Tuesday, July 5, 2022

ZIARAH RAKAN SEWALITAN DI KOTA GELANGI

Salam hormat,

Kira-kira 2 minggu lepas saya menerima satu mesej WhatsApp, daripada rakan yeng juga terlibat dengan industry walit di Jengka Pahang, yang menyatakan bahawa tuan Haji Midon, salah seorang daripada pengusaha burung walit tersohor di Kawasan Kota Gelangi, telah dilaporkan tidak berapa sihat. Turut diserta di dalam WhatsApp tersebut gambar Tuan Hj Midon berada di atas kerusi roda. SubhanAllah.

Setelah beberapa hari berkira-kira, saya akhirnya membuat keputusan untuk melawat beliau. Saya dan isteri, Alhamdullilah telah dapat melakukan lawataan tersebut pada 03hb Julai, 2022.


                                   Ziarah Tuan Hj Midon Di Rumah Anaknya


Sesampai kami dirumah kedai Tuan Hj Midon, kami dapati rumah beliau seolah tidak bertunggu dan RBW yang biasa saya lawati dan produktif itu pun seolah sudah tidak terjaga saperti dahulu. Kemudian saya menalifon beliau. Anak belau yang menjawab panggilan sambil menyatakan Tuan Hj sekarang duduk bersama anaknya di lokasi lain dan agak berdekatan.

Setibanya kami dirumah berkenaan, kami disambut oleh anak perempuan tuan HJ. Setelah duduk bebera minit tuan Hj pun di bawa ke luar berjumpa kami dengan menaiki kerusi roda. Saya dapati Tuan Hj agak terlalu kurus dan lemah. Beliau tidak seceria sebelum ini. Seterusnya, selepas menjawap salam saya, beliau menyatakan bahawa beliau telah diserang stroke kira dua minggu sebelum ini. Sebaik terkena serangan itu beliau telah dikejarkan ke hospital pakar KMC di Kuantan. Beliau terlantar di KMC selama tiga hari. Setelah menjalani beberapa procedure perubatan beliau dibenarkan balik.

Dalam keadaan yang lemah itu, beliau menyatakan badan belau terlalu lemah dan sedikit sukar untuk bernafas. Tiada selera makan. Saya rasa tangan tuan Hj agak panas. Beliau juga menunjukkan bahawa di bahagian jari kaki sebelah kiri dijangkiti kuman, yang sukar hendak sembuh. Saya tahu sebelum ini memang Tuan Hj telah mengidap penyakit kencing manis dan menerima rawatan dari masa ke semasa.

Satu perkara yang belaiu cerita dengan saya ialah, sekarang beliau tidak lagi mempedulikan RBW beliau. Bahkan ada seketika sebelum itu beliau menyuruh keluarganya membakar RBW dan segala wang yang diperloehi daripada bidangusaha tersebut. Menurut isterinya, Tuan Hj ada bermimpi yang burung-burung walit datang mematuk seluruh badannya. Besandarkan kejadian itu, isteri beliau mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena kepada diri tuan HJ. Ekoran daripada insiden tersebut, mereka juga berusaha berubat secara tradisional. Mari kita sama-sama doakan agar Tuan Hj Midon dipulihkan kesiatan beliu semula. In sha Allah.

Ketika ini tuan Hj baru mencapai umur 72 tahun. Satu ikhtibar daripada lawtan tersebut, kita semua misti menjaga kesihatan. Saya selalu berpesan untuk diri saya dan kepada anda semua dalam hal ini. Apabila sudah sakit, saperti yang dialami Tuan Hj, duit sudah tidak berguna lagi. Ayuh rakan-rakan, kepada yang bermasaalah itu, pergiatkan usaha untuk memperbaiki kesihatan masing-masing. Teruskan berdoa, moga diberkati Allah SWT.

 

Sekian,

 

Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)