Sunday, June 24, 2012

JALAN-JALAN CARI ILMU WALIT DI SURABAYA

Lawatan ini saya lakukan pada tahun 2009, bulan November. Mungkin ada yang tertanya kenapa saya baru mengeluarkan cerita ini sekarang, sedangkan lawatan telah dibuat sekian lama. Tiada sebarang sebab sebenarnya, cuma sewaktu saya meneliti gambar-gambar digital yang tersimpan terjumpa album lawatan yang mengandungi beberapa gambar dan pada fikiran saya sesuai dikongsi bersama pembaca.


Sekurangnya gambar-gambar ini boleh memberikan anda idea serta gambaran, mungkin tidak terperinci, mengenai industri walit di Surabaya pada tahun berkenaan.


Objektif lawatan mudah sahaja. Pertamanya, untuk melawat setidak-tidaknya sebuah kedai pembekal peralatan walit. Kedua, membeli sebanyak yang mampu buku-buku mengenai walit. Akhir seklai, untuk melihat dan menikmati juadah yang mengandungi SBW.


Berikut adalah beberapa gambar yang saya amabil di sebuah kedai yang membekal peralatan walit dan kebetulan pembekal berkenaan juga membina RBW.








Menurut tuan empunya kedai dan melalui pengalaman beliau juga, walit amat menyukai sarang tiruan yang diperbuat daripada daun pokok rhu (Cemara). Jika 10 sarang tiruan ini diletakkan di dalam RBW, kesemuanya digunakan walit tetapi 3 sahaja bagi sarang tiruan yang diperbuat daripada plastik.


Beberapa jinis racun serangga turut dipamirkan. Menurut pemilik kedai harga SBW sekilogram ialah sejuta rupiah. Produktiviti sarang juga telah menurun di Surabaya. Sebagai satu contoh, ujarnya lagi, dahulu RBW menghasilkan 10 Kg sarang sebulan, kini hanya tinggal 3 kilogram sahaja.


Sebelah malamnya, kami mencari restoren yang ada menghidangkan masakan yang mengandungi SBW. Saya sudah tidak berapa ingat, kalau tak silap saya, kami pergi ke sebiuah restoren di hotel Tunjungan Surabaya. Di sini kami dihidangkan dengan beberapa juadah seperti yang di paparkan di dalam gambar berikut. Kos hidangan tidak direkod, yang saya ingat agak mahal.












Mungkin gambar-gambar hidangan itu tadi boleh memberikan anda idea bagaimana hendak menghidangkan juwadah SBW. Gambar teratas disaji bersama kailan yang sudah di masak. Perhatikan sambal juga disedia bagi mereka yang suka rasa pedas. Cuba lah...




Skian.




Dr Azizol Bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment