan mahu pun oleh syarikat yang terlibat secara langsung di dalam industri peternakan burung walit, untuk mewujudkan satu produk pelancungan yang berasaskan bidang usaha peternakan burung walit atau pemprosesan produk tambah nilai.

Sebagai contoh,di Tanjung Sepat di Negeri Selangor, sebuah syarikat Kuan Wellness Ecopark telah dibangunkan pada tahun 2010 sebagai satu konsep perniagaan yang memberi tumpuan kepada eco-pelancungan sebagai satu produk utama.


KUAN WELLNESS ECOPARK


Dibangunkan di atas sekeping tanah seluas 5 ekar, yang mengandungi sebuah RBW setinggi 3 setengah tingkat sebagai bangunan utama. Turut disediakan satu premis khas untuk para pelancung dan pengunjung yang lain. Di dalam premis ini juga terletak sebuah makmal memcuci SBW yang mana boleh dilihat oleh para pengunjung. Selain daripada itu, di dalam kawasan 5 ekar ini juga di gandingkan dengan dusun buahan tropika.



Para pelancung turut berpeluang untuk melihat sendiri ke dalam nesting area dan melihat sendiri burung walit beterbangan di dalamnya.



Saya mencadangkan dan berharap pemain industri ini di Terengganu dan juga Pahang supaya memikirkan konsep ini dan terus membangunkan satu integrated bisnis walit yang berteraskan eco-pelancungan, di mana saya yakin konsep ini mampu memberikan peluang peningkatan pendapatan yang besar di sepanjang tahun. Ia juga akan mewujudkan peluang pekerjaan baru.

Apabila ia dibangunkan di Pantai Timur, maka para pelancung daripada negara China akan mudah untuk datang ke zon Pantai Timur, disampaing membuat lawatan, kemungkinan mereka juga akan berminat untuk membuat pelaburan di dalam industri ini. Para pemain industri kena sedar bahawa jumlah pelancung terbesar yang datang melawat Malaysia dan terus meningkat jumlahnya ialah pelancung daripada negara China. Spin-off daripada projek ini, dari sudut ekonominya adalah juga besar.


Fikir-fikirkan....sekian.


Dr Azizol bin Mohd Sharun


Wednesday, March 15, 2017

SELSEMA BURUNG ( AVIAN FLU ) DAN INDUSTRI PETERNAKAN BURUNG WALIT

Salam hormat,

H5N1 adalah sejenis virus dan sub-type kepada virus Avian Influenza A yang lebih dikenali sebagai selsema burung (Avian flu). Oleh kerana virus H5N1 ini amat bisa, boleh dikatakan cepat merebak, dan membunuh di kalangan ternakan ayam, oleh itu ia juga dikenali sebagai HPAI (Highly Pathogenic Avian Influenza).

Kes jangkitan di kalangan ternakan ayam, khususnya ayam kampung, yang sedang berlaku di Kota Bharu, Pasir Mas dan Pasir Putih bukanlan yang pertama berlaku di Kelantan. Ia merupakan kejadian yang ke dua. Pertama pada tahun 2004. Setakat hari ini JPV telah melakukan aktiviti pengawalan, pencegahan dan pembasmian  wabak ini dengan berkesan. Tahniah kepada pihak JPV.

Bila kita memperkatakan gulongan unggas, ia merangkumi juga burung walit. Kita semua mengetahui burung walit tidak menjejakkan kakinya ke bumi, khususnya dalam aktiviti pemburuan makanannya. Jadi kita boleh merasa lega dengan cara tersebut, dan burung walit sukar untuk dijangkini HPAI ini. Akan tetapi pemain industri walit perlu senantiasa waspada dan terus bekerja sama rapat dengan pihak JPV. Sebarang kematian walit yang banyak dan tiba-tiba, seperti yang pernah berlaku di Chiku, Gua Musang yang lepas, perlu dilaporkan segera kepada pihak JPV untuk tindakan serta merta mereka. Jika tidak industri akan bverdepan dengan masa depan yang sukar.

Ini juga bermakna, tuan-tuan kenalah memasuki RBW masing-masing secara berkala, serta meneliti sebarang kejadian kematian walit (jika berlaku). Sebarang keraguan perlu dirujuk kepada pihak JPV dengan segera.

Sepekara lagi, kita juga perlu sedar beberapa spesis unggas lain, seperti itik liar dan burung merpati boleh dijangkiti HPAI. Saya amat bimbang apabila melihat gelagat sekumpulan burung merpati, saperti gambar berikut, yang sempat saya rakan di bandar Kuantan tidak berapa lama dahulu. LMW ini di tingkat 3 bangunan.

                                               Merpati Di LMW


Ketika itu juga saya perhatikan, ada beberap ekor merpati yang turun ke dalam ruang legar RBW berkenaan. Kemudian ada juga yang turun ke tanah mencari makan dan naik semula ke LMW.

Jika kita perhatikan gambar di atas, memang kehadiran merpati di kawasan LMW tidak mengganggu masuk-keluar walit, akan tetapi risikonya.

                                Merpati Turun Ke Tanah Mencari Makan


Seterusnya, jangkitan HPAI antara unggas boleh berlaku secara air-borne. Maknanya melaui habuk yang yang diterbangkan angin. Sehubungan dengan hal ini juga, pada hemat saya penggunaan pengabut udara serta lain-lain kaedah yang boleh mengelakkan habuk beterbangan di dalam RBW juga merupakan satu aktiviti yang wajar, bukan sahaja sebagai salah satu kaedah standard pengurusan RBW. Saya menggalakkan supaya tuan-tuan pemilik RBW selalu melembabkan lantai rumah burung masing-masing dari masa ke semasa. Aktiviti ini juga akan membantu menurunkan suhu di dalam RBW berkenaan, tambahan pula cuaca luar yang mulai panas sekarang.

AWAS: Apabila memasuki RBW anda digalakkan supaya senantiasa memakai penutup hidung (face mask) yang sesuai sebagai satu SOP pengurusan.

                                     Pakai Penutup Hidung Yang Sesuai


Kebimbangan saya seterusnya mengenai berlakunya wabak HPAI di negeri Kelantan ini, jual-beli SBW boleh terjejas. Harga SBW mentah boleh dipermainkan oleh peniaga yang kurang beretika. Lebih penting kita sama-sama berdoa, supaya negara China tidak mengenakan sebarang sekatan kepada pengekspotan SBW ke negara mereka. Oleh kerana kepentingan HPAI ini kepada pengguna ( manusia amnya), mereka boleh mengenakan sekatan. Samalah seperti JPV Pahang yang menghentikan (tidak membenarkan) kemasukan unggas dan produk unggas dari Negeri Kelantan ke Negeri Pahang baru-baru ini.


Sekian


Dr Azizol bin Mohd Sharun



Saturday, March 11, 2017

KALAU NAK BUAT GARAZ KERETA TAMBAH SEDIKIT MODAL UNTUK BUAT RBW

Salam hormat,

Sesiapa yang baru hendak mendirikan sebuah tempat meletak kereta di perkarangan rumah masing-masing, renungkan testimoni berikut.

1. Saiz rumah walit: 18' x 20' dan tinggi 8'
2. RBW satu lantai ini dibena di atas garaz kereta
3. Kos bangunan : RM 20,000.00
4. Komposisi dinding: Bahagian luar guna cement board, didalamnya sekeping plystreen 4" dan bahagian dalam dilapik dengn siling asbestos.
5. RBW ini telah berumur 4 tahun (semasa lwatan dibuat)
6.Hasil semasa: Untuk sebulan, ia mampu membayar finance kereta Proton Persona (tiada dalam gambar) dan berbaki sedikit lagi.
7. SBW: Kelihatan bersih, cuma kekurangan kelembapan (sarang ada yang berkerepot) dan ada yang layak GRED A.
8. LMW: secara top entry, melalui serombong ( 3' x 4') untuk ke ruang bersarang.

Lihat gambar-gambar berikut:-










Kata tuan pemilik konsep ini kepada saya " setiap bulan ia merasa lega, kerana ansuran keretanya sudah ada pembiaya iaitu RBW"


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Tuesday, February 7, 2017

Sebuah RBW milik orang China yang Hebat

Salam hormat,

Kali ini saya hanya hendak menunjukkan keadaan sebuah RBW yang dimiliki oleh seorang Tionghwa. Perhatikan beberapa gambar berikut, mudah-mudahan anda dapat sedikit petunjuk ciri-ciri sebuah RBW yang berproduktiviti tinggi.




                                   Gambaran Rooving Area dan LMW



                        
                                    Kedudukan Lubang ke Nesting Room



                             Pandangan Hadapan Lubang Ke Nesting Room



                                            Laluan Terbang Walit

Saiz LMW dan saiz Lubang ke nesting room, hampir sama (1.5'X3'), cuma satu berkeadaan melintang dan satu berkeadaan menegak.




                                      Keadaan Di Dalam Ruang Bersarang

Semasa lawatan dibuat, hanya terdapat 2 alat pengabut udara dan sebuah kipas di tengah bangunan.




                                     Perhatikan Jumlah Dan Gred Sarang



                                Tiada Benda Atau Peralatan Lain Digunakan



Kesimpulannya, RBW ini merupakan contoh yang berjaya. Pemilik tidak mengamalkan perkara-perkara lain, hanya dengan memastikan iklim di dalam rumah sesuai untuk walit menetap.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd sharun