Friday, August 19, 2016

MAKLUMAT RFID BOLEH JEJASKAN INDUSTRI PETERNAKAN BURUNG WALIT


Salam Hormat,

Dalam satu sessi perbincangan dengan beberapa pengusaha peternakan burung walit baru-baru ini, saya dikejutkan dengan paparan maklumat premis burung walit yang berdaftar dengan JPV. Identiti pemilik dan premis boleh dimuat-turun melalui Google dengan mudah. Lihat contoh berikut.



                                      Contoh Maklumat Yg Di Muat-Turun

Kebimbangan saya di antaranya:-

1. Dengan tersebarnya paparan seperti ini, pengusaha baru akan berfikir banyak kali untuk bekerja sama dengan JPV untuk pendaftaran dan pemasangan RFID di premis mereka,

2. Keselamatan premis walit menjadi tidak terjamin. Pihak yang hendak mencuri sarang walit dengan mudah boleh mengetahui di lokasi-lokasi mana RBW terdapat hanya dengan mengaksesnya melalui google sahaja,

3. Pendedahan maklumat ini, pengusaha industri akan terdedah kepada elemen-elemen negatif lain yang tidak menjurus kepada pembangunan positif industri,

4. Dengan pendedahan ini, pihak JPV boleh dianggap tidak peka dan sensitif kepada rahsia perniagaan dan bidangusaha ( seperti no akauan bank) yang selalunya di jaga dan dilindungi

Jika berlaku sesuatu kecurian terhadap sesebuah premis walit yang produktif, jika pemilik premis membawa kes ini ke Mahkamah dan menuntut ganti rugi dengan pihak JPV/Kerajaan, kemungkinan sukar bagi JPV untuk mempertahankannya.

5. Implikasi politik boleh berlaku berpunca daripada kebocoran maklumat ini.


Gesaan saya kepada pihak berwajib, kaji semula perkara ini. Pastikan maklumat pemilik bidangusaha tidak boleh diakses atau dihadkan maklumat yang boleh dilihat kepada tahap minima sahaja.

Saya juga berpendapat iatu pemasangan alat RFID setakat hari ini tidak memberikan apa-apa faedah kepada kemajuan industri dan para pengusaha


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Monday, August 15, 2016

SATU LAGI RBW YANG UNIK DAN BERPRESTASI TINGGI


Salam hormat,

Paparan kali ini melibatkan sebuah RBW milik Bumiputra, pada penilaian saya amat unik dan perlu diberikan perhatian atau perbandingan, khususnya bagi RBW yang bermasaalah.

Berikut saya tunjukkan kedudukan atau prespektif view RBW yang saya maksudkan.


                                      Kedudukan RBW

RBW ini sepatutnya menjadi sebuah rumah kediaman milik En D, anak kepada ibu-bapa yang rumah disebelah kiri dan berdepan dengan jalan raya. Untuk lebih jelas, saya sempat merakamkan gambar berikut.



                                  Lubang Masuk Walit (Anak Panah)

Semasa En D hendak menyaipan rumahnya yang berukuran 30' X 32' (sekarang menjadi RBW), pada ketika itu beliau menyaipan bilik ( di mana pintu masuk walit di tempatkan) sambil memainkan lagu (suara) burung walit yang dipinjam daripada seorang rakannya. Beliau dapati burung walit datang dan berlegar di dalam bilik yang mana tingkap nakonya belum siap. Akhirnya En D merubah fikiran dan terus membangunkan bilik tersebut dan dua bilik lagi untuk menjadi sebahagian daripada RBW beliau.


                        Lubang Masuk Walit Dan Lubang Pengudaraan

Saiz lubang masuk walit, yang dicat hitam, ialah 1' X 1.5' sahaja dan hanya menggunakan satu speaker (tweeter) untuk suara luar (lihat gambar di atas).
Kekuatan suara pada jarak 15 kaki dari lubang masuk hanyalah 27 -28dB. Pada lawatan pertama saya suara luar hanya boleh didengar apabila berdiri betul-betul di depan lubang masuk walit. Hebat burung walit ni..masih boleh dengar suara luar yang begitu perlahan.

Suara luar yang terlalu perlahan ini pun boleh memikat walit. Itu sebabnya saya mengatakan walit ada kekuatan deria pendengaran, terutamanya dalam mengesan serangga yang menjadi makanaannya semasa terbang di udara. Perlu alat seperti bazoka? Perhatikan tweeter yang digunakan untuk suara luar. Fikirkan...

Pemeriksaan saya juga mendapati lubang masuk walit ini menghala ke selatan. Jika anda menggunakan kompas bacaan arah lubang masuk walit ialah 150 darjah, atau Selatan 30 darjah ke timur. Ini juga bermakna jajaran bangunan hampir tepat TIMUR-BARAT.

Tatacara dan perkakasan di dalam bilik-bilik walit ini sama seperti RBW yang lain juga. Cuma saya difahamkan, bilik ke tiga menggunakan konsep piramid untuk walit bersarang. Satu pengabut udara digunakan di dalam rumah ini. Aroma walit diwujudkan dengan menggunakan tinja walit sahaja. En D menggunakan 2 power Amp bagi rumah ini, seperti yang di dalam gambar berikut.



                                   Dua Power Amp Di Gunakan


                                   4 Buah Timer Digunakan

Oleh kerana rumah yang sepatutnya didiami oleh keluarga En D telah menjadi rumah walit, beliau dan keluarga hari ini tingal di dalam sebuah kabin, yang ditempatkan bersebelahan rumah ibu-bapanya.



                  Kabin Di mana Keluarga EN D Terus Tinggal

Pada masa lawatan saya terdahulu, masa itu hanya satu bilik sahaja yang siap sebagai RBW, hasil sekitaran 300 gm semusim. Setelah diperbesarkan berperingkat-peringkat kepada 3 bilik kediaman, kini En D menarik nafas lega kerana nilai pendapatan RBW beliau mencecah RM10K semusim. Keseluruhan operasi kini sudah mencapai umur 5 tahun.

Jadinya saya mengajak mereka-mereka yang mempunyai RBW yang bermasaalah, perhati dan fikir-fikirkan apa yang saya ketengahkan kali ini. Moga mendapat ikhtibar, insyaAllah.


Sekian,



Dr Azizol Mohd Sharun


Tuesday, August 2, 2016

LAWATAN PEMERIKSAAN STATUS R.B.W


Salam hormat,

Bagi mereka yang memerlukan dan dalam kesulitan, saya berikan satu package alternatif.




Sekian.



Dr Azizol bin Mohd Sharun