Tuesday, October 15, 2019

SEDIKIT PERKEMBANGAN TERKINI INDUSTRI SBW

Salam hormat,

Maklumat ini diperolehi melalui satu sessi pembentangan di program MyGAP Walit yang teah saya hadiri di Pekan, Pahang pada 08hb Ogos, 2019.

Dari sudut perkembangan ekspot SBW, pada tahun 2020 mengikut sasaran yang telah ditetapkan oleh NKEA ialah sebanyak 870 metrik tan. Kedudukan sebenar pada tahun 2018, kita telah mengekspot sebantak 1,600 metrik tan SBW. Penghasilan SBW negara telah melebihi sasaran sekali ganda. Pada tahun 2020 sasaran baharu ialah sebanyak 2,300 metrik tan. Pada tahun tersebut, dianggarkan nilai ekspot SBW negara akan mencecah RM4.5 billion.

Ekspot kita adalah kepada 20 buah negara luar, yang utama ialah ke negara China. Kita mengekspot SBW dalam 4 kategori seperti produk kosmetik, minuman dalam botol, pharmacutical dan produk kesihatan.

Dari sudut perubahan habitat burung walit pula, kami dimaklumkan terdapat perubahan daripada habitat asal. Sekarang telah berlaku pergerakan ke arah utara, misalnya ke utara Thailand. Di chiang Mai telah dimaklumkan terdapat sebanyak 200 buah RBW. Perkembangan yang serupa telah juga berlaku di Vietnam, Kemboja dan Myanmar.

Berikut adalah beberapa gambar yang saya rakan di sekitaran Mandalay, sebuah kota besar di Myanmar beberapa tahun dahulu, sebagai gambaran sahaja.









Satu persoalan yang mungkin elok kita tanya ialah, apa akan berlaku terhadap habitat asal, seperti di Malaysia pada masa yang akan datang? Apakah perubahan iklim/cuaca (Global warming) akan merubah keadaan yang sedia ada? Sama-sama kita perhatikan.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).