Wednesday, December 30, 2020

SELAMAT TAHUN BAHARU 2021

 Salam Hormat,


ALHAMDULLILAH dipanjatkan syukur kepada Allah SWT di atas limpahnya maka dapat kita bersama sekali lagi menjelangnya tahun 2021.

Saya seperti mana biasa mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2021 kepada semua rakan sewalitan. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha baik yang kita semua akan lakukan di sepanjang tahun itu nanti.

Di sepanjang tahun 2020, saya tidak banyak menjalankan aktiviti berkaitan industri peternakan burung walit termasuk berkongsi pengalaman perkara yang sama. Satu daripada punca utama ialah berlakunya pandemik covid-19. Ekoran daripada tindakan kerajaan mengadakan PKP dan bagi mematuhi perintah berkenaan tidak banyak perjalanan yang boleh dibuat.

Namun demikian saya perhatikan ramai rakan-rakan sewalitan terus bergiat di dalam penghasilan SBW ini. Syabas. Saya percaya industri ini tidak akan mundur ke belakang, bahkan terus berkembang berdasarkan beberapa pengamatan yang sempat saya lakukan pada tahun 2020 ini. Pasaran yang terus mantap memastikan industri terus berjalan dengan sihat sepanjang tahun ini.

Pada tahun 2021, In sha Allah saya masih ingin berusaha membantu mereka yang ingin bergiat di dalam bidangusaha ini, untuk menambah pendapatan dan kesejahteraan mereka. Peternakan ini kita ketahui tidak banyak bergantung kepada faktor luaran di dalam usaha menghasilkan SBW, sepertimana bidangusaha pertanian yang lain yang terus tergaggu oleh keadaan pendemik covid-19. In sha Allah.

Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).