Sunday, February 18, 2018

GANDINGAN RBW DAN TANAMAN DURIAN MUSANG KING

Salam hormat,


Daripada satu sessi taklimat saya difahamkan tanaman dan penghasilan buah durian Musang King adalah meruapakn satu SUMBER KEKAYAAN BARU DI MALAYSIA. Sebagai satu contoh, seorang pengusaha yang telah lama berkecimpung di dalam penanaman dan penghasilan buah durian Musang King, dengan keluasan tanah 9 ekar sahaja, pada tahun 2017 belau telah mendapat hasil bersih sebanyak RM 2 juta. Bermakna juga dari sudut pengiraan yang sama jika kita ada 4 ekar sudah berpotensi untuk menjana pendapatan RM1 juta setahun. Umur durian beliau ialah sekitaran 30 tahun. Saya turut difahamkan durian musang King ini boleh menghasilkan buah yang banyak dan berkualiti setelah berumur 10 tahun. Tetapi semua ini memerlukan satu pengurusan ladang yang optimum. Saya turut difahamkan bahawa semua orang boleh buat penanaman durian ini termasuklah orang Melayu.

Buah durian Musang King hari ini dijual dengan harga yang tinggi antara RM30 ke RM100/Kg. Ini semua disebabkan isi durian sejuk beku klon Musang King telah mula diekspot ke negara China semenjak tahun 2011 dan terus mendapat permintaan yang amat baik dan dijangka terus meningkat di tahun-tahun mendatang.

Kenapa gandingan tanaman durian Musang King dan peternakan burung walit? Kerana kedua-dua komoditi ini mempunyak permintaan dan harga yang tinggi di negara China.

Berbalik kepada saranan gandingan ini, apa yang menarik perhatian saya ialah, kebanyakkan kebun durian memerlukan kawasan yang sedikit berbukit. Jadi dipertengahan lereng bukit ini atau pun di puncak kawasan bukit ini sesuai didirikan sebuah RBW, seperti mana yang biasa kita lihat di dalam perladangan sawit.

Saya yakin ada di antara kita yang telah mendengar potensi integrasi antara RBW dan tanaman Gaharu sedikit masa dahulu. Saya turut menulis perkara yang sama di dalam blog ini ketika itu. Pandangan semasa saya, penghasilan Gaharu ini masih lagi tidak menampakkan kejayaan dan potensinya di samping kos yang tinggi. Seterusnya mengikut kefahaman saya terkini (tahun 2018),tanaman durian Musang King lebih meyakinkan untuk kita ganti tanaman Gaharu.

Potensi kekayaan ini lebih bertambah gairah apabila di maklumkan, jika kita mempunyai sebidang tanah yang telah ditanam dengan durian kampung, kesemua ini boleh dicantum dengan klon durian Musang King, DAN cantuman dewasa durian ini boleh mula berbuah setelah berumur 5 tahun sahaja. Sunguh hebat.

Jadi apa tunggu lagi?

Jika kita ada RBW dan disekelilingi dengan tanaman sawit atau pun getah mahu pun campuran pokok buahan lain, usaha gantikan kesemua ini dengan tanaman Musang King, sama ada di tanam yang baharu atau pun di lakukan cantuman dewasa.

Jadi gandingan peternakan burung walit dan tanaman durian Musang King adalah cara kita semua ke hadapan mulai sekarang ( The Way Forward). Sesuai #DurianBurung sering disebut-sebut dan digunakan mulai sekarang di kalangan pengusaha-pengusaha ternakan burung walit.


#DurianBurung

Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS)