Sunday, April 28, 2013

RBW DI SEKITAR SURABAYA JUGA DIANCAM BURUNG HANTU

Salam hormat,

Burung hantu juga merupakan masaalah besar bagi RBW di sekitaran Surabaya. Selain daripada mengecilkan lubang masuk walit (12" X 12") mereka juga memasang jaringan dawai (wire mesh) di sekeliling lubang masuk walit untuk mengatasi masaalah ini. Lihat gambar berikut.



Ada juga pengusaha yang menggunakan senjata api, seperti kita di Malaysia.


Skian,



Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Thursday, April 25, 2013

PIKAT BURUNG SERITI DAHULU KEMUDIAN PUTAR TELOR

Salam hormat,

Semasa melawat ke tiga-tiga RBW di Surabaya, satau perkara yang mengherankan saya, kenapa tiada bunyi suara luar untuk memikat walit. Kalau di tempat kita jelas kedengaran bunyi suara luar( lagu luar). Dalam hati saya kalau di Malaysia berkeadaan begini sudah bagus dan pastinya pihak PBT amat senang hati.

Apabila saya diberi peluang memasuki sebuah RBW di Tanggul Angin, baru saya sedar bahawa mereka di sini tidak memikat walit dahulu, tetapi burung seriti. Tidak dinafikan di sekitaran Surabaya ini memang banyak seriti. Jadinya memikat seriti tiada memerlukan sebarang lagu luar. Saya sebelum ini juga dapati di Sandakan , dan Kudat di Sabah memang banyak seriti dan didapati memang mudah mendiami dan bersarang di rumah atau bangunan yang kosong dan tidak terlalu gelap di dalamnya.

Setelah seriti mendiami rumah tersebut, apa yang mereka lakukan ialah dengan menukar telor seriti kepada telor walit. Di sini memang ada dijual telor walit. Jadi nanti yang ditetaskan ialah telor walit. Anak-anak walit ini akan terbang keluar seperti biasa dan dalam banyak-banyak anak walit yang ditetaskan oleh ibu-ibu seriti ini, ada di anataranya yang balik ke rumah yang sama untuk bersarang, bertelor dan seterusnya menetap di rumah ini.


                               Pemandangan Di Dalam Rumah Walit


                                Beberapa Sarang Seriti


                          Sarang Seriti dan Sarang Walit (di tengah)

Papan yang digunakan sebagai sirip bukan jinis meranti, tetapi satu jenis kayu keras tempatan dan setebal 8 inci. Ketinggian sirip daripada lantai, bagi tingkat bawah sekali, ialah sekitaran 12 kaki. Perhatikan juga tiada kelihatan tweeter, atau pun sarang tiruan. Di dalam rumah ini juga tiada tinja walit diletakkan untuk mewujudkan miasmata walit. Hanya satu pembesar suara disetiap lantai, yang mengeluarkan bunyi walit.



Pendekatan ini, sungguh pun berhasil dan boleh digunakan, tetapi dia agak lambat untuk memberikan hasil. Dari sudut kos memanglah murah sedikit oleh kerana tiadanya sistem suara luar dan dalam digunakan.

Berikut adalah wajah pemilik RBW di Tanggul Angin yang kami lawati.




Skian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Wednesday, April 24, 2013

PAIP PENGUDARAAN RBW DI LUAR DAN DIARAHKAN KE LANGIT

Salam hormat,

Ini satu lagi penemuan di RBW di Gerisek, Surabaya yang agak berbeza dengan apa yang kita buat di Malaysia. Lubang pengudaraan yang diperbuat dari paip PVC berukuran 3" ini bukan sahaja diletakkan di luar bangunan, tetapi juga lubangnya di arahkan ke langit. Lihat gambar-gambar berikut,





Di Malaysia juga terdapat beberapa rumah walit yang paip pengudaraanya di luar, akan tetapi ia dibengkokkan ke bawah.

Mereka menyatakan kepada saya, ini adalah merupakan salah satu kaedah untuk meningkatkan kelembapan di dalam rumah walit. Air hujan yang masuk ke dalam bangunan melalui lubang-lubang ini akan membasahi dinding, seperti di dalam gua juga, dengan itu mampu meningkatkan kelebapan. Ia lebih berkesan daripada meletakkan takungan air di dalam bangunan.

Dalam pada masa yang sama, saya perhatikan walit mampu masuk ke lubang pada bangunan di sebelah kanan (gambar di bawah sekali) walau pun jarak antara dinding-dinding bangunan itu sekitaran 10' sahaja.

Fikir-fikirkan, skian


Dr Azizol Mohd Sharun

Tuesday, April 23, 2013

LUBANG MASUK WALIT DI SETIAP TINGKAT

Salam hormat,

Saya sempat melawat 3 buah RBW sekitaran bandar Surabaya. Hendak melawat lebih daripada itu nampaknya tidak dibolehkan berikutan masalah perjalanan yang kurang lancar.

Satu perkara lagi yang saya perhatikan di kalangan RBW di Surabaya ini ialah ada lubang masuk walit di setiap tingkat, jika RBW tersebut melebihi satu tingkat. Lihat gambar-gambar berikut.








                                  Perhatikan anak-anak panah

Lubang masuk walit dan juga seriti ( saya akan cerita di halaman yang berikutnya ) ini besarnya antara 1'X1' dan 1'X2'. Di dalam bangunan pula ada lubang antara lantai juga yang digunakan oleh pengusaha untuk naik dan turun.

Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Monday, April 22, 2013

PLASTIK BERDURI MENGANTIKAN PAPAN SUDUT

Salam hormat,

Ekoran lawatan saya ke Surabaya juga, saya ditonjolkan kepingan plastik, berwarna hitam, dan berduri untuk dipasang pada sudut sirip bagi mengantikan penggunaan papan sudut. Lihat gambar berikut,



Cumanya saya tidak pula bertanyakan lebih lanjut, sama ada ia di pasang di peringkat awal lagi atau pun apa bila rumah terlah beroperasi lama. Kegunaan alat ini dipasang di sudut-sudut ialah bagi mengelakkan walit membuat sarang di sudut-sudut.



Bagi saya, alat ini tidak sesuai digunakan sama sekali. Kenapa? Kerana apabila kita mula memikat walit, biasanya yang masuk dan menginap ialah walit-walit muda. Walit muda akan membuat sarang di sudut-sudut. Jika plastik ini digunakan kebimbanggan saya walit tidak akan mendiami rumah yang kita bina.

Kenyataan diatas adalah berdasarkan satu pengalaman yang saya lihat di sebuah rumah walit di Gemas, Negeri Sembilan, hampir dua tahun yang lepas. Saya di jemput untuk melihat dan memberikan nasehat kenapa walit tidak masuk dan bersarang selepas setahun beroperasi. Satu perkara yang saya jumpa ialah penggunaan kayu bruti di sudut-sudut( gambar di bawah), seolah-olah memang perunding yang membina premis berkenaan tidak mahu walit bersarang di sudut-sudut yang terdapat di dalam rumah berkenaan.



Skian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Sunday, April 21, 2013

ALAT ULTRASONIC UNTUK MENGATASI MASAALAH TIKUS

Surabaya, 19hb April, 2013: Salam hormat. Semasa saya berkunjung ke sebuah kedai pembekal peralatan industri walit di sini beberapa hari lepas terjumpa sejenis alat elektronik yang digunakan untuk menghalang tikus daripada berada dan mendiami RBW. Lihat gambar berikut,



Harganya, seperti yang anda nampak ialah Rupiah Indonesia 500,000 seunit.

Saya belum ada pengalaman menggunakan alatan ini. Jika ada sesiapa yang sudah berpengalaman menggunakanya, sila e-mail saya supaya kita boleh berkongsi maklumat untuk kebaikan kita semua.

Skian dahulu,


Dr Azizol Mohd Sharun

Thursday, April 18, 2013

HARGA GRED C- YANG LEBIH BAIK

Salam hormat,

Hari ini, 18hb saya menerima satu pesan ringkas daripada pihak PPN Terengganu yang berbunyi seperti berikut:-

      ...ada pihak yang sangup membeli sarang gred c- dengan tawaran
         harga antara RM300 - RM350.00 setiap Kg...

Jadinya, pihak berkenaan meminta saya mewar-warkan tawaran tersebut. Sesiapa yang ada bekalan dan berminat, sila berhubung dengan PPN Terengganu secara terus atau pun melalui saya.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun 

Wednesday, April 3, 2013

PPK PAGOH JUGA BELI SBW

Salam hormat,

Pagi hari ini (04hb April, 2013 ) saya dimaklumkan bahawa PPK Pagoh, Muar juga membeli SBW mentah ( raw unclean ), seperti yang berlaku di PPN Terengganu. Jadi sesiapa yang berada di Gemas dan negeri Johor amnya sesuailah ke sana memandangkan lokasi paling hampir kepada anda.

Di PPN Terengganu, harga belian pada hari ini adalah seperti berikut:-

1. Gred A : RM 1,700.00 se Kg,
2. Gred B : RM 1,300.00 se Kg,
3. Gred C : RM 700.00 se Kg, dan
4. Gred C- : RM 200.00 se Kg

Skian, untuk pengetahuan anda jua.


Dr Azizol bin Mohd Sharun