Saturday, September 27, 2014

KLINIK RBW YANG BERMASAALAH

Salam hormat,

PENDAHULUAN

Satu kursus sehari berkenaan AMALAN PETERNAKAN YANG BAIK (GAHP) bidangusaha peternakan burung walit telah diadakan pada 24hb September, 2014 yang baru lalu, di Institiut Pengurusan Veterinar (IPV) di Cheras, Kuala Lumpur. Sessi ini dianjurkan olih JPV Putra Jaya. Dalam sessi berkenaan saya telah membentangkan ceramah bertajuk REKABENTUK RBW.

Daripada sessi ini saya dapati masih banyak RBW yang telah beroperasi, melebihi setahun, tetapi tidak berjaya dan dianggap bermasaalah. Saya percaya banyak lagi diluar sana yang mengalami keadaan yang sama.

CADANGAN

Saya bersedia membantu, bagi sesiapa yang berminat. Bagi membolehkan saya datang memeriksa premis anda, saya mengenakan sedikit bayaran sebanyak RM350 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Lima Puloh sahaja) bagi setiap premis, di mana jua di Semenanjung Malaysia.

Bagi mereka-mereka di Sabah dan Sarawak, dikenakan kos tambahan untuk penerbangan, penginapan dan pengangkutan. Berikan cadangan kepada saya melalui sms.

Caranya: 1. Masukkan wang tersebut ke akaun bank saya yang tertera
                 di bawah,

                 CIMB: 7035 3442 80

             2. SMS perihal tersebut ( telah bank in wang ) kepada saya
                 (019-9167341) dan buat temu janji untuk tujuan lawatan.

PENUTUP 

Saya berharap usaha ini dapat merungkai permasalahan RBW anda. Adalah digalakkan, semasa saya membuat lawatan ke premis saudara bawa sekali mereka yang membuat pendawaian sistem suara dan kontrektor bangunan. Saya akan selia mereka pada hari berkenaan.


Skian


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Saturday, September 13, 2014

KARNIVAL USAHAWAN DESA (KUD) ZON TIMUR 2014

Salam hormat,

KUD zon timur telah diadakan di kompleks RTC KETENGAH antara 11hb hingga ke 14hb September 2014. Saya berkesempatan meninjau kegiatan usahawan desa yang menyertai karnival kali ini.



Setelah melihat kesemua lot pamiran, saya perhatikan terdapatnya beberapa usahawan yang terlibat di dalam industri SBW. hampir semua kegiatan berkisar di dalam penghasilan produk tambah nilai. Berikut dipaparkan beberapa lot usahawan tersebut untuk kejelasan kita semua.







Pada hari ke dua terakhir karnival turut diadakan kursus mencuci sarang burung walit. Puan Fadilah adalah merupakan seorang yang berkepakaran tinggi di dalam bidang ini telah memberikan tunjuk ajar kepada kira-kira 65 orang peserta. Ramai juga yang terdiri daripada golongan belia yang menyertai program sehari ini. Satu taklimat ringkas bidangusaha telah diberikan pada permulaan kursus dan disampaikan oleh seorang pengusaha yang telah lama bergiat di dalam penghasilan SBW di Terengganu iaitu YH.Dr Saleh.


                                             Sessi taklimat ringkas





Saya perhatikan secara keseluruhanya minat di dalam bidangusaha ini masih segar di sekitaran bandar AMBS Dungun ini. Usaha mengajar mencuci dan memasak SBW adalah merupakan satu usaha yang amat baik ketika ini. Adalah diharapkan mereka yang menghasilkan sarang dapat memunafaatkan sarang-sarang yang pecah, dan dari gred C untuk keluarga masing-masing.



Skian


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Sunday, September 7, 2014

MAKLUMAT PAPARAN BULAN JUN 2014 BUTIRAN KE 2 AN UPDATE

Salam hormat,

Saya baru saja mendapat makluman daripada pegawai JPV di Terengganu bahawa cadangan kepada butiran ke dua ( paparan bulan Jun 2014 ) telah dibatalkan perlaksanaannya.

Skian,


Dr. Azizol bin Mohd Sharun

Monday, September 1, 2014

MAKLUMAT DARIPADA PENASEHAT PERSATUAN PEDAGANG BURUNG WALIT MALAYSIA


Salam hormat,

Pada 31hb Ogos baru lepas, saya berkesempatan berjumpa dengan YH Dato Tok Teng Sai. Sebagaimana yang anda sedia maklum, beliau adalah bekas Preseden Persatuan Pedagang SBW Malaysia dan kini selaku penasehat kepada badan berkenaan.

Ada beberapa perkara yang saya dengar daripada beliau yang mungkin sesuai dan elok saya kongsi bersama anda di sini, berkaitan kedudukan industri SBW semasa. Kebanyakkan maklumat yang saya perolehi adalah berkeitan perkembangan yang berlaku di luar Malaysia.

Pertamanya, di suatu lokasi di selatan Guang Zao (saya tak ingat nama tempat berkenaan) telah diwujudkan satu kawasan industri bersama Malaysia (seperti kawasan industri bersama kerajaan China yang ada di Gebeng Kuantan) yang dikhaskan bagi menguruskan kemasukan SBW daripada Malaysia. Ia seolah-olah one-stop center bagi menguruskan segala hal yang berkaitan. Tujuan utama bagi mempermudahkan kemasukan SBW ke negara China. Juga disebut, bagi syarikat Malaysia yang ingin mengeksport SBW (mentah dan sebagainya) adalah digalakkan supaya mendirikan satu syarikat JV di lokasi berkenaan.

Kedua, tidak berapa lama lagi akan diterbitkan beberapa hasil kajian saintifik produk SBW ke dalalam beberapa journal penyelidekan antarabangsa. Salah satau daripadanya oleh Universiti tempatan (berkaitan rawatan kanser payudara). Sebuah universiti daripada Jepun juga akan turut menerbitkan hasil kajian mereka di penerbitan antarabangsa lain. 

Saya menjangkakan dengan penerbitan-penerbitan di dalam journal antarbangsa ini akan dapat mengalak dan membuka ruang pemasaran yang lebih luas terhadap SBW dan produknya. Maka ketika itu adalah djangkakan kita tidak lagi hanya bergantung kepada pasaran tradisi sahaja, iaitu negara China, bagi SBW keluaran Malaysia. Berkaitan perkara yang sama juga, permintaan dijangka akan meningkat dan akan dituruti dengan perubahan harga yang lebih baik. InsyaAllah.

Saya turut dimaklumkan isu yang agak penting diketika ini ialah harga SBW Malaysia di pasarkan di China agak terlalu tinggi (RM12,000.00 se Kg). Sedangkan harga perolehan SBW di pasaran tempatan agak murah (RM1,200 ke RM1,500 se KG). Kemungkinan pihak China mengalihkan belian daripada Indonesia atau pun Thailand akan berlaku. Jadi isu ini masih belum selesai. Jadi sama-samalah kita lihat perkembangan seterusnya.


Skian


Dr Azizol bin Mohd Sharun