Tuesday, July 30, 2013

HARGA SARANG WALIT MENTAH DI PPN TERENGGANU


Salam hormat,

Kerana ada beberapa pertanyaan kebelakangan ini mengenai harga semasa SBW, berikut saya paparkan harga yang saya perolehi daripada PPN Negeri Terengganu. Harga ini ialah bagi minggu ini (29.07.13 - 04.08.13 )  sahaja.


GRED A : RM 1,500.00

GRED B : RM 1,000.00

GRED C : RM 500.00

GRED C- : RM RM 200.00


Pertanyaan ini berkemungkinan disebabkan pengumuman kerajaan bahawa Malaysia akan mengekspot semula SBW ( yang di proses ) ke Negara China dalam masa tedekat.

Saya menjangkakan, sepanjang tahun ini, walaupaun Malaysia mula mengekspot semula SBW ke China, harga tidak akan berganjak secara ketara daripada harga semasa. Ini disebabkan terlalu banyak stok lama yang masih tersimpan. Saya menjangkakan juga perubahan harga akan mula dilihat pada suku ke dua tahun 2014 nanti.


Skian,



Dr Azizol Bin Mohd Sharun

LOT-LOT TANAH UNTUK DIJUAL DAN AMAT BERSESUAIN UNTUK PROJEK WALIT


 Salam hormat,

Terdapat dua lot tanah, yang amat sesuai untuk dijadikan tapak projek menternak burung walit, dan pemiliknya hendak jual sekarang.

LOT PERTAMA

1. LUAS LOT: 4.4 ekar,

2. LOAKSI LOT: Kg Jawa, Batu 4, Endau Rompin, Pahang.
                   Berdepan dengan Mesjid Kg Jawa,
                   Tanah tepi laut, rata dan ada kemudahan jalan bertar.

3. STATUS TANAH: Reserve Melayu, dan Pertanian.

4. HARGA DI PINTA : RM 200,000.00 /ekar.



LOT KE DUA


1. LUAS LOT : 2.75 ekar,

2. LOKASI LOT : Paya Bungor, tepi Sungai Lepar dan berhampiran dengan
                       Mini Estate RISDA dan Ladang DVS (RDUL Ulu Lepar),
                       Ada jalan masuk ke tapak.

3. STATUS TANAH: Pertanian dan Freehold (sebab pemilik pertama ialah
                       seorang China.

4. HARGA DIPINTA : RM 200,000.00 /ekar.


Untuk makluman ada juga, lot yang di Endau, Rompin itu sememangnya saya anggap sebagai lokasi atau lubuk walit. Jadi amat sesuai untuk di jadikan ekopark walit. Ia boleh digunakan untuk menarik pelabur daripada Singapura dan China.

Lot yangh di Lepar juga merupakan lokasi yang cantik untuk projek walit.


Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di talian 019-9167341 atau 019-9550959.

Skian



Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Monday, July 15, 2013

MAKLUMAT RINGKAS: EKSPOT SARANG BURUNG WALIT KE CHINA MUNGKIN PULIH DALAM MASA TERDEKAT


Salam hormat dan selamat meneruskan ibadah puasa,

Pada halaman yang saya ketengahkan di blog ini pada 22 Jun, telah menceritakan kedudukan 15 buah syarikat yang memohon untuk mendapat kelulusan untuk mengekspot SBW ke China. Ekoran daripada itu saya terus bertanyakan kepada Dr Hisyam akan kedudukan terbaharu mengenainya.

Pada 13hb Julai lalu, saya sempat berbual dengan Dr Hisyam (DVS, Putra Jaya) mengenai usaha mengekspot semula SBW ke negera China. Saya terus bertanyakan kedudukan 9 buah syarikat yang telah mendapat kelulusan bersyarat daripada pihak pengodit daripa pihak berkuasa China tempoh hari.

Menurut beliau, kakitangan konsultansi DVS telah pun melawat dan menyelia isu-isu dan perkara-perkara yang perlu di ambil tindakan oleh kesemua syarikat berkenaan. Pihak jabatan memberikan masa dalam 3 minggu lagi untuk mereka membuat segala perubahan yang diminta. Selepas tempoh 3 minggu yang akan datang, apabila mereka ini diluluskan oleh pihak pemantau ini, mereka akan di daftarkan dengan pihak berkuas China dan seterusnya boleh mengekspot raw cleaned bird nests.

Menurut beliau lagi, insyaAllah permasaalah ini akan selesai dalam tempoh sebulan daripada sekarang.

Dengan berlakunya ekspot SBW yang telah dibersihkan ini nanti, kami percaya harga komoditi ini di pasaran tempatan akan bertambah baik.

Beliau turut menyatakan kepada saya, terdapat 16 buah syarikat baru yang telah mengemukakan permohonan untuk mendapat kelulusan mengekspot daripada pihak berkuasa negara China. Tiada satu pun syarikat bumiputra yang mengambil bahagian, katanya lagi. Melalui perbualan itu beliau mengajak syarikat Bumiputra yang berkelayakan untuk memohon di masa-masa yang akan datang.

Skian.


Dr Azizol Mohd Sharun

Thursday, July 4, 2013

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA 1434


Salam hormat,

Saya mengambil kesempatan di sini, untuk mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA kepada semua pengikut penulisan (followers) saya di semua blog. Ucapan yang sama juga saya tujukan kepada semua pelayar sesawang yang singgah di blog saya. Semoga ibadah puasa kita pada kali ini lebih baik daripada puasa yang lepas.

Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun