Sunday, October 28, 2012

CD : INDUSTRI WALIT SERTA PERANANYA KE ARAH RAKYAT BERPENDAPATAN TINGGI

Salam hormat,

Saya masih teringat di dalam satu seminar industri walit yang diadakan di bandar Termerloh, Pahang pada awal tahun ini, ada pandangan daripada peserta supaya ceramah saya itu dimuatkan ke dalam CD. Mereka sanggup beli. Ramai di antar mereka sanggup beli untuk melihat semula gambar-gambar yang saya paparkan di dalam ceramah tersebut.

Hari ini CD tersebut telah menjadi kenyataan. Lihat gambar berikut.




Jadi, sesiapa yang berminat untuk mendapatkan CD ini, sila hantarkan nama dan alamat penuh kepada saya.

CD Dijual dengan Harga RM30 (RM: Tiga Puloh Sahaja) dan POS Perchuma.

Caranya: Setelah masukkan duit itu ke akaun bank saya (CIMB: 0605 0035 9975 29 ), sms maklumat yang saya sebutkan di atas.

Sama seperti saya berceramah, siap dengan suara lagi....

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

Tuesday, October 23, 2012

PAIP PENGUDARAAN: SATU KREATIVITI

Salam sejahtera,

Kali ini saya hanya ingin berkongsi dua keping gambar sahaja. Gambar-gambar ini saya rakam daripada sebuah rumah burung walit milik seorang pengusaha Bumiputra. Beliau telah menggunakan kertas surat khabar, sebagai pengganti kepada paip PVC untuk melengkapkan paip berkenaan. Pengusaha faham dan sedar kenapa sambungan itu perlu. Apa pun saya tertarik dengan kreativiti yang ditunjukkan.





Kesemua paip pengudaraan, bagi rumah berskala 24'X40' ini menggunakan kertas surat khabar, seperti yang dipaparkan.

Disebalik sifat kreatif pengusaha, saya berasa kesal kerana beliau tidak mendapat nasehat yang betul bagaimana struktur paip pengudaraan ini sebenarnya dan di mana beliau boleh memperolehi sebahagian lagi atau sambungan kepada struktur yang ada.


Skian.


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Tuesday, October 16, 2012

MIASMATA WALIT

Kebelakangan ini saya berkesempatan untuk melawat beberapa RBW yang dianggap bermasaalah. Bermasaalah ini maksud saya, sebagai contoh sebuah RBW telah beroperasi selama 4 tahun tetapi ada 6 biji sarang sahaja. Contoh kedua, bermasaalah berupa: panggilan telah dibuat selama 9 bulan, tetapi tiada walit yang masuk dan tinggal di dalamnya.

Bau RBW atau lebih disebut sebagai miasmata walit bukanlah satu kewajipan atau penentu untuk menjayakan sesebuah rumah. Banyak RBW yang berskala besar, saya perhatikan tidak meletakkan tinja walit, tetapi berjaya. Walaubagaimana pun bagi RBW yang baru serta berskala kecil sehingga skala sederhana dan dibangunkan di lokasi yang banyak rumah, pada hemat saya amat digalakkan mewujudkan miasmata walit ini.

RBW yang bermasaalah yang saya maksudkan di atas, bukan tiada meletakkan tinja walit di dalam rumah bagi mewujudkan aroma berkenaan di peringkat awal, tetapi tidak diselenggara atau dibuat dengan mencukupi. Bagi RBW yang dibawah ini, setelah 4 tahaun pastinya aroma tinja walit itu telah lama hilang.



Bagi saya,  RBW sebesar 16'X40' meletakkan tinja walit ke dalam bekas sekecil ini (gambar dibawah) tidak mencukupi.



Jika anda menggunakan bahan yang sedikit, berpunca dari bekalan yang terhad, saya cadang supaya ditambah dan dibancuh dengan bicarbonate ke dalam bekas berkenaan, supaya aroma mmonia yang keluar itu tajam dan kuat baunya (gambar dibawah).



Pengalaman saya, bagi RBW berskala 16'X32' (gambar berikutnya), di dalam di setiap lantai saya meletakkan 3 guni tinja walit ke dalam satu kotak papan dan diletekakan di tengah-tengah bangunan. Hari ini RBW ini telah ada 12 ekor walit yang tinggal di dalamnya dan ada sebuah sarang dalam tempoh 5 bulan pemanggian dibuat.







Bagi rumah yang lama di mana aroma tinja walit telah berkurangan atau tiada langsung, elok dibuat topping up dengan tinja walit yang baru dan dilembabkan sedikit. Tetapi jika walit telah mula menduduki rumah ini dan tinja daripadanya telah menambah bau yang ada, maka tooping up tidak diperlukan.

Tinja walit ini elok diletakkan ke dalam satu bekas dan tidak diserak-serakkan di atas lantai di merata tempat. Ini bagi memudahkan kita melihat tompok tinja walit yang baru menduduki rumah berkenaan.

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

Sunday, October 14, 2012

KURSUS ASAS PETERNAKAN BURUNG WALIT

Salam sejahtera,

Sapertimana biasa, Agwalit akan menganjurkan satu lagi kursus asas peternakan burung walit, seperti yang tertera di dalam iklan berikut.



Semua yang berminat adalah dijemput hadir.

Skian.

Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Saturday, October 13, 2012

SEBUAH R.B.W YANG BERKEMUNGKINAN BERMASAALAH

LATARBELAKANG KES

Pada 20hb September yang lepas, saya menerima satu panggilan telefon daripada seorang pengusaha baru RBW di Termerloh, Pahang. Dalam percakapan itu, beliau menyatakan kepada saya, beliau telah membuat panggilan memikat walit sudah 9 bulan, tetapi tiada sarang kelihatan di dalam rumah. Beliau meminta saya datang untuk membuat penilaian tentang RBW berkenaan. Saya bersetuju.

PERBUALAN DI LOKASI

Saya datang ke premis pada 25hb September, 2012.

Saya dimaklumkan RBW beliau telah dibina oleh seorang kontrektor daripada Rompin, Pahang dan kebetulan rakan kepada pemilik. Saya merasa lega apabila mendengar kontrektor daripada Rompin yang membina rumah berkenaan. Saya sedar di Rompin memang banyak RBW milik orang Melayu dan berjaya.

PEMERIKSAAN DI PREEMIS WALIT

Setelah beberapa soalan dikemukakan kepada pemilik, saya mendapati kedudukan lokasi rumah tidak menjadi masaalah, burung walit memangnya ada. Semasa lawatan dibuat memang ada kelihatan walit seekor dua berterbangan di udara sekitaran rumah.

Saya sempat bertanyakan kepada pemilik, siapa lagi yang telah datang membuat penilian premis berkenaan? Pemilik memberi tahu ada seorang Tionghwa daripada bandar Jerantut telah datang dan beliau mencadangkan supaya dilakukan pengubahsuaian bahagian dalam di tingkat atas.

Untuk makluman anda, premis ini berukuran 20'X40' dan dua tingkat.



Daripada luar, ada dua perkara yang memerlu penambahbaikan. Pertamanya bangunan ini tidak dibentengi dengan takungan air di sekeliling bangunan, dan keduanya, ia tidak pula dilapik dengan kepingan alluminium di sekelilingnya. Struktur-struktur ini elok diadakan bagai mengelakkan musuh walit dan juga serangga menaiki dan memasuki bangunan. Selaian daripada itu, pada pendapat saya suara pemikat ( suara luar) yang sedang digunakan kurang sesuai. Mengikut pengalaman saya di dalam suara luar tidak sepetutnya ada suara anak. Suara yang mengandungi suara anak ini hanya ada pada lagu suara dalam sahaja. Saya mencadangkan supaya suara luar ditukar dengan yang baru.

Di dalam bangunan di tingkat bawah, saya dapati kesejukan dalam bangunan mencukupi ( waktu itu kira-kira jam 12.45 tengah hari ). Kemungkinan juga mempunyai kelembapan yang sesuai. Tiada alat pengukur diletakkan di dalam ruang di tingkat ini. Kegelapan pun mencukupi, cuma sedikit cahaya berlebihan di ruangan lubang antara lantai, kerana tiada sekatan kedua sinaran cahaya daripada ruang legar. Bau simen tidak terasa, cumanya miasmata walit agak kurang.



Jika diperhatikan, pembinaan papan sirip dan papan sudut tiada masaalah. Beliau menggunakan kayu pulai sebagai papa sirip. Saya sedar orang Rompin memang gemar menggunakan kayu ini, kemungkinan lebih murah dan mudah diperolehi.

Cumanya, saya merasakan agak kurang sesuai cara tweeters dipasang di tingkat ini. Perhatikan ia hanya dipasang secara dua baris di tengah-tengah bangunan sahaja. Dari segi arah bunyi, bagi saya tiada menunjukkan satu arah, untuk menarik walit turun ke tingkat ini. Dari segi kekuatan bunyi tiada masaalah. Namun demikian jumlah tweeters tidaklah terlalu jauh berkurangan daripada anggaran saya. Saya menganggarkan sebanyak 62 buah tweeters di setiap tingkat ( luas lantau dibahagi dengan 13 ). Jumlah tweeters yang ada ialah sebanyak 56 buah. Sata perbezaan yang tidak significant.



Biasanya saya mengalakkan pemakaian beberapa buah sarang tiruan disetiap lantai, sebagai salah satu tarikan untuk memikat walit muda tinggal dan akhirnya bersarang. Saya mencadangkan kepada pemilik, pasanglah sekitaran 20 ke 25 buah sarang tiruan disetiap tingkat.

Pemeriksaan di tingkat atas pula mendapati banyak persamaan dengan tingkat bawah. Saya mendapati hanya ada satu tompok tahi walit dan agak baru. Anggaran saya walit ini baru masuk dan tinggal dalam seminggu sahaja. Bermakna premis ini memang tiada burung yang masuk dan tinggal hampir 8 bulan sebelum ini. Jika inilah kedudukanya, premis ini memang bermasaalah. Pengalaman saya, pada tempoh sepanjang ini, sudah ada beberapa buah sarang dibina walit.



Daripada layout tingkat atas, perhatikan kedudukan speakers (suara luar). Saya rasakan agak kurang sesuai dari segi arah speaker-speaker tersebut. Speakers di lubang masuk tidak diarahkan 45 darjah ke udara. Tetapai tidak mengapa juga kerana kedudukan bangunan sudah agak tinggi. Cumanya pemakaian jinis speakers yang besar sebegini bagi suara luar, pada hemat saya kurang sesuai kerana bunyi suara yang dihasilkan agak "garau dan pecah" berbanding dengan penggunaan tweeters yang lebih kecil yang mana menghasilkan suara yang agak "tajam dan jelas"

Perhatikan juga, tiada sekatan atau pintu kedua, antara ruang legar pertama dengan pintu masuk ke tingkat atas menjadikan cahaya agak berlebihan masuk ke nesting area. Dicadangkan supaya pindaan dibuat bangi mengurangkan cahaya tersebut.



Terlebih penting, pada pengalaman saya, suara luar tidak dibawa lebih jauh ke dalam nesting area. Ini merupakan salah satu punca kenapa walit tidak masuk ke nesting area di tingkat atas dan tidak turun ke tingkat bawah. Ia menjadi lebih bermasaalah bila arah tweeters ini tidak disusun sebetulnya.




RUMUSAN PENILAIN PREMIS

Perkara yang menjadi tumpuan ialah:-

1. Kesesuaian suara luar (suara pemikat), dan suara dalam,
2. Pendawaian semula suara luar,
3. Cahaya berlebihan masuk ke nesting area,
4. Pemakaian sarang tiruan, dan
5. Tingkatkan miasmata walit,

Setelah berbincang dengan pengusaha, bagi mengurangkan kos, kami bersetuju supaya suara luar ditukar dengan yang baru dan suara luar (yang asal) digunakan sebagai suara dalam yang baru. Semasa penukaran dibuat, saya berpesan kepada pengusaha supaya meneliti minat walit kepada suara yang bari ini.

Saya kembali semula ke premis pada 6hb Oktober lepas dan bertujuan untuk membuat penilian terperinci tentang penambahbaikan yang perlu dilaksanakan. Akhirnya untuk mengemukakan satu cadangan sebutharga kepada pemilik. Sementara itu pemilik memberitahu saya, banyak walit yang datang, sebelah pagi dan petang, serta berminat dengan lagu yang baru. Apabila kami memasuki premis kami daati ada beberapa ekor walit beterbangan di dalam banguna di tingkat atas.

Saya membuat keputusan, kerja-kerja penambahbaikan ditangguhkan selama 3 bulan lagi daripada tarikh tersebut. Penilaian semula akan dibuat pada masa berkenaan. Bersambung....


Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun.