Tuesday, May 19, 2020

SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI



Salam Hormat dan Selamat Berpuasa,

Di era PKP ini saya tidak dapat secara berterusan berkongsi maklumat atau ilmu dan juga pengalaman berkaaitan bidangusaha dan industri peternaakan burung walit. Halangan pergerakan telah menyulitkan saya ke lapangan untuk mencari bahan yang boleh dikongsi di halaman ini.

Selepas kawalan pergerakan ditamatkan nanti (in sha Allah satu ketika nanti), saya percara beberapa bidang aktiviti bidangusaha ini akan berubah. Misalnya, kursus bidangusaha tidak akan dapat dijalankan sama caranya seperti sebelum PKP. Kemungkinan besar kursus-kursus peternakan burung walit secara online akan di jalankan oleh pihak-pihak yang terlibat. Konsultasi bidangusaha juga mungkin akan beralih ke platform online. Saya sedang melihat bagaimana konsultasi secara online ini boleh saya berikan bagi membantu mereka dan rakan yang memerlukan. Saya akan maklumkan perkembangnya di halaman ini bila sampai ketikanya nanti, in sha Allah.

Melalui media sosial FB baru-baru ini saya dimaklumkan proses jual-beli SBW masih berjalan di sesetengah lokasi. Saya turut dimaklumkan pada sesssi jualan yang terakhir seorang pengusaha memaklumkan beliau dapat harga RM3,150/Kg.

Akhir sekali sempena menjelangnya Hari Raya  yang akan tiba hanya beberapa hari sahaja lagi, saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri, serta maaf zahir dan batin jua kepada semua rakan-rakan. Jangan lupa jaga keselamatan diri masing-masing.





Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).