Monday, November 28, 2016

MENTERNAK WALIT SECARA TERKURUNG MASIH TIDAK EKONOMIK


Salam hormat,

Satu ketika dahulu, sekitaran tahun 2003, ada pihak yang yakin jika kita menternak walit secara berkurung, sejak kecil hingga dewasa, akan memastikan semua anak-anak walit yang diternak, setelah dewasa tidak akan meninggalkan RBW yang asal. Cara begini juga akan memastikan RBW ada burung dan tidak gagal seperti kebanyakkan RBW yang telah dibina.

Paparan berikut merupakan usaha kedua, di Malaysia, yang saya lihat masih gagal dalam menternak burung walit secara terkurung. Maksudnya di sini, telor-telor walit ditetaskan dengan menggunakan inkubator, kemudian diasuh anak-anak walit sehingga dewasa. 


                                     Telor-Telor walit Yang Dikumpul

                           Telor walit Di Eramkan Dalam Incubator

                                Anak Walit Yang Telah Ditetaskan


Pada permulaannya, makan diberikan secara manual sehingga walit boleh terbang. Makanan, iatu serangga, dikeluarkan khas oleh satu unit di dalam projek yang sama. Setelah dewasa, makanan ditembak ke satu ruangan udara, dengan menggunakan satu corong besar yang bermotor, di mana walit-walit tadi akan menyambar makanan tersebut. 



                               Satu Ruangan Berjaring Untuk Walit Terbang


                 Infrastruktur (beratap) Yang Menghasilkan Serangga

Akhirnya, saya perhatikan projek ini menemui kegagalan. Sekarang projek ini telah terbengkalai dan beberapa pihak yang turut melabur telah mengalami kerugian yang agak besar. Salah satu faktor yang menyebabkan kegagalan ialah kos mengasuh anak-anak walit yang begitu mahal. Berkaitan dengan ini juga masalah yang dihadapi ialah untuk mendapatkan pekerja yang sanggup mengasuh anak-anak walit sehingga dewasa.

Kemungkinan besar pengusaha ini telah melawat satu projek yang serupa di Indonesia. Projek ini pernah dilawati oleh YB Menteri Pertanian kita pada satu ketika dahulu. Nampaknya di sana seolah berjaya. Satu perkara yang jelas, di sana kos buruh adalah rendah berbanding dengan di tempat kita. Kemungkinan juga pengalaman mereka yang agak lebih lama dalam bidang ini.

Saya berharap, sesiapa pun yang berhajat untuk mengusahakan projek walit seperti ini, kajilah sedalamnya dahulu, terutama kos pengeluaran walit dan isu-isu pembiakannya sebelum memulakan usaha sedemikian. Hanya pihak Universiti, pada pendapat saya, yang sesuai untuk melihat dan mengkaji kaedah ini sama ada bermunafaat atau pun tidak.


Sekian, untuk makluman semua.


Dr Azizol Bin Mohd Sharun


Tuesday, November 15, 2016

SATU CONTOH PERALATAN BAGI MEMBEKAL TENAGA SOLAR UNTUK RBW

Salam hormat,

Bagi RBW yang berjauhan daripada sumber tenaga TNB, sumber tenaga solar adalah merupakan alternatif terbaik.

Saya telah mengubah punca tenaga letrik di RBW saya di Jerangau kepada sistem solar, berikutan beberapa masaalah yang saya hadapi jika terus mengunapakai punca tenaga TNB. Berikut adalah perlatan yang saya beli untuk RBW saya.

1. Solar panel.



                                         Sekeping Solar panel


                               Belakang Solar Panel Bahagian Atas


                                       Jenis Mono Cryataline

Saya diberi tahu, jinis mono Crystalline ini lebih cepat meng-charge batri daripada jinis poly-crystalline.

2. Batri.



                                                Batri Jinis Basah

    Hanya sebuah batri basah diperlukan. Toping-up cecair setiap 3 bulan.

3. Control panel.


                                               Controll panel

   Di dalam controll panel telah dipasangkan voltage regulator (atas sebelah kanan), dua buah timer untuk dua buah power amp, satu USB untuk meng-charge handfone dan dua point out-put untuk kegunaan lain-lain alat seperti lampu.

4. Power Amps


                              Power Amp Bersama satu Pendrive

Power amp yang kecil ini mampu memberikan suara yang kuat kepada 200 buah tweeter. Jika anda menggunakan power amp yang biasa, batri akan habis dalam masa beberapa jam sahaja. Penting mengetahui, bagi penggunaan sistem solar sebagai punca tenaga, gunakan power amp yang sesuai dengan kekuatan tenaga yang dibekalkan.

Saya menggunakan dua power amps, satu untuk suara luar dan satu untuk suara dalam.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Tuesday, November 8, 2016

MARI KITA AMALKAN MEMAKAN SBW ATAU PRODUK SBW

Salam hormat,

Setelah menghadiri seminar EBN 2016 baru-baru ini di Putra Jaya, saya fikirkan amat sesuai jika saya update perihal khasiat yang diperolehi seseorang apabila mengamalkan memakan SBW atau produknya.

Berikut saya terengkan komposisi SBW:-

1. Sebelum saya teruskan dengan komposisi SBW, sesuai sekali jika saya memaklomkan semula bahawa " memakan SBW adalah HARUS hukumnya"



2. Kedua, zat makanan yang terdapat di dalam SBW terpenting ialah Protin, setinggi 50.8%. Menariknya, apabila zat protin ini dihadzamkan, ia akan menghasilkan 14 Asam Amino (Amino Acids) dan 7 daripada Asam Amino ini adalah merupakan Asam Amono yang "essential". Maksudnya, Asam Amono yang 7 ini tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh kita. Tubuh kita terpaksa mendapatkanya dari sumber luar, seperti daripada SBW. 7 Asam Amino ini penting bagi perjalanan sehat fungsi tubuh manusia.



Seterusnya, jika kita membuat perbandingan antara SBW dengan beberapa sumber protin yang biasa kita makan, misalnya daging ayam, daging lembu, dan ikan, masing-masing mengandungi protin yang lebih rendah daripada SBW. Daging ayam mengandungi 29% protin, daging lembu sebanyak 28% manaka ikan hanya mengandungi 24% protin.



            Sumber : Persembahan Dato Dr Kamarudin Mohd Isa, EBN 2016


3. Dari sudut garam galian pula, SBW mengandungi sumber kalsium yang tinggi berbanding dengan sumber makanan yang lain. Manakala punca tenaga, setanding dengan bahan makanan yang lain. Lihat jadual berikut.
4. Daripada slide Dato Dr Kamaruddin (diatas) kita juga dapat saksikan bahawa SBW mengandungi hormone testosteron, iaitu satu hormon kelelakian dan berkait rapat dengan kekuatan tenaga batin seseorang.

5. Elok juga dimaklumkan di sini, satu sifat SBW yang amat sesuai sebagai bahan makanan manusia ialah ia bersifat ALKALI . Bermakna ia tidak toksik kepada tubuh manusia.

SBW memang terkenal dengan pelbagai khasiat, selain daripada punca zat-zat terpenting seperti yang telah dinyatakan di atas, SBW terbukti memperkukuhkan sistem immune badan. Ia juga dikatakan boleh menyumbang kepada perkembangan MINDA, mengelakkan penyakit sendi (Osteoathritis) serta mempunyai sifat menggalak pertumbuhan sel-sel baru (Epidermal Growth Factor)

                       Sumber: Dato Dr Kamarudin, EBN 2016

Dari sudut pengalaman pula saya telah mengamalkan memakan produk SBW ini semenjak 6 tahun sudah sehingga kini (produk yang saya iklankan di sebelah). Satu kesan yang amat ketara bagi diri saya ialah berkendaan sihat (Alhamdullilah) dan kini saya berusia 62 tahun. Sepanjang tempoh tersebut saya alami kekuatan tubuh yang baik. Misalnya saya tidak berasa letih walau pun telah memandu kenderaan melebihi 7 jam. Saya juga alami keadaan di mana jika saya berhujan (renyai atau pun lebat) Alhamdullilah saya tidak mengalami sakit kepala, seperti kebiasaannya.

Jika saya terluka saya juga perhatikan luka saya sembuh dengan segera.

Menurut seorang rakan saya di Melaka pula yang mempunyai RBW yang berhasil tinggi, dimana beliau telah memberikan makan SBW ini kepada menantunya yang ketika itu mengandung 3 bulan sehingga melahirkan anak, beliau dapati pertamanya kulit cucunya itu mempunyai satu sifat kehalusan yang luar biasa dan cantik. Keduanya, pemulihan semula rahim menantunya juga agak cepat dan tanpa sebarang masaalah.

Penyelidekan daripada Indonesia banyak memperakukan bahawa memakan SBW mampu merawat dan menyembuhkan kanser payu dara. Mengenai pengalaman saya pula berkaitan kesan produk SBW ini terhadap kanser payu dara, seorang kakak di Dungun Terengganu. Ketika kami melawat beliau dirumahnya, beliau mengidap kanser payu dara dan sedang menerima rawatan chemo di Hospital Kurbang Krian Kota Baharu Kelantan. Menurut beliau semasa beliau memulakan memakan produk SBW (beliau makan mentah sahaj), akibah rawatan chemo yang dilaluinya, rambut beliau telah luruh dan tenaga juga tiada sehingga terpaksa di papah jika mau ke bilik air. Setelah mengamalkan memakan produk SBW ini 2 kali sehari, setelah beberapa minggu beliau merasakan tenaga beliau pulih beransur-ansur sehingga boleh berjalan semula. Demikian juga masalah kanser yang beliau hadapi. Kini beliau sembuh sepenuhnya daripada masalah kanser yang beliau hadapi selama ini.

Dari pembentangan Dr Fadzilah Aini (DVS) di dalam seminar EBN 2016 baru-baru ini juga telah menunjukkan dengan jelas akan kesan SBW terhadap sel-sel kenser payu dara, kanser peparu dan kanser cervical. Kesan yang ditunjukkan, sel-sel kanser tersebut mati apabila sel-sel ini "dicampurkan" dengan cairan SBW.

Satu lagi pengalaman saya yang agak sukar untuk saya buktikan ialah "nampak lebih muda dari usia sebenar". Memang kita sudah mengetahui, mengamalkan memakan SBW atau produknya mampu melambatkan proses penuaan seseorang. Ramai orang yang tidak mengenali saya, selalu bertanya saya bertugas dimana. Apabila saya menyatakan yang saya sudah bersara dan berumur 62 tahun, mereka kurang yakin dengan keterangan saya itu. Pada saya mengamalkan memakan SBW atau produknya memang bebberikan kepada rupa wajah seseorang. Kenyataan yang menyebut "memakan SBW menjadikan kita awet muda" pada saya ada kebenaranya.

Akhir sekali, mengamalkan memakan SBW ini boleh menaikkan kekuatan tenaga batin seseorang. Ini berkait rapat dengan terbuktinya SBW mengandungi hormon tesstosterone (seperti yang saya nyatakan di atas).  Pengalaman saya, juga sedikit sebanyak ada kebetulannya dalam hal ini( ha...ha..ha).

Bagi saya, sesiapa yang ada memiliki SBW saya amat menggalakkan anda semua mengamalkan memakannya. Perhatikan kesanya, seperti yang saya terangkan di atas, setelah beberapa lama mengamalkannya.

Di dalam ceramah saya (Ceramah Industri Walit) selalu saya melawak, "kita tidak mahu lihat orang di negara China yang mengamalkan memakan SBW yang diimpot dari Malaysia, sehat walafiat dan panjang umur, tetapi pengeluar SBW (anda semua) di Malaysia berkeadaan banyak masaalah kesihatan dan pendek umur"


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun


Wednesday, November 2, 2016

REKOD SEMUA EVENT YANG BERKAITAN RBW ANDA

Salam hormat,

Pentingnya membuat catatan/rekod berkitan dengan RBW anda,

1. Perlu saya tekankan di saat ini menternak burung walit bukan secara 3T, yang bermaksud Tegakkan bangunan, Tinggalkan dan Tuai hasil.

Bidang usaha akan juga berakhir dengan kegagalan, jika pengusaha melepaskan semua tanggungjawab berkaitan amalan menternak ini kepada pihak yang ke 3.

2. Rekod semua events. Misalnya, pada satu tarikh sistem mist blower telah menggantikan pemakaian alat pengabut udara biasa. Apa sahaja yang anda buat atau tambah/pinda perlu di catit. Catitan ini akan membantu anda membuat penilaian kesan setiap aktiviti/tindakan yang telah anda lakukan. Dengan lain perkataan,pengalaman anda sebagai penternak akan bertambah. Orang putih kata "profit from your experiences".

3. Amat mustahak direkodkan tarikh dan kuantiti sarang yang dipungut/kutip. Tidak secara langsung anda akan mengetahui perkembangan premis dan juga populasi walit yang mendiami rumah tersebut.

RBW yang baik digambarkan dengan kadar pertambahan populasi walit, dan akhirnya saarang walit, yang mendiami rumah berkenaan. Jika ia bertambah sekitaran 25% setahun, RBW itu berada pada tahap yang baik, termasuklah amalan peternakan yang telah dijalankan selama itu. Jika kadar pertambahan walit kurang daripada itu, sesuatu perlu dilakukan setelah penelitian dibuat. Jika pertambahan populasi melebihi 30% setahun, itu adalah yang terbaik.

Jika dibandingkan dengan premis walit di kawasan yang sama, semua rumah meningkat populasi walitnya, bermakna kawasan pemburuan makanan bagi walit-walit ini masih banyak serangga dan akan terus mampu menampung peningkatan populasi yang lebih banyak. Ini juga bermakna ada berpeluang untuk menambah premis walit daripada yang sedia ada.

Akan tetapi, jika banyak premis mengalami penurunan, ini bermakna kawasan pemburuan telah berkurangan populasi serangganya. Ini boleh disebabkan perubahan penggunaan kawasan pemburuan ini kepada sektor lain, misalnya perumahan. Kemungkinan juga, penggunaan racun makhlok perosak yang banyak dan kerap di kawasan pemburuan makanan sudah tentu menurunkan populasi serangga dan akhirnya menjejaskan perkembangan populasi walit. Satu contoh yang jelas dalam hal ini telah berlaku di Surabaya, Indonesia. Di sini perkembangan populasi terus berkurangan akibah pembangunan industri dan kilang kecil (IKS) yang dahulunya kawasan pertanian. Penghasilan sarang susut dengan banyaknya sedangkan satu ketika dahulu kawasan Surabaya adalah merupakan kawasan penghasilan sarang walit yang terteinggi di Indonesia.

Jadi, saya menyarankan jumlah walit yang menduduki sesebuah premis itu dilakukan penilaian sekurangnya 2 kali dalam setahun kemudian direkodkan.

4. Semua kematian walit juga mustahak direkodkan.

Apabila kita meneliti lantai RBW, kita akan dapati ada walit yang mati. catit berapa jumlah yang mati pada tarikh tersebut. Bezakan antara anak dan walit dewasa.

Di hujung tahun, dapatkan kadar kematian ( % ) walit secara keseluruhan dan jugak untuk kematian anak. Apabila berlaku kematian yang luar biasa, berasaskan kepada rekod-rekod sebelum itu, perlulah segera dilaporkan kepada pihak JPV untuk tindkan lanjut. Data base ini penting untuk kajian epedemeology sesuatu penyakit. Pendapat saya tidak sesuai jika kita menggunakan data daripada unggas yang lain untuk menilai permasaalahan walit.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun