Tuesday, December 25, 2012

ALLUMINIUM CORNERS

Salam sejahtera,

Kebiasaanya di dalam sesebuah Rumah Burung Walit (RBW) kita menggunakan kayu meranti sebagai papan sudut, atau tiada papan sudut langsung. Papan sudut yang diperbuat daripada plastik juga telah digunakan dengan jayanya.

Kini saya mengenegahkan pula "papan sudut" yang diperbuat dari kepingan alluminium ( gambar berikut ).



Di dalam RBW yang saya lawati ini, hampir kesemua sudut menggunakan kepingan alluminium sebagai "papan sudut". Kelihatan walit menggunakanya tanpa masaalah. oooo sebelum saya terlupa, kepingan alluminium ini di larikkan dengan menggunakan paku, sebelum dipasang.

Menariknya penggunakan alluminium ini, ia jauh lebih murah sebagai papan sudut berbanding dengan penggunaan kayu meranti. Cabaranya pula, penggunaanya mewujudkan banyak rongga di sudut-sudut yang boleh menjadi lokasi lipas membiak dan menyurukkan dirinya.

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

Sunday, December 16, 2012

KAEDAH PENCEGAHAN KELAWAR

Salam sewalitan dan salam sejahtera,

Sebelum ini saya menerangkan kelawar adalah musuh walit. Bagi faedah yang bertanya dan untuk rakan kita yang lain juga, setakat hari ini hanya ada dua kaedah yang biasa digunakan untuk mengelakkan kelawar daripada memasuki RBW kita.

Pertamanya, bagi rumah walit yang masuknya dari sisi atau tepi, pasangkan sebuah lampu di atas lubang masuk walit, seperti yang saya tunjukkan di bawah. Lampu ini elok dikawal dengan menggunakan timer, dan dinyalakan antara jam 7 petang hingga ke 7 pagi keesokkan harinya.



Adakah dengan pemasangan lampu seawal jam 7 petang akan mengganggu walit untuk memasuki bangunan? Pengalaman saya menunjukkan tiada masaalah. Kemungkinan bagi walit yang balik lewat sedikit, pertama kalinya akan berpusing-pusing di sekitaran pintu sebelum memasukinya. Biasanya walit yang telah lama duduk di dalam RBW kita, ia akan terus terjun laju masuk ke dalam.

Bagi mereka yang menggunakan lubang terjun, sama juga pasangkan lampu di tepi tembok lubang terjun berkenaan (lihat contoh di bawah ). Sistem, sama seperti yang saya nyatakan untuk lubang tepi di atas.



Asasnya ialah, kelawar tidak suka kepada kawasan yang terang atau cerah. Waktu malam biasanya kelawar terbang keluar untuk mencari makan. Di awal pagi, sebelum terbit fajar, ia hendak kembali ke tempat tidurnya dan berkeadaan gelap. Jadi jikalau lubang masuk walit berkeadaan gelap, adalah merupakan salah satu daripada sasaranya untuk tinggal disiang hari.

Kedua-dua kaedah ini adalah merupakan usaha untuk mencegah. Namun demikian ada ketikanya saya perhatikan kedua-dua kaedah ini gagal menghalang kelawar daripada memasuki bangunan. Daripada tiada usaha langsung, eloklah dicuba. Banyak juga yang menunjukkan kesan seperti yang diharapkan.

Usaha ini perlu juga disokong dengan pemantauan berkala oleh tuan empunya RBW di dalam RBW berkaitan.

Gandingan ke dua-duanya seklai, insyaAllah akan menghalang kelawar memasuki bangunan.

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun.

Sunday, December 9, 2012

KELAWAR MUSUH BURUNG WALIT

Salam sewalitan,

Kita semua mengetahui bahawa kelawar adalah musuh kepada burung walit. Bagaimana kita hendak mengetahui sama ada kelawar berada di dalam RBW milik kita?

Satu daripada tandanya, apabila kita memasuki dan memeriksa RBW, kita akan ternampak kelawar berkenaan sama ada beterbangan di dalam bangunan atau pun tergantung (hinggap) di papa sirip. Lihat gambar berikut.



Di RBW yang lain pula, saya mendapati kelawar seolah menyuruk di celah antara papan sirip dan beam bangunan (lihat gambar berikut).



Kita terjumpa kelawar, dalam kes ini, apa bila berjalan dimerata lokasi di dalam RBW dan terbau kelawar itu sendiri. Itu sebabnya saya menyatakan kepada ramai pengusaha supaya memeriksa ke pelusuk lokasi di dalam bangunan dari masa ke semasa.

Di dalam satu kes yang terbaharu, RBW ini baru berumur setahun. Burung walit memang ada mendiami rumah berkenaan, tetapi tidaklah banyak. Pemeriksaan ke seluruh kawasan lantai bangunan, disamping memeriksa tompok tinja walit, terdapat satu tompok seperti di dalam gambar berikut.



Ini adalah tompok tinja kelawar. Kelawar ini adalah jinis yang memakan serangga dan hampir sama besar dengan walit. Jika anda terjumpa dengan tompok sebegini, maknaya kelawar berada di dalam bangunan berkenaan. Jadi buatlah sesuatu bagi menghalau keluar dan menghalang yang baru daripada memasuki bangunan.

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

Saturday, December 1, 2012

YH Dato' Tok Teng Sai: Pasaran SBW akan pulih dalam masa terdekat?

Salam Sewalitan satu Malaysia,

Merujuk kepada Seminar Industri Walit 2012 Peringkat Kebangsaan yang baru lepas, pembentangan yang dibuat oleh YH Dato' Tok yang bertajuk INDUSTRI SARANG BURUNG WALIT: CABARAN DAN ISU DARI PRESPEKTIF INDUSTRI meyakinkan saya iaitu pasaran SBW akan pulih dalam masa terdekat.

YH Dato' sedang berusaha sedaya mungkin pada ketika ini, agar pasaran SBW tempatan pulih sebelum Hari Raya China yang akan datang, atau paling lewat pada perayaan (bagi kaum China) pada bulan Ogos, 2013 nanti.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk menyokong serta memuji usaha gigih beliau, sama ada yang sedang beliau jalankan mahu pun yang akan datang.

Selain daripada membawa wakil pemborong SBW dari negara China datang kesini, khususnya ke Seminar yang sama bagi menerangkan perihal mereka di China berkaitan dengan pemulihan pengimpotan SBW Malaysia. Belaiu juga sedang berusaha untuk membawa kumpulan pegawai dari negara China yang terlibat dengan pengimpotan SBW untuk memberikan taklimat kepada pengilang SBW, yang telah mendapat VHM daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dalam masa terdekat.

Selain daripada itu, baru-baru ini YH Dato' Tok juga telah ke negara China (Guangzao) dan mendapat maklumat daripada sana iaitu mereka yang terlibat dengan perdagangan SBW meminta supaya disegerakan pengekspotan semula SBW Malaysia ke China. Merka amat bimbang jika Malaysia tidak akan mengekspot SBW ke sana di masa-masa yang akan datang. Beliau turut di maklumkan di China terdapat kira-kira satu juta rakyat China yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dengan perdagangan SBW daripada Malaysia ini. Mereka memperolehi pendapatan daripada perniagaan SBW Malaysia. Bermakna hampir setahun sudah mereka ini tiada pendapatan, kerana inilah satu-satunya bidang yang selama ini mereka tahu dan terlibat untuk mencari rezeki.

Saya sendiri, pada satu ketika dahulu sebelum memorandum antara Kerajaan China dan Malaysia di tandtangani, pernah menyatakan kepada rakan sewalitan supaya kita harus membincangkan isu pengeksportan SBW Malaysia ke China dengan pihak Indonesia. Bukan sahaj sebagai setia kawan se ASEAN, tetapi Indonesia adalah pengeluar terbesar SBW dunia. Merka mampu berbuat sesuatu bagi memudaratkan industri kita disini jika kita tidak berhati-hati. Saya rasa gembira apabila YH Dato Tok menyatakan beliau telah ke Indonesia untuk berbincang dengan rakan sejawat beliau di sana baru-baru ini.

Di dalam lawatan beliau ke Indonesia itu, YH Dato Tok telah menerangkan kepada pihak Indonesia kenapa Malaysia perlu mengekspot ke China SBW yang separuh proses dan bukanya yang telah diproses sepenuhnya sahaja. Dato Tok terus menyatakan situasi di Malaysia dan Indonesia berbeza. Mereka di sana (Indonesia) mempunyai ramai orang yang memerlukan pekerjaan dan kos buruh di sana amat murah berbanding dengan Malaysia. Kos mencuci sarang di Malaysia sekitaran RM1,200 sekilogram berbanding dengan RM400 di Indonesia. Kita juga faham kenapa pihak Indonesia mengharamkan mengekdpot SBW yang tidak diproses. Mereka di sana memerlukan keuntungan tambah nilai daripada produk SBW.

Akhirnya, marilah kita bersama-sama YH Dato Tok di dalam usaha penyelesian isu ekspot dan pemasaran SBW dan akhirnya pasaran SBW tempatan.

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun