Tuesday, February 23, 2016

HATI-HATI DENGAN SEBARANG INOVASI

Salam hormat,


Kebelakangan ini saya perhatikan di kalangan pengusaha peternakan burung walit bumiputra banyak mengapplikasikan inovasi di dalam usaha untuk memikat dan meningkatkan produktiviti RBW masing-masing. Usaha yang gigih sebegini memang bagus.

Saya berpendapat kita harus berhati-hati di dalam mengaplikasikan sesuatu inovasi. Tanpa memiliki pengalaman dan pendedahan yang luas dan lama, ramai yang tidak sedar akan kesan sampingan yang pengusaha akan berdepan dengan usaha tersebut. Sebagi contoh, penulisan sebelum ini saya ada menyatakan bahawa jika anda menggunakan kepingan polystreen sebagai sarang tiruan, kesan sampingannya ia boleh mengalakkan lagi pembiakkan lipas. Ini kerana polystreen adalah juga makanan lipas. Jadi bagi pengusaha yang tiada program pemantauan dan kawalan lipas yang baik, usaha tadi boleh menghindarkan walit daripada masuk dan mendiami RBW berkenaan.

Satu lagi contoh inovasi yang saya nak sebutkan kali ini ialah penggunaan keratan tikar dan di lapikkan pada papan sirip. Saya kurang jelas kenapa ini dibuat, selain daripada menambah kos pengurusan.




                                Papan Sirip Di Lapik Dengan Tikar

Kesan sampingan usaha ini ialah, disebalik lapisan tikar ini hama dan kutu yang terdapat di dalam sesetangah RBW boleh membiak dengan mudah. Hama dan kutu ini boleh menganggu anak-anak walit yang baru menetas. Kegelisahan anak-anak walit ini mungkin akan menyebabkan ia terjatuh ke lantai dan akhirnya mati. Hama yang banyak juga menyulitkan pemungut sarang.

Penggunaan kepingan alluminium menggantikan papan sudut juga mempunyai kesan sampingan kepada bidang usaha.

Di dalam bab inovasi ini juga saya perhatikan RBW milik orang China yang telah berjaya jarang kedengaran atau yang saya jumpa mengapplikasikan inovasi-inovasi yang berkaitan, sedangkan mereka ini lagi lama, berpengalaman dan berduit di dalam perusahaan burung walit.

Mungkin pendekatan "balik kepada asas peternakan walit" lebih baik untuk jangka panjang dan pendapatan anda. Fikir-fikirkan...


Skian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Monday, February 22, 2016

STRATEGI MENCEGAH KEMASUKAN BURUNG HANTU KE DALAM RBW DI SEBUAH LADANG KELAPA SAWIT

Salam hormat,

Bagi seorang pengusaha peternakan burung walit di Kertih 6, Dungun, keberkesanan menghalang kemasukan burung hantu ke dalam RBW beliau bergantu kepada 4 pendekatan:-

1. Elakkan burung hantu daripada menghampiri RBW,
2. Memasang gulongan kawat berduri bermata "pisau"
    di bahagian bawah pintu masuk walit,
3. Memasang lampu "flash" di atas bahagian pintu
    masuk walit, dan
4. Kerap membuat pemantau ke atas RBW berkenaan.





                                        RBW beliau berskala 20'X40'X3

Beliau mencipta satu inovasi, bagi mengelakkan burung hantu menghampiri RBWnya. Saya dapati beliau memasang alat inovasi ini di beberapa lokasi strategik di sekitraran bangunan.




                               Tempat Hingap Burung Hantu Berpaku


                               
                                    Gambaran Jauh Inovasi Berkenaan

Apa yang beliau buat ialah meletakkan sehelai daun sawit di atas besi-besi tajam itu. Oleh kerana tidak kelihatan jelas barisan spike tajam, maka burung hantu akan terbang datang menghampiri RBW dan hinggap di atasnya. Besi tajam akan menusuk ke bahagian perut dan dada burung hantu. Saya perhatikan ada beberapa kesan dan bulu burung hantu melekat pada besi tajam yang digunakan. Terkejut kesakitan ia terus lari. Pengalaman ini menjadikan burung hantu tersebut tidak lagi mahu menghampiri RBW tersebut.

Penggunaan gulongan kawat bermata pisau di bahagian bawah lubang masuk walit pula akan memerangkap burung hantu yang terus hinggap di bahagian pintu berkenaan. Alat ini manakutkan burung hantu tersebut untuk datang pada kali yang kedua dan seterusnya. Memang kita tahu ada burung hantu yang masuk terus ke dalam bangunan tanpa hinggap di pintu. Dalam kes ini ia membantu kaedah lain yang diguna pakai.



                                     Kawaat Duri dan Lampu Flash Di Lubang
                                     Masuk Walit (kurang jelas sedikit)

Lampu LED (Flash) di pasang di atas lubang masuk walit, dihidupkan di sebelah malam sahaja dengan menggunakan sebuah timer. Di atas dinding tembok, yang paling hadapan di gambar di atas, juga dipasang sebaris besi tajam.

Akhir sekali, pemantauan yang kerap oleh pemilik RBW ini juga memberikan kesan terhadap usaha mengekang kemasukan burung hantu ke dalam RBWnya. Tinjauan ringkas saya ke dalam RBW berkenaan menampakkan satu populasi burung yang banyak, demikian juga sarangnya.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd sharun

Monday, February 15, 2016

TIKUS NAIK TURUN BANGUNAN MENGGUNAKAN PAIP KABEL BUMI

Salam hormat,

Memang saya mengetahui terdapatnya tikus di dalam RBW saya. 

Pelbagai ikhtiar telah saya lakukan bagi mengurang dan mengelakkan masalah ini. Dalam proses membuat pemerhatian dan penelitian yang agak lama juga, di suatu senja kelihatan seekor tikus, jinis yang kecil, turun meniti paip kabel bumi RBW dan turun ke tanah. Baru saya tahu bagaimana tikus masih boleh naik ke bangunan sedangkan saya telah pasang sekeping alluminium di sekeliling bangunan RBW saya.



                        Paip Kabel Bumi Melintasi Kepingan Alluminium

Jadi perhatikan perkara yang sama, jika RBW anda ada masaalah dengan tikus.


Skian,



Dr Azizol Mohd Sharun

Wednesday, February 10, 2016

eBook RBW Mampu Milik

Salam hormat,



Mulai bulan Februari ini saya telah mengantikan penulisan mengenai RBW Mampu Milik daripada versi CD kepada versi e-book. Dari segi isi kandungannya tidak banyak berubah.







Turut dipaparkan pelan bangunan yang lengkap. Contohnya seperti gambar berikutnya.



Ujian kesesuaian tapak turut dilakukan. Anda boleh melihat sendiri gambaran jumlah walit yang respon kepada lagu DURES yang digunakan.

Penetapan jajaran bangunan, bagi mengurangkan tekanan haba, juga dicadangkan sebelum pembinan tapak. Proses mendirikan bangunan bergambar, tahap ke tahap bagi memudahkan anda mengikuti perkembangan juga dimasukkan.





Anggaran keperluan bahan binaan (BQ) juga disediakan.





Prestasi RBW ini untuk 3 dan 6 bulan pertama turut diserta sebagai gambaran, sama ada rekabentuk bangunan yang saya ketengahkan ini dimasuki dan di diaami walit atau pun tidak.






Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun