Saturday, September 28, 2019

JALAN-JALAN MELIHAT PERKEMBANGAN PETERNAKAN BURUNG WALIT.


Salam hormat,


Pada 15hb Septermber, 2019 saya dijemput oleh seorang kawan lama ke TKPM Sungai Atong, Lipis Pahang. Saya memilih laluan daripada Temerloh ke Jerantut, kemudian Benta dan bermalam di Kuala Lipis. Perjalanan saya ialah pada 14hb September, 2019.

Saya perhatikan antara Jerantut dan Benta nampak beberapa buah RBW yang agak besar dalam pembinaan. Tangapan saya ketika ini masih ada usaha dan minat untuk mencari sumber pendapatan dari penjualan SBW. Berikut adalah gambar sebuah RBW dalam pembinaan berdekaatan simpang ke Kerambit dan jalan Jerantut- Benta.



                                  Sebuah RBW dalam pembinaan


Setelah check-in di salah sebuah hotel di K Lipis (bandar baharu), saya sempat meninjau di sekitaran bandar baru ini. Ketikan itu sudah hampir waktu magrib. Memang banyak burung walit di sini. Beruntunglah kawan-kawan kita yang berada di Lipis.

Keesokkan harinya saya ke TKPM Sungai Atong. Sambil menjamu selera dengan makanan yang disediakan, saya terlibat sedikit dalam sessi perbincangan yang di adakan. Sedikit sebanyak saya sempatlah menyumbang idea dan buah fikiran di sini.

                                Sessi perbincangan di TKPM Sg Atong


Apa yang saya perhatikan juga di sekitaran kawasan TKPM ini juga kelihatan bayak walit beterbangan. Saya yakin jika ujian suara dibuat misti banyak walit yang akan datang, menunjukkan kawan ini amat berpotensi untuk projek RBW. Semuanya saya maklum kepada mereka yang hadir dan serahkan kepada kebijaksanaan masing-masing dalam perkara ini.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Saturday, September 21, 2019

KURSUS PEMPROSESAN SBW DI TEKAM RESORT



Salam hormat,

Saya telah sempat menhgadiri sehari daripada 2 hari kursus
tersebut, pada 11.09.19, yang telah di anjurkan oleh JPV
Putra Jaya. Pada hemat saya kursus ini amat berguna kepada
pengiat dan pengusaha peternakan burung walit.

Terima Kasih kepada JPV Putra Jaya khususnya.






                                               DEMONSTRASI MEMBUAT SABUN



Seperti biasalah saya masih dapati ramai pengusaha Bumiputra
kita yang tidak menghadirkan diri, walau pun di peringkat awal
telah menyatakan kesanggupan untuk hadir. Sedih juga saya
mendengar bahawa banyak makanan tidak habis dan mungkin
juga telah dibazairkan akhirnya. Bila kursus diberikan secara 
percuma keadaan sebegini pula yang berlaku.

Di dalam kursus ini saya telah sempat melihat dan berkenalan
dengan seorang pengusaha yang telah memulakan usaha untuk
menghasilkan produk SBW di dalam kapsul. Mudah untuk di bawa 
dan dimakan di mana jua anda berada.

Lagi menarik perhatian saya ialah demonstrasi bagaiman hendak
membuat sabun mandi yang mengandungi SBW. Lebih dikenali 
sebagai sabun buatan tangan (hand made soap). Kefahaman
saya sabun ini agak mahal sedikit daripada sabun komersial
biasa, tetapi ia lebih mesra pengguna. Dengan kos pengeluaran
dan harga jualan, bisnes pengeluaran sabun ini boleh
memberikan satu margin kasar pendapatan segingga 200%. 
Hebat sekali produk ini.

Sabun SBW yang dibuat secara hand made ini, pada pendapat
saya perlu di ajar secara teliti kepada lebih ramai pengusaha
burung walit. Daripada sisa SBW atau pun SBW yang reja-reja
boleh dijadikan duit dan memberikan satu produk tambah nilai 
yang tinggi kepada pengusaha.



Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)