Friday, September 11, 2015

SERVALEN PENYAKIT DI RBW

Salam hormat,

Bagi setiap RBW yang berdaftar dengan JPV, servalen penyakit dijalankan sekali dalam setahun. Antara penyakit-penyakit yang diawasi ialah HPAI, ND (sampar) dan kuman Salmonella.

Bagi tujuan persampelan ini hanya tinja walit yang baru digunakan bagi tujuan persampelan ini. Caranya dengan memungut sample tinja yang baru dengan menggunakan kertas surat khabar lama. Surat khabar ini daihamparkan dilokasi-lokasi dimana ada kedudukan walit di dalam rumah berkenaan selama 4 ke 5 hari sebelum tarikh persampelan.



                                    Hamparan Surat Khabar Digunakan

Pada hari ke empat atau ke lima, persampelan dilakukan. Ia boleh dilakukan di dalam RBW itu sendiri atau dengan membawa surat khabar yang ada tinja baru walit ke luar dan persampelan boleh dilakukan di makmal atau pejabat JPV berkaitan.


                                             Persampelan  Di Dalam RBW

Sebanyak 10 hamparan surat khabar (lama) digunakan bagi sesebuah RBW. Sebanyak 5 swabs di ambil bagi setiap RBW. Kesemua contoh-contoh ini di proses dan dihantar ke makmal pusat di Pusat Penyelidekan Veterinar Ipoh Perak. Pihak JPV memakluamkan setakat ini tiada penemuan yang penting.



                        Media Yang Digunakan Untuk Menganhrat Contoh

Pada hemat saya usaha yang dijalankan oleh pihak JPV ini wajar diteruskan bagi menjaga kepenting inustri kita di masa hadapan. Ia juag memberikan keyakinan kepada penguna bahawa hasil RBW kita selamat untuk di makan.


Skian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun.

Tuesday, September 1, 2015

PENDAFTARAN DAN PENGENALAN RBW

Salam hormat,

Sebagai mana yang anda sedia maklum, pendaftaran RBW adalah di bawah bidang kuasa JPV. Baru-baru ini saya berkesempatan mengikuti proses lengkap di lapangan, bagaimana usaha ini dijalankan oleh JPV (dalam kes ini oleh JPV Pahang). Saya dimaklumkan juga sehingga kini kira-kira 1,093 buah RBW telah didaftarkan daripada 8,000 buah keseluruhannya yang ada di negeri Pahang.

Pendaftaran melibatkan pemasangan RFID di premis walit. Ada dua komponen alat pengenalan digunakan, satu dipasang di bangunan, manakala yang satu lagi dipegang oleh pemilik premis. Satu premis, satu nombor pengenalan ( ID NO ). Semasa pendaftaran ini dibuat, bacaan GPS premis turut direkodkan. Kesemua maklumat ini dipindahkan ke sistem data maklumat jabatan.



                                                Komponen RFID

Sebelum dipasanga di bangunan, kedua-dua alatan ini diberikan nombor pengenalan dengan menggunakan alat seperti berikut.



                            Pemberian No Pengenalan Kpd Komponen bangunan



                           Pemberian No Pengenalan Kpd Komponen Pemilik Premis


Seterusnya komponen premis di pasang pada dinding bangunan berkenaan. Dengan menggunakan alat penebuk dan gam, dengan mudah ia dipasang seperti berikut.


                                                Lokasi Pemasangan


                                                Gam pelekat RFID

                                                   RFID siap di pasang
  

Itu sahaja prosesnya. Nampak mudah. Jika komponen pengusaha hilang, ia boleh diberikan yang baru dengan melaporkan kehilangan tersebut kepada pihak JPV.

Semasa proses pemasangan ini, pihak JPV turut melekatkan notis pemberitahuan keperluan pemilik premis mendaftarkan RBW masing-masing.



                                                               Pemberitahuan

Saya turut dimaklumkan, harga belian adalah lebih tinggi bagi sarang yang diperolehi daripada premis yang ada nombor pengenalan. Semasa proses ini berjalan, saya turut menyatakan kepada pihak JPV, kebimbangan saya adalah berkaitan dengan kerahsiaan maklumat. Kebocoran maklumat ini boleh menimbulkan rasa kurang senang dan selamat kepada pemilik RBW.


Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun