Saturday, June 25, 2016

BAHAGIAN KE-ENAM (TERAKHIR): BEBERAPA CADANGAN LAIN


Salam hormat,

Di bahagian terakhir ini saya rangkumkan beberapa kelemahan lain yang turut saya buat cadangan untuk penambahbaikan.

Pertama, saya mencadangkan supaya LMW yang asal dibuka semula. Setelah dibuka, En B perlu membuat sedikit permerhatian LMW yang mana satu menjadi pilihan walit di lokasi ini. Kedudukan LMW yang asal berbanding dengan yang sedang digunakan adalah seperti dalam lakaran berikut.




Apabila ini dilakukan, bagi mengurangkan cahaya memasuki nesting room, saya mencadangkan supaya saiz pintu masuk ke nesting room dari rooving area dikecilkan. Saya cadang saiznya sekitaran 1' lebar dan 5' tinggi. Lihat gambar berikut.



                                 Pintu Ke Nesting Room Dikecilkan

Setelah diperhatikan mana lubang yang menjadi pilihan, wajar LMW yang lagi satu ditutup atau terus dibiarkan begitu sahaja.

Kedua, Saya cadangkan supaya setiap alat pengabut udara di setiap lantai yang rosak diperbaiki dan dioperasikan semula. Cuma nasehat saya bagi mengelakkan kulat tumbuh pada papan-papan sirip yang berada bersetentang di atas setiap pengabut udara, letakkan pengabut udara dibawah meja yang sesuai. Ligat contoh berikut.



                                Pengabut Udara Diletakkan Di Bawag Meja

Disamping itu juga, saya mengesyurkan supaya lantai RBW ini dilembapkan, misalnya untuk setiap 3 hari dilembapkan sekali. Usaha melembapkan ini boleh dilakukan antara jam 10 pagi hingga ke 3 petang.

Ketiga, perbanyakkan lagi penggunaan sarang tiruan di setiap lantai. Jumlah sarang tiruan sedia ada pada hemat saya amat kurang. Tambahlah sekitaran 100 buah disetiap lantai. Boleh gunakan sarang tiruan yang komersial, atau pun yang diperbuat daripada polystreen atau pun yang diperbuat daripada papan. Kombinasi jinis sarang tiruan ini juga tiada masaalah.

Ke empat, saya dapati disekitar lilitan bangunan, En B tidak memasang kepingan allimunium bagi mencegah musuh seperti tikus, biawak dan ular memasuki bangunan. Elok dipasang. Lebar kepingan sekitaran 18" lebar. Lihat contoh berikut.





Ke lima, pasangkan sebuah lampu kalimantan yang pendek di bahagian atas LMW. Ini bertujuan untuk mengekang kelawar daripada memasuki bangunan. Gunakan timer dan nyalakan lampu ini antara jam 7 petang hingga 7 pagi.

Akhir sekali, saya mencadangkan supaya lagu luar yang sedang digunakan digandingkan dengan satu lagu yang baru. Beliau boleh dapatkan satu lagu lain yang baik dan cantumkan.

Apa pun setelah kesemua penambahbaikan ini selesaai dilaksanakan, pemerhatian akan respon walit perlu dibuat dari masa ke semasa. Mana-mana usaha penambahbaikan yang tidak memberikan respon perlu ditukar dan diperbaiki semula dengan cara yang lain pula.

Usaha berterusan mencari atau membuat penambahbaikkan pada RBW ini perlu dilakukan oleh En B bagi memastikan akhirnya RBW beliau bertambah maju di masa-masa yang akan datang. InsyaAllah.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

BAHAGIAN KE 5: KELEMAHAN PADA SISTEM SUARA


Salam hormat,

Masaalah ke 5 yang dihadapi oleh En B berkaitan dengan RBW milik beliau ini ialah beberapa kelemahan dengan sistem suara yang digunakan.

Pertama, saya dapati jumlah tweeter di setiap lantai adalah kurang daripada kebiasaanya. Kerana pengiraan tidak dibuat atau data yang sebenar tidak dapat beliau berikan, saya mencadangkan kepada beliau supaya mengira semula jumlah tweeter yang ada. Kemudain jumlah yang sepatutnya ada ( keluasan lantai di bahagi dengan 13 ). Perbezaan ini perlu di ambilkira oleh beliau untuk memperkasakan mikroenviroment RBW beliau. Selepas itu beliau dinasehatkan juga supaya menyemak semula kesemua tweeter yang ada. Saya yakin banyak yang telah tidak berfungsi, ini semua perlu diganti. Pengalaman saya mendapati pendawaian tweeter mula putus apabila RBW mencecah umur 4 tahun.



                                Jumlah Tweeter Yang Kurang

Saya turut menasehatkan beliau juga supaya tweeter yang baru atau yang baru diganti dipasang, perlu menghala ke arah walit datang.

Kedua, saya mendapati tweeter yang mengeluarkan lagu luar hanya "ditarik" sejauh LAL sahaja. Maknanya sehingga ke LAL tingkat satu sahaja. Saya menyarankan kepada beliau supaya menambah jumlah tweeter ini ke penjuru-penjuru di nesting area di mana beliau hendak walit duduk di setiap lantai. Beliau perlu menambah sekitaran 5 ke 10 buah tweeter lagi untuk suara luar ini di setiap lantai.



                         Dua Buah Tweeter Suara Luar di LAL

Tweeter suara luar sedia ada juga, pada hemat saya ada yang sudah tidak berfungsi. Ini juga perlu disemak dan diganti dengan baru. Jenis tweeter di LAL bagi suara luar ini eloklah menggunakan tweeter yang lebih bermutu.

Ketigga, Saya juga mendapati hanya satu power Amp digunakan untuk lagu dalam untuk ke 3 lantai. Semasa lawatan saya dapati power amp ini tidaklah panas. Ini kemungkinan jumlah tweeter yang dipasang kepada power amp ini tidak banyak (seperti ulasan saya di atas mengenai jumlah tweeter) dan lagunya tidak nyaring.



                                 Satu Power Amp Untuk Suara Dalam

Pada hemat saya, untuk mengubah sistem suara ini kepada yang saya akan cadangkan dibawah mungkin memakan kos yang agak tinggi bagi En B. Tetapai bagi mereka yang sedang membina RBW setinggi tiga tingkat, cadangan saya ialah supaya suara dalam guna satu power amp untuk satu lantai. Maknanya, dalam kes ini untuk suara dalam sahaja perlukan 3 power amp (tidak termasuk spare power amp). Suara luar pula dalam kes ini memerlukan 2 power amp (tanpa spare).

Apabila kita menggunakan 3 power amp berasingan untuk lagu dalam bagi setiap lantai, anda boleh menggunakan kekuatan atau kenyaringan bunyi(dB) lagu untuk menentukan ke lantai mana walit dikehendaki menetap. Jika satu power amp sahaja, teknik ini tidak dapat digunakan untuk mengagihkan taburan walit yang mendiami RBW kita. ini adalah merupakan satu kaedah yang boleh anda cuba. InsyaAllah.

Bagi power amp suara luar pula, satu digunakan untuk suara luar di LMW, lubang masuk ke nesting room dan untuk hexagonal tweeter (jika digunakan). Manakala power amp ke dua digunakan untuk tweeter suara luar yang di pasang di dalam nesting room dan LAL bagi ke tiga-tiga lantai. Kenapa 2 power amp untuk suara luar. Tujuannya, pada pendapat saya, apabila poweramp lagu luar di LMW, lubang ke nesting room dan hexagonal tweeter di matikan pada jam 7 atau 8 malam, power amp lagu luar yang supply lagu luar ke dalam nesting room dan LAL diteruskan berbunyi sehingga jam 10 atau 11 malam atau mengikut kehendak anda berdasarkan pengalaman rakan-rakan yang lain.

Ini dibuat supaya walit yang telah berada di dalam bangunan yang masuk mengikuti suara luar TIDAK LARI KE LUAR apabila lagu luar pada tweeter hexagon, LMW dan lubang ke nesting area di padamkan pada jam 7 malam. Kira jam 10 atau 11 malam apabila lagu luar kesemuanya telah dipadamkan, hanya tinggal suara dalam sahaja, saya berpandangan walit tidak lagi akan keluar bangunan kerana sudah lewat malam.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun

BAHAGIAN KE EMPAT: AROMA ATAU MIASMATA RBW SUDAH TIADA



Salam hormat,

Semasa lawatan itu juga saya mendapati aroma atau miasmata RBW sudah tiada di dalam bangunan ini. Saya dapati kotak yang mengandungi tinja walit yang agak lama masih ada.



                                          Kotak Tinja Walit

Dari segi kedudukan di setiap lantai sudah betul. Cuma memerlukan tinja yang baru. Saya mencadangkan kepada En B, ia perlu menukarkan tinja yang lama dengan yang baru ke dalam setiap kotak yang tersedia. Kira-kira 2 guni tinja diperlukan bagi setiap kotak. Jika aroma yang keluar kurang kuat, elok di lembapkan himpunan-himpunan tinja ini seminggu sekali dan berterusan.

Lama kelamaan walit akan mula tingal di dalam bangunan ini. Tompok-tompok tinja yang baru ini dan apabila bertambah banyak, waktu itu toping-up kotak-kotak tinja ini tidak diperlukan lagi. Pentingnya En B senantiasa peka akan keperluan aroma ini di dalam RBW beliau secara berterusan.




Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Sunday, June 19, 2016

BAHAGIAN KE 3: GANGGUAN PEMANGSA (BH) DAN CADANGAN MENGATASINYA


Salam hormat,

Pada penelitian saya mendapati masaalah utama yang dihadapi oleh RBW milik En B ini dan kenapa ia berprestasi rendah ialah gangguan burung hantu. Masaalah ini perlu diselesaikan dahulu, berbanding dengan beberapa masaalah yang lain.

Semua pengusaha RBW kena senantiasa ingat, apabila RBW didirikan di kawasan kampung atau di luar bandar, keberangkalian kedatangan musuh seperti BH adalah tinggi. Kerana apa? Kerana burung walit adalah salah satu daripada makananya. Samalah seperti burung helang dengan ternakan ayam.

Satu daripada tanda masalah gangguan BH pada sesebuah RBW ialah jumlah sarang atau walit yang mendiami RBW tidak berkembang sama seperti di dalam kes ini. Semasa lawatan pemantauan kita akan dapati, di struktur-struktur di dalam RBW dimana BH boleh bertenggek, beberapa tompok-tompok putih dan kekuningan sama ada di atas tempat BH bertenggek dan juga di lantai di bawahnya. Jika banyak burung walit telah dimakannya, akan terdapat juga bebola excreta BH bertaburan di lokasi tersebut. Lihat contoh berikut.



                                                     Excreta Burung Hantu

Saya kemukakan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah ini, seperti berikut:-

1. Pemasangan beberapa set spikes di sekitaran luar bangunan. Ikhtiar ini adalah merupakan usaha kita untuk mengelakkan BH daripada mendekati LMW. Lihat cadangan berikut.


                                           Beberapa Set Spikes Di sekitaran RBW

Turut dicadangkan ialah pemasangan beberapa jerat BH, seperti gambar berikut.


                                                        Jerat BH

Dari prespektif bangunan, kedudukan jerat dan spikes (berpendukan gambar berikut) ialah:-

1.1. Spikes di posisi A, B dan C
1.2. Jerat di posisi D




2. Di dalam bangunan pula beberapa perkara turut dicadangkan. Pertama, di pintu masuk walit digandingkan dengan pemasangan kawat berduri, seperti gambar berikut.



Pengalaman rakan saya yang lebih lama berkecimpung dengan usaha pembaikkan RBW yang bermasaalah, penggunaan curved spikes seperti di dalam gambar berikut adalah tidak berkesan untuk mengekang kemasukan BH ke dalam premis walit.



                                                        Curved Spikes

Segala struktur atau tempat dimana BH boleh bertenggek perlu dihapuskan atau dibuang. Misalnya penghujung paip pengudaraan (elbow) di dalam ruang legar. lihat gambar berikut.


                                            Elbow Paip dalam ruang legar

Sebenarnya struktur paip pengudaraan ini tidak diperlukan di dalm rooving area, kerana ia tidak berfungsi apa-apa.

Seterusnya, di dalam kes ini, tempat hinggap BH di tepi lubang untuk naik ke atap bangunan perlu dihapuskan dengan menutup (secara tidak kekal) dengan kepingan asbestos atau plywood.


                                     Pintu untuk naik ke atas atap RBW

Di dalam roovong room ini juga digalakkan supaya dipasang alat penrangkap BH yang sesuai. Pemilik kenalah ikhtiar untuk mencari perangkap yang diketahui berkesan bagi tujuan ini.

Struktur pengadang LAL ini juga menjadi tempat BH bertengek untuk menangkap mangsanya. Pada hemat saya struktur ini amat penting bagi keselamatan tuan pemilik bangunan. Jadi saya tidak mencadangkan supaya ianya ditanggalkan.


                                                         Pengadang LAL

3. Sebagai ikhtiar terakhir ialah dengan menggunakan senjata api untuk menghapuskan BH yang didapati mengganggu premis. Pemerhatian perlu dibuat dahulu untuk menentukan masa yang sesuai bagi tujuan ini.

4. Terakhir, saya mencadangkan supaya pemilik membuat pemantauan secara berkala ke premis walit beliau. Gandingan usaha ini dengan beberapa kaedah yang dicadangkan sebelum ini (di atas), insyaAllah akan menampakkan kesannya. Pemantaua ke dalam premsis di cadangkan sekali dalam tempoh 2 minggu manakala pemantauan di LMW, daripada luar, lebih kerap daripada itu.

Pemilik jangan juga lupa untuk meneliti respon walit dari masa ke semasa bagi melihat kesan semua usaha yang dijalankan. Pertambahan walit memasuki bangunan disenja hari, menunjukkan satu kesan yang positif kepada usaha anda dalam hal ini. Pertambahan tompok tinja walit yang baru di dalam premis juga menggambarkan perkembangan yang positif. Selpas itu berikan masa.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Wednesday, June 8, 2016

BAHAGIAN KE 2: KEDUDUKAN LUBANG-ANTARA-LANTAI(LAL).


Selamat menjalani ibadah Puasa & Salam Sejahtera,

Penulisan kali ini hanya untuk memaparkan reka bentuk bangunan terutamanya berkaitan dengan kedudukan LAL. Saya lakarkan rekabentuk dalaman bangunan seperti di dalam rajah berikut.


Rekabentuk Tradisional


Mengikut pengalaman saya rekabentuk sedemikian ( zig-zag ) masih boleh diterima dan diguna pakai sehingga ke hari ini. Ia tidak menimbulkan sebarang masaalah kepada walit. Jadi pemilik RBW ini tidak diminta membuat sebarang perubahan termasuk kedudukan LAL.

Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun