Saturday, April 11, 2020

COVID-19 : INDUSTRI PETERNAKAN BURUNG WALET TURUT TERJEJAS


Salam sejahtera,


Hampir semua aktiviti ekonomi terhenti di seluruh dunia, termasuk bisnis dan urusniaga SBW. Oleh kerana negara China merupakan penguna utama SBW dunia, kawalan pergeraakan di negara tersebut telah menjejaskan permintaan SBW. Sekarang negera berkenaan telah mula membuka semula aktiviti perniagaan mereka. Sama-sama kita lihat dan sesuaikan rantaian bekalan SBW apabila keadaan dibolehkan kelak.

Aktiviti jual-beli SBW dalam negara turut terhenti seketika. Antara sebabnya para pembeli tidak dapat datang ke lokasi di mana biasanya mereka mengadakan urusan. Ini termasuk juga para pengusaha yang menjual SBW mentah yang biasanya datang merentasi daerah dan negeri tidak dapat bergerak.

Aktiviti pemprossesan SBW di kilang-kilang yang ada di Malaysia turut berhenti. Ia merupakan aktiviti kurang berkepentingan.

Cara urusniaga SBW di Malaysia di masa hadapan turut tidak menentu. Tempoh kawalan pergerakan mungkin akan berpanjangan. Saya berpandangan, berpandukan kepada apa yang berlaku di negara kita dalam usaha mencegah penularan wabak covid-19 ini, usaha kawalan ini tidak akan berhenti dalam tempoh beberapa bulan mendatang. Saya percaya kaedah lama kita berurusniaga mungkin terpaksa diubah, bagi membantu mengurangkan penularan penyakit Covid-19. Mungkin kita terpaksa menjual SBW kepada pembeli secara terus, dan tidak melibatkan ramai orang. Mungkin pihak persatuan-persatuan yang ada perlu memainkan kepimpinan masing-masing dalam merangka satu pelan tindakan, bagaimana kedudukan industri ini dapat di perbaiki dari masa ke semasa di sepanjang usaha pengawalan penyakit ini berjalan.

Pengurusan RBW saya nampak juga turut terjejas, kecuali RBW yang terletak berhampiran dengan kediaman pemiliknya. Namun begitu jika penambahbaikan diperlukan, ia masih tidak dapat dilaksanakan sekaarang. RBW yang diluar kawasan pula, jika pemilik ingin melawatnya, memerlukan permit pergerakan untuk ke lokasi premis. Bagi yang berkenaan, mungkin masa dan kesempatan yang ada dapat memberi peluang kepada pemilik RBW yang kurang produktif selama ini untuk terus memperbaiki keadaan RBW masing-masing supaya penghasilan sarang dapat ditingkatkan. Saya percaya juga RBW yang tidak diselia buat beberapa lama akan timbul masaalah, seperti serangan musuh walit dan kecurian.

Akhir sekali, kursus-kursus peternakan seperti sebelum PKP sudah pasti tidak boleh dijalankan. Kerana setiap kursus melibatkan ramai bakal dan pengusaha dari pelbagai daerah dan negeri. Berkumpul atau berhimpun secara beramai-ramai sebegini telah tidak dibenarkan dan akan memburukkan keadaan. Perjalanan kursus secaraa on-line mungkin sesuai difikir dan dilaksanakan bagi mereka yang terlibat. Kekurangan kemudahan hardware mungkin berlaku diperingkat awal ini, lama kelamaan saya percaya masaalah tersebut akan dapat di atasi. Kedudukan ekonomi, terutamanya yang melibatkan pendapatan individu, berada di dalam keadaan yang paling tidak kondusif untuk meransang permintaan kepada sesuatu kursus.



Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)