Monday, December 30, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Salam hormat,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pengngunjung serta pengikut (followers) blog saya ini serta blog-blog yang berkaitan. Terima Kasih juga kepada semua di atas sokongan anda selama ini.

Saya berkemungkinan akan memindahkan kesemua kandungan blog ini ke halaman baru tidak berapa lama lagi. Sehubungan dengan hal ini, anda yang senantiasa mengikuti perkembangan blog-blog ini, yang mana penting buat anda, supaya menyalin mana-mana maklumat yang perlu. Ini juga bermakna saya akan memperlahankan pengisian paparan baru melalui blog ini serta blog-blog lain yang berkaitan.

Saya akan maklumkan di blog ini nanti, apabila halam web baru berkenaan boleh di akses.

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

Saturday, December 7, 2013

KAYU SIRIP SESUAI UNTUK PEMBINAAN KOTAK SARANG LEBAH KELULUT

Salam hormat,

Semasa saya melawat ke satu projek lebah kelulut di Melaka baru-baru ini saya mendapati bahawa kayu meranti merah yang kita gunakan sebagai papan sirip di dapati sesuai untuk digunakan di dalam pembinaan kotak sarang lebah kelulut.

                               Satu Projek Lebah Kelulut

Perhatikan kotak yang terletak di atas tunggul di dalam gambar di atas. Jika kita ada banyak lebihan papan ini, sesuai digunakan untuk membuat kotak untuk lebah kelulut bersarang.

                     Dinding Kotak Di buat Menggunakan Papan Sirip

Saya perhatikan lebah kelulut tiada masalah dengan kayu ini dan bersarang, seperti gambar berikut.


                          Gambaran Di Dalam Kotak Yang Berhasil

Skian, untuk renungan kita bersama.


Skian



Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Thursday, December 5, 2013

RUMAH BURUNG WALIT (RBW) BERTUKAR MENJADI PENGELUAR CENDAWAN TIRAM

Salam hormat,

Di masa kehebatan industri walit kita semua sedar sekitaran 70% bangunan yang dibina tidak di anggap berjaya. Tambahan di dalam kedudukan industri sekarang semakin banyak RBW yang terbengkalai dan tuan-tuan pemiliknya tidak tahu hendak buat apa. Bagi mereka yang meminjam dengan bank dalam masa pembinaan, semestinya tercari-cari jalan bagaimana pinjaman itu boleh dilangsaikan sungguh pun pengstrukturan semula bayaran pinjaman telah dibuat.

Berikut saya paparkan satu idea dimana sebuah RBW yang tidak berjaya telah diubah suai dan dijadikan premis penghasilan cendawan tiram yang berjaya.

Dahulu RBW yang sebesar 16'x100' dan empat tingkat ini dibina dengan harga lebihkurang RM200,000 . Kini dipenuhi dengan bungkah-bungkah tiram. Bangunan ini boleh memuatkan sehingga 25,000 bungkah cendawan pada satu-satu masa. Mengikut Mr Chong iaitu pemilik premis ini bangunan sebegini tidak menghadapi masaalah untuk memenuhi keperluan mikroklimatik cendawan tiram dan pasaran tiada masaalah baginya, bahkan tidak mencukupi buat masa kini.




Jika ada di antara anda yang terfikir ke arah ini, pastikan dahulu ada pasaran yang akan membeli cendawan tersebut. Juga pelaburan tambahan untuk mengadakan rak-rak, pembelian bungkah yang telah disuntik dan tenaga kerja yang diperlukan. Saya difahamkan En Chong sebelum ini telah membeli bungkah cendawan ini dengan harga RM1.20 setiap satu. Bermakna beliau telah melabur sebanyak RM30,000 untuk bungkah sahaja. Sekarang beliau menghasilkan bungkahnya sendiri dan dengan kos yang lebih murah.




Jika anda perhatikan semula gambar teratas terdapat lubang besar di setiap lantai dan di kedua-dua belah bangunan di setiap lantai. Lubang ini telah dibuat bagi penambah baikan mikroklimatik di dalam bangunan. Pada ketika ini En Chong sedang mengeksperimen untuk meningkatkan kelembapan dan kesejukan dalam bangunan ini dengan memasang "tirai air penyejuk dan ditarik dengan kipas" dan konsep ini sama dengan sistem penyejukan yang terdapat pada reban ayam jinis rumah tertutup.

Saya juga perhatikan beberapa lubang kecil dibuat disekeliling bangunan bagi meningkatkan ventilasi.




Menurut En Chong lagi, jika ramai pihak yang berminat beliau sedia untuk berbincang, terutamanya mengenai penghasilan bungkah dan juga pasaran tiram. Kursus sehari juga boleh diadakan dengan menggunakan premis ini jika terdapat permintaan.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Sunday, December 1, 2013

HARI PELADANG NEGERI JOHOR

Salam hormat,

Saya teruskan pemerhatian saya, pada hari ini di sambutan hari peladang peringkat negeri Johor, yang telah di adakan di premis pertanian moden batu 8 jalan Air Hitam-Kluang.



Nampaknya industri walit telah tidak kelihatan, sepertimana ia pada satu ketika dahulu. Cuma ada 2 gerai yang menjual produk SBW. Satu dimiliki oleh syarikat Norhaidi Gemilang Food Enterprise dan satu lagi oleh agen pemasar Pearl Walit.

Setahu saya dasar di peringkat Kementerian tidak lagi berubah. Industri walit adalah merupakan salah satu daripada High Impact Project! Apakah kumpulan PEMANDU projek telah tidak lagi memandu?


Skian


Dr Azizol Mohd Sharun

Friday, November 29, 2013

SATU DAERAH SATU INDUSTRI 2013 DI MITC MELAKA

Salam hormat,

Hari ini (29hb November,2013) adalah merupakan hari pertama berlangsungnya pamiran SDSI 2013 dan saya berkesempatan untuk melawat pamiran berkenaan. Pamiran akan berakhir pada 01hb Disember,2013 nanti.

Nampaknya pamiran dikelompokkan mengikut negeri dan Lembaga Kemajuan Wilayah. Setiap negeri pula turut mempamirkan kebudayaan masing-masing, termasuk dari Sabah dan Sarawak. Tambah menarik, khususnya bagi kaum wanita ialah adanya penyertaan di peringkat Antarabangsa dari negera Kemboja. Negara ini mempamir dan menjual banyak permata hiasan wanita dan produk berkaitan yang saya nampak begitu cantik dan mengasyekkan jika melihatnya. Jika ada kewangan boleh lah membelinya khususnya untuk yang tersayang.

Di pamiran ini juga terdapat sebanyak 7 syarikat dan usahawan individu yang mempemirkan produk Srang Burung Walit(SBW) mereka, ada yang telah lama dikenalai dan ada yang baru. Berbanding dengan sambutan Hari Peladang Penternak dan Nelayan di peringkat kebangsan 2013 yang lalu, penyertaan disini lagi ramai dan menggalakkan. Bagi saya ini satu pertanda yang baik. Jika kita semua yang terlibat dengan industri ini mengusahakan pasaran tempatan, saya yakin industri ini boleh bertahan lama dan boleh membantu meningkatkan pendapatan mereka yang terlibat.

Berikut adalah gambaran syarikat-syarikat dan individu usahawan yang telah menyertai pamiran SDSI 2013 ini.


                               Norhadi Gemilang Food Enterprise


                                        Walit Assunnah 7 in 1


                                        Blossom View Sdn Bhd

                                              Walit World


                                                 Al-Kautsar


                                      Restu Walit Dari AMBS Dungun

Masih saya perhatikan banyak bungkusan produk yang tidak mempamirkan gambar burung walit yang betul.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Wednesday, November 27, 2013

LesenPremis Walit Tidak Di Perbaharui Di Negeri Selangor

Salam hormat,

Berikut adalah "salinan" e-mail Dr Abdul Latif Borhan, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor, mengenai perkara yang tersebut di atas untuk makluman kita semua.


Kerajaan Negeri Selangor telah buat keputusan muktamad, bahawa premis walit yang berada di kawasan komersial, dalam bandar, pekan atau seumpamanya wajib menutup premis pada selewat-lewatnya Disember, 2016, sementara yang berada di kawasan sawah padi diberikan tempoh 6 tahun untuk tutup. Negeri pertama di Malaysia mengambil langkah drastik pemutihan kawasan "peternakan" walit. Undang-undang kecil di bawah PBT ini telah diluluskan.

Abdul Latif Borhan
dvssel

Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun


Thursday, November 14, 2013

HARI PELADANG PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN 2013

Salam hormat,

Saya berkesempatan singgah dan melawat HPPK 2013 yang diadakan di Padang MPK 2, Kuantan. Hari ini (Jumaat,15hb) adalah merupakan hari terakhir pamiran. Berikut adalah gambaran di pamiran tersebut berkaitan dengan industri SBW.

Kali ini saya perhatikan JPV hanya mengadakan pertandingan meneka berat SBW yang tersimpan di dalam sebuah kelalang kaca dan hadianya adalah sebuah basikal.





Semasa berkunjung ke ruang pamiran JPV, saya telah ditemuramah perihal industri walit semasa. Di dalam wawancara tersebut saya juga telah menceritakan pengalaman lawatan saya ke Selatan Thailand serta kedudukan harga di sana.

Penglibatan pihak swasta pula, saya dapati ada 4 buah syarikat yang terlibat dengan penghasilan produk berbentuk minuman, yang ditempatkan di gerai Agrobazar IAT.


                                              Pearl Walit


                            Syarikat dari Palong Negeri Sembilan


                                 Abaabil Enterprise dari Ipoh


                        Norhadi Gemilang Food Enterprise dari Johor

Saya cuma perhatikan masih ada syarikat yang tidak mempamirkan gambar burung walit yang betul, masih yang ekor bercabang digunakan. Saya menyatakan kepada mereka gambar yang tidak betul memgambarkan pengusaha sendiri tidak kenal burung walit, maka produk yang dijual juga boleh menjadi tanda tanya tulin atau pun produk burung layang-layang yang lain.

Skian



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Tuesday, October 15, 2013

INDUSTRI WALIT DI SELATAN THAILAND

Salam hormat,

Saya telah sempat berkunjung ke beberapa premis walit di Selatan Thailand, antara 06hb.Oktober, 2013 hingga 10hb Oktober, 2013 yang baru lalu. Anda bolehlah mengikuti perkembangan dan penemuan lawatan tersebut melalui pautan terbaharu yang saya sediakan di sebelah.

Saya akan beransur-ansur memasukan hasil lawatan tersebut, maknaya anda kenalah mengikuti perkembangnya dari masa ke semasa.

Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Friday, September 27, 2013

INDUSTRI WALIT: PERKEMBANGAN RBW SEMASA

Salam hormat,

Amnya, di dalam era kegawatan harga SBW mentah sekarang, pertumbuhan industri hampir terhenti. Sektor pembinaan RBW baharu terhenti terus bagi orang Melayu. Bahkan banyak juga RBW yang berprestasi rendah di abaikan terus oleh pengusaha.

Bagi orang China, petunjuk bahawa keyakinan terhadap sektor ini telah mula timbul semula. Kini kelihatan beberapa RBW baharu sedang dibina dan ada yang baharu sahaja beroperasi. Berikut adalah rakaman yang sempat saya lakukan pada 21hb September, 2013 dan ia hanya disekitaran jalan-jalan yang saya lalui sahaja.

Pertama, disekitaran Gambang, Kuantan. Gambar-gambar berikut di ambil bersebelahan sekolah memandu di persimpangan Gambang ke Muadzam Shah. Kelihatan bahagian atas SMI (Bengkel) ini telah diubahsuai untuk dijadikan RBW. Saya perhatikan ada sekurangnya 4 buah dan 3 daripadanya telah mula memikat walit.





Berikut RBW yang baru sahaja siap pembinaanya (tingkat atas). Saya difahamkan sistem dalaman masih belum siap. Gambar ini di rakan di jalan masuk ke gugusan FELDA Mendi, Triang Pahang. Ia merupakan sebahagian daripada kompleks kedai hardware.




Gambar berikut pula di rakamkan di jalan antara Simpang Durian ke Simpang Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan. Rumah ini sedang dalam pembinaan, seperti yang anda lihat.



Terakhir, gambar sebuah RBW yang baru beroperasi (dalam 2 bulan memanggil walit) dan saya lihat sudah ada respon walit. Ia terletak di jalan yang menghubungkan Air Hitam ke Serting, Jempol Negeri Sembilan.





Skian


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Monday, September 23, 2013

SUASANA DIGEMARI BURUNG HANTU

Salam hormat,

Baru-baru ini saya dijemput untuk melihat sebuah RBW di Kuala 
Rompin, Pahang (Kira-kira 6Km arah ke Endau). Tuan pemilik RBW 
ini menyatakan kepada kami, RBW ini telah berumur lebih kurang 
3 tahun, tetapi hanya ada kira-kira 15 buah sarang sahaja.

Saya beranggapan kawasan ini adalah lubuk burung walit. 
Prestasi yang dinyatakan agak jauh rendah daripada biasa.

Dua perkara yang jelas, mengapa tidak banyak walit mendiami 
rumah ini. Pertama, didapati tingkat atas yang agak terang sehingga 
ke tingkat 2. Kedua, pemeriksaan ke dalam kotak junam mendapati 
ada tanda-tanda bahawa burung hantu telah tingal di dalam ruang 
ini buat beberapa lama.

Terdapat 3 keadaan atau situasi yang menggalakkan burung hantu 
tingal di dalam kawasan kotak junam ini. Pertamanya, tiada pagar 
elektrik di pasang di sekeliling tembok kotak junam. Kedua, tiada 
lampu dipasang di mana-mana lokasi di atas tembok kotak junam 
ini. Ke Tiga, terdapat struktur tangga diletakkan di dalam kawasan 
kotan junam ini dan telah menjadi tempat burung hantu bertenggek.


                         Tangga ini telah memudahkan burung hantu


Bila dilihat sekitaran tangga ini, di dapati bulu burung hantu dan juga 
tinja burung hantu di atas lantai.


                                          Bulu burung hantu

Sebagai tindakan susulan, tangga ini telah diminta supaya dikeluarkan 
daripada kotak junam ini. Seterusnya, lampu dipasang di atas tembok 
kotak junam beserta dengan pagar elektrik.

Skian


Dr Azizol bin Mohd Sharun( DVM, MAgrS).

Tuesday, August 27, 2013

MAKMAL WALIT DR AZIZOL: A NEW UPDATE

Salam hormat,

Terakhir saya melaporkan kedudukan RBW ini ialah pada bulan Jun, 2013 dan dipaparkan di dalam blog ini pada bulan yang sama.




Kutipan sarang kali pertama saya lakukan setalah rumah ini berumur melebihi setahun 7 bulan.

Ringkasan hasil kutipan adalah seperti berikut:-

Tahun 2012

            1. Bulan May: 354 gm.,
            2. Bulan Ogos: 347 gm

                       Jumlah: 701 Gm

Tahun 2013

            1. Bulan Jun: 396 gm.
            2. Bulan Ogos: 356 gm.

                       Jumlah : 752 gm

Pada penghujung bulan Ogos ini, rumah ini genap berumur 3 tahun. Mulai bulan September 2013, adalah merupakan tahun ke 4 pengoperasianya.


Skian sahaja buat kali ini.



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Sunday, August 4, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1434


Kepada rakan-rakan sewalitan semua, saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta kemaffan dipinta. Semoga selamat adanya. Amin



Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Tuesday, July 30, 2013

HARGA SARANG WALIT MENTAH DI PPN TERENGGANU


Salam hormat,

Kerana ada beberapa pertanyaan kebelakangan ini mengenai harga semasa SBW, berikut saya paparkan harga yang saya perolehi daripada PPN Negeri Terengganu. Harga ini ialah bagi minggu ini (29.07.13 - 04.08.13 )  sahaja.


GRED A : RM 1,500.00

GRED B : RM 1,000.00

GRED C : RM 500.00

GRED C- : RM RM 200.00


Pertanyaan ini berkemungkinan disebabkan pengumuman kerajaan bahawa Malaysia akan mengekspot semula SBW ( yang di proses ) ke Negara China dalam masa tedekat.

Saya menjangkakan, sepanjang tahun ini, walaupaun Malaysia mula mengekspot semula SBW ke China, harga tidak akan berganjak secara ketara daripada harga semasa. Ini disebabkan terlalu banyak stok lama yang masih tersimpan. Saya menjangkakan juga perubahan harga akan mula dilihat pada suku ke dua tahun 2014 nanti.


Skian,



Dr Azizol Bin Mohd Sharun

LOT-LOT TANAH UNTUK DIJUAL DAN AMAT BERSESUAIN UNTUK PROJEK WALIT


 Salam hormat,

Terdapat dua lot tanah, yang amat sesuai untuk dijadikan tapak projek menternak burung walit, dan pemiliknya hendak jual sekarang.

LOT PERTAMA

1. LUAS LOT: 4.4 ekar,

2. LOAKSI LOT: Kg Jawa, Batu 4, Endau Rompin, Pahang.
                   Berdepan dengan Mesjid Kg Jawa,
                   Tanah tepi laut, rata dan ada kemudahan jalan bertar.

3. STATUS TANAH: Reserve Melayu, dan Pertanian.

4. HARGA DI PINTA : RM 200,000.00 /ekar.



LOT KE DUA


1. LUAS LOT : 2.75 ekar,

2. LOKASI LOT : Paya Bungor, tepi Sungai Lepar dan berhampiran dengan
                       Mini Estate RISDA dan Ladang DVS (RDUL Ulu Lepar),
                       Ada jalan masuk ke tapak.

3. STATUS TANAH: Pertanian dan Freehold (sebab pemilik pertama ialah
                       seorang China.

4. HARGA DIPINTA : RM 200,000.00 /ekar.


Untuk makluman ada juga, lot yang di Endau, Rompin itu sememangnya saya anggap sebagai lokasi atau lubuk walit. Jadi amat sesuai untuk di jadikan ekopark walit. Ia boleh digunakan untuk menarik pelabur daripada Singapura dan China.

Lot yangh di Lepar juga merupakan lokasi yang cantik untuk projek walit.


Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di talian 019-9167341 atau 019-9550959.

Skian



Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Monday, July 15, 2013

MAKLUMAT RINGKAS: EKSPOT SARANG BURUNG WALIT KE CHINA MUNGKIN PULIH DALAM MASA TERDEKAT


Salam hormat dan selamat meneruskan ibadah puasa,

Pada halaman yang saya ketengahkan di blog ini pada 22 Jun, telah menceritakan kedudukan 15 buah syarikat yang memohon untuk mendapat kelulusan untuk mengekspot SBW ke China. Ekoran daripada itu saya terus bertanyakan kepada Dr Hisyam akan kedudukan terbaharu mengenainya.

Pada 13hb Julai lalu, saya sempat berbual dengan Dr Hisyam (DVS, Putra Jaya) mengenai usaha mengekspot semula SBW ke negera China. Saya terus bertanyakan kedudukan 9 buah syarikat yang telah mendapat kelulusan bersyarat daripada pihak pengodit daripa pihak berkuasa China tempoh hari.

Menurut beliau, kakitangan konsultansi DVS telah pun melawat dan menyelia isu-isu dan perkara-perkara yang perlu di ambil tindakan oleh kesemua syarikat berkenaan. Pihak jabatan memberikan masa dalam 3 minggu lagi untuk mereka membuat segala perubahan yang diminta. Selepas tempoh 3 minggu yang akan datang, apabila mereka ini diluluskan oleh pihak pemantau ini, mereka akan di daftarkan dengan pihak berkuas China dan seterusnya boleh mengekspot raw cleaned bird nests.

Menurut beliau lagi, insyaAllah permasaalah ini akan selesai dalam tempoh sebulan daripada sekarang.

Dengan berlakunya ekspot SBW yang telah dibersihkan ini nanti, kami percaya harga komoditi ini di pasaran tempatan akan bertambah baik.

Beliau turut menyatakan kepada saya, terdapat 16 buah syarikat baru yang telah mengemukakan permohonan untuk mendapat kelulusan mengekspot daripada pihak berkuasa negara China. Tiada satu pun syarikat bumiputra yang mengambil bahagian, katanya lagi. Melalui perbualan itu beliau mengajak syarikat Bumiputra yang berkelayakan untuk memohon di masa-masa yang akan datang.

Skian.


Dr Azizol Mohd Sharun

Thursday, July 4, 2013

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA 1434


Salam hormat,

Saya mengambil kesempatan di sini, untuk mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA kepada semua pengikut penulisan (followers) saya di semua blog. Ucapan yang sama juga saya tujukan kepada semua pelayar sesawang yang singgah di blog saya. Semoga ibadah puasa kita pada kali ini lebih baik daripada puasa yang lepas.

Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Saturday, June 22, 2013

KEDUDUKAN USAHA MALAYSIA UNTUK MENGEKSPOT SBW KE NEGARA CHINA


Salam hormat,

Kali ini ringkas sahaja. Hanya untuk memanjangkan maklumat mengenai usaha Malaysia untuk mengekspot SBW ke Negara China. Mungkin ramai yang tidak membaca akhbar yang berkaitan, jadi bagi mereka ini saya ketengahkan maklumat berkaitan.

Menurut BERITA HARIAN, bertarikh 21hb Jun, pihak berkuasa Negara China telah membuat pengauditan ke atas 15 syarikat pemproses SBW untuk di ekspot ke China (tarikh tidak pula dinyatakan). Hanya 9 syarikat mendapat kelulusan bersyarat, 2 syarikat lulus dengan membuat beberapa pembetulan dan 4 syarikat gagal.

Bagi 9 buah syarikat ini, usaha penambahbaikan setelah dilakukan hanya memerlukan pengesahan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan sahaja. Berikutnya mereka ini boleh mengekspot produk mereka ke negara China. manakala 2 syarikat yang diberikan lulus serta melaksanakan pembetulan, setelah di buat, pihak berkuasa negera China akan mengaudit semula dan jika menepati tahap yang dikehendaki, akan diberikan kelulusan dan boleh mengekspot SBW ke China.

Kita berharap agar 9 syarikat yang hanya memerlukan sedikit penambahbaikan dapat menyegerakan usaha mereka dan disahkan oleh agensi kerajaan secepat mungkin. Dengan berlakunya ekspot ini nanti kami berharap harga pasaran SBW mentah akan bertambah baik.


Skian


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Thursday, June 20, 2013

WALIT TIMUR ENTP. GALAKKAN PENGGUNAAN TEMPATAN SBW MENTAH MELALUI PRODUK SBW


Salam hormat,

Baru-baru ini saya berkesempatan berkunjung ke premis milik Walit Timur Enterprise di kawasaan perindustrian Gong Badak, Kuala Terengganu. Mungkin ramai yang mengetahui bahawa premis ini, salah satu daripada  bangunan milik syarikat, adalah merupakan RBW yang berhasil.

Melihat kepada pasaran SBW mentah yang tidak menentu dan berharga rendah ketika ini, syarikat mula menjalankan aktiviti nilai tambah kepada SBW yang ada. Produk utama ketika ini ialah minuman SBW, yang dibungkus kedalam botol berkapasiti 250ml (seperti yang kelihatan di dalam gambar berikut).



                                          Bergula (Gula batu)


Produk ini di bungkus di dalam dua campuran, satu daripadanya tanpa kandungan gula di dalamnya.





                                            Tanpa Gula

Saya dimaklumkan pada ketika ini permintaan terhadap ke dua-dua produk ini amat menggalakkan. Kedua-dua produk ini, buat masa ini dipasarkan di negeri Kelantan dan Terengganu sahaja. Produk ini dijual dengan harga RM25.00 sebotol.

Buat masa kini syarikat hanya ada 3 orang pencuci sepenuh masa. Namun demikian masih tidak dapat memenuhi permintaan.





Selain daripada mencuci sarang untuk pemprosesan minuman, syarikat juga ada mengambil upah mencuci sarang. Buat masa kini kos upah mencuci sarang ialah RM1,100 untuk sekilogram.




                         Sarang milik pelanggan yang telah siap dicuci




                                         Juga yang siap dicuci

Disamping itu, syarikat juga menjual sarang yang telah dicuci untuk pengguna tempatan, yang memerlukan beberapa keping sarang untuk kegunaan persendirian.



                                   3 keping dengan harga RM110.00

Saya berharap lebih ramai langi pengusaha RBW atau individu lain yang akan terlibat di dalam sektor nilai tambah ini dengan demikian nanti akan dapat bersama-sama meningkatkan penggunaan tempatan SBW.


Skian


Dr Azizol Mohd Sharun


Tuesday, June 18, 2013

MAKMAL WALIT DR AZIZOL : AN UPDATE


Salam hormat,

Hari ini saya akan melaporkan kedudukan terbaharu RBW berskala sederhana yang terletak di PLV Jerangau dan berukuran 12'X20' dan dua tingkat, seperti gambar berikut.




Baru-baru ini saya telah melakukan pemungutan sarang sekali lagi. Kali ini hanya sebanyak 396 gram dapat dikutip. Kerana harga sarang rendah ketika ini, ia dijual dengan harga RM198.30 sahaja.





Secara keseluruhan, penghasilan rumah ini sehingga kini adalah seperti berikut:-

            Tahun 2012
                             1. Bulan May : 354 gram,
                             2. Bulan August: 347 gram,

            Tahun 2013
                             1. Bulan Jun: 396 gram.

Skian, untuk makluman anda semua.


Terima Kasih


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Monday, May 27, 2013

HARGA SARANG BURUNG WALIT MENTAH DI PPN TERENGGANU: AN UPDATE


Salam hormat,


Harga berikut di maklumkan antara 27/5/13 - 02/06/13 untuk satu kilogram.

Gred A   : RM 1,700.00

Gred B   : RM 1,100.00

Gred C   : RM    500.00

Gred C-  : RM    200.00


Skian, untuk makluman anda semua.


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Saturday, May 11, 2013

INDUSTRI WALIT DI SURABAYA BANYAK PERSAMAAN

Salam Hormat,

Selesai sudah kita menunaikan tanggungjawab kepada Negera, iaitu membuang undi di PRU-13. Tahniah kepada BN yang diberikan mandat baru oleh rakyat Malaysia, untuk meneruskan kesinambungan pemerintahan negara selama 5 tahun yang akan datang.

Berbalik kepada tajuk di atas, perusahaan walit di sekitaran Surabaya banyak persamaan dengan yang terdapat di Malaysia. Namum ada terdapat beberapa perbezaan. Perbezaan yang penting ialah, industri ini tidak di kawal oleh pemerintah di sana. Maknanya pihak kerajaan tempatan di sana tidak memainkan peranan langsung terhadap rumah-rumah yang dibina. Mereka bebas mendirikan rumah-rumah walit.

Persamaanya pula, pertama dari segi rekabentuk dan pembangunan RBW. Kedua dari segi pengurusan bidang usaha. Ketiga, dari sudut musuh walit. Ke-empat dari sudut kadar kecurian yang tinggi. Ke lima, persamaan daru sudut jual-beli sarang. Di Surabaya juga terdapat ramai pembeli. Saya dimakluamkan juga 10% SBW adalah kegunaan tempatan dan bakinya di ekspot.


                            PINTU MASUK DIKECILKAN UNTUK ELAK KECURIAN


Satu perkara yang agak juga sama ialah kesan kejatuhan harga SBW, saperti yang di alamai Malaysia. Perhatikan harga-harga berikut,

                    1998 (sebelum)    = Rupiah 3-4 Juta/Kg
                    1989-1999           = Rupiah 16 Jita ke atas,
                    2000-2004           = Rupiah 12 Juta/Kg,
                    2005- sekarang    = Rupiah  4-6 Juta/Kg

Cumanya di Malaysia, kita mengalami kejatuhan harga pada tahun 2011 iaitu 5 tahun kemudian.


Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Sunday, April 28, 2013

RBW DI SEKITAR SURABAYA JUGA DIANCAM BURUNG HANTU

Salam hormat,

Burung hantu juga merupakan masaalah besar bagi RBW di sekitaran Surabaya. Selain daripada mengecilkan lubang masuk walit (12" X 12") mereka juga memasang jaringan dawai (wire mesh) di sekeliling lubang masuk walit untuk mengatasi masaalah ini. Lihat gambar berikut.



Ada juga pengusaha yang menggunakan senjata api, seperti kita di Malaysia.


Skian,



Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Thursday, April 25, 2013

PIKAT BURUNG SERITI DAHULU KEMUDIAN PUTAR TELOR

Salam hormat,

Semasa melawat ke tiga-tiga RBW di Surabaya, satau perkara yang mengherankan saya, kenapa tiada bunyi suara luar untuk memikat walit. Kalau di tempat kita jelas kedengaran bunyi suara luar( lagu luar). Dalam hati saya kalau di Malaysia berkeadaan begini sudah bagus dan pastinya pihak PBT amat senang hati.

Apabila saya diberi peluang memasuki sebuah RBW di Tanggul Angin, baru saya sedar bahawa mereka di sini tidak memikat walit dahulu, tetapi burung seriti. Tidak dinafikan di sekitaran Surabaya ini memang banyak seriti. Jadinya memikat seriti tiada memerlukan sebarang lagu luar. Saya sebelum ini juga dapati di Sandakan , dan Kudat di Sabah memang banyak seriti dan didapati memang mudah mendiami dan bersarang di rumah atau bangunan yang kosong dan tidak terlalu gelap di dalamnya.

Setelah seriti mendiami rumah tersebut, apa yang mereka lakukan ialah dengan menukar telor seriti kepada telor walit. Di sini memang ada dijual telor walit. Jadi nanti yang ditetaskan ialah telor walit. Anak-anak walit ini akan terbang keluar seperti biasa dan dalam banyak-banyak anak walit yang ditetaskan oleh ibu-ibu seriti ini, ada di anataranya yang balik ke rumah yang sama untuk bersarang, bertelor dan seterusnya menetap di rumah ini.


                               Pemandangan Di Dalam Rumah Walit


                                Beberapa Sarang Seriti


                          Sarang Seriti dan Sarang Walit (di tengah)

Papan yang digunakan sebagai sirip bukan jinis meranti, tetapi satu jenis kayu keras tempatan dan setebal 8 inci. Ketinggian sirip daripada lantai, bagi tingkat bawah sekali, ialah sekitaran 12 kaki. Perhatikan juga tiada kelihatan tweeter, atau pun sarang tiruan. Di dalam rumah ini juga tiada tinja walit diletakkan untuk mewujudkan miasmata walit. Hanya satu pembesar suara disetiap lantai, yang mengeluarkan bunyi walit.



Pendekatan ini, sungguh pun berhasil dan boleh digunakan, tetapi dia agak lambat untuk memberikan hasil. Dari sudut kos memanglah murah sedikit oleh kerana tiadanya sistem suara luar dan dalam digunakan.

Berikut adalah wajah pemilik RBW di Tanggul Angin yang kami lawati.




Skian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Wednesday, April 24, 2013

PAIP PENGUDARAAN RBW DI LUAR DAN DIARAHKAN KE LANGIT

Salam hormat,

Ini satu lagi penemuan di RBW di Gerisek, Surabaya yang agak berbeza dengan apa yang kita buat di Malaysia. Lubang pengudaraan yang diperbuat dari paip PVC berukuran 3" ini bukan sahaja diletakkan di luar bangunan, tetapi juga lubangnya di arahkan ke langit. Lihat gambar-gambar berikut,





Di Malaysia juga terdapat beberapa rumah walit yang paip pengudaraanya di luar, akan tetapi ia dibengkokkan ke bawah.

Mereka menyatakan kepada saya, ini adalah merupakan salah satu kaedah untuk meningkatkan kelembapan di dalam rumah walit. Air hujan yang masuk ke dalam bangunan melalui lubang-lubang ini akan membasahi dinding, seperti di dalam gua juga, dengan itu mampu meningkatkan kelebapan. Ia lebih berkesan daripada meletakkan takungan air di dalam bangunan.

Dalam pada masa yang sama, saya perhatikan walit mampu masuk ke lubang pada bangunan di sebelah kanan (gambar di bawah sekali) walau pun jarak antara dinding-dinding bangunan itu sekitaran 10' sahaja.

Fikir-fikirkan, skian


Dr Azizol Mohd Sharun

Tuesday, April 23, 2013

LUBANG MASUK WALIT DI SETIAP TINGKAT

Salam hormat,

Saya sempat melawat 3 buah RBW sekitaran bandar Surabaya. Hendak melawat lebih daripada itu nampaknya tidak dibolehkan berikutan masalah perjalanan yang kurang lancar.

Satu perkara lagi yang saya perhatikan di kalangan RBW di Surabaya ini ialah ada lubang masuk walit di setiap tingkat, jika RBW tersebut melebihi satu tingkat. Lihat gambar-gambar berikut.








                                  Perhatikan anak-anak panah

Lubang masuk walit dan juga seriti ( saya akan cerita di halaman yang berikutnya ) ini besarnya antara 1'X1' dan 1'X2'. Di dalam bangunan pula ada lubang antara lantai juga yang digunakan oleh pengusaha untuk naik dan turun.

Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Monday, April 22, 2013

PLASTIK BERDURI MENGANTIKAN PAPAN SUDUT

Salam hormat,

Ekoran lawatan saya ke Surabaya juga, saya ditonjolkan kepingan plastik, berwarna hitam, dan berduri untuk dipasang pada sudut sirip bagi mengantikan penggunaan papan sudut. Lihat gambar berikut,



Cumanya saya tidak pula bertanyakan lebih lanjut, sama ada ia di pasang di peringkat awal lagi atau pun apa bila rumah terlah beroperasi lama. Kegunaan alat ini dipasang di sudut-sudut ialah bagi mengelakkan walit membuat sarang di sudut-sudut.



Bagi saya, alat ini tidak sesuai digunakan sama sekali. Kenapa? Kerana apabila kita mula memikat walit, biasanya yang masuk dan menginap ialah walit-walit muda. Walit muda akan membuat sarang di sudut-sudut. Jika plastik ini digunakan kebimbanggan saya walit tidak akan mendiami rumah yang kita bina.

Kenyataan diatas adalah berdasarkan satu pengalaman yang saya lihat di sebuah rumah walit di Gemas, Negeri Sembilan, hampir dua tahun yang lepas. Saya di jemput untuk melihat dan memberikan nasehat kenapa walit tidak masuk dan bersarang selepas setahun beroperasi. Satu perkara yang saya jumpa ialah penggunaan kayu bruti di sudut-sudut( gambar di bawah), seolah-olah memang perunding yang membina premis berkenaan tidak mahu walit bersarang di sudut-sudut yang terdapat di dalam rumah berkenaan.



Skian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun