Sunday, June 3, 2012

PROJEK RBW PALING SESUAI BAGI ORANG MELAYU KHUSUSNYA BAGI GOLONGAN MUDA

Kenapa saya berkata demikian?


Sebelum saya ulas, cuba anda teliti rajah berikut. Bandingkan dengan bidangusaha peternakan yang lain. Maksud bidangusaha peternakan itu termasuklah menternak kerbau-lembu, ayam-itik, kambing-bebiri, puyuh dan juga arnab.




Satu sikap negatif kebanyakkan orang Melayu ( pada tanggapan saya ) ialah mereka hendak buat kerja yang paling mudah tetapi berkehendakkan hasil yang tinggi. Kalau boleh seperti ungkapan Tabur, Tinggal dan Tuai (3T). Saya bukan bercerita tentang work smart atau lain-lain bentuk kreativiti. Berbalik kepada gambar rajah yang saya tunjukkan di atas, bidangusaha RBW adalah merupakan bidangusaha yang paling hampir dengan konsep 3T tadi dan juga paling sesuai dengan budaya orang Melayu. Projek peternakan banyak yang tidak sesuai dengan budaya orang Melayu. Ia tidak boleh ditinggalkan, makanan misti diberi berterusan dan mengikut keperluan serta jadualnya.


Olehkerana ia tidak melibatkan sebarang kerja setiap hari, membolehkan anda bebas menggunakan masa yang ada untuk kegiatan ekonomi yang lain. Dengan lain perkataan anda mampu mendapat dua pendapatan setiap bulan, tetapi menjalankan satu kegiatan atau kerja sepenuh masa. Contoh mudah, cuba anda perhatikan beberapa kedai hardware milik orang China, pada masa yang sama ia mendirikan RBW di atas atau di tepi perniagaan hardware tersebut.


Ini juga bermakna, projek ini sesuai untuk pegawai kerajaan ( dan ia tidak bercanggah kepentingan ), kakitangan sektor swasta, peniaga, dan sebagainya. Pengalaman saya juga membuktikan projek ini paling sesuai bagi pesara kerajaan.




Saya pernah ditonjolkan oleh seorang anak muda, seorang yang berijazah, tidak bekerja dengan kerajaan tetapi bekerja sendiri mampu memiliki kereta mewah ( seperti di dalam gambar di atas ). Satu daripada punca pendapatan yang membolehkan beliau memakai kereta mewah ini ialah kerana adanya sebuah RBW milik keluarganya. Atas kesedaran potensi bidangusaha RBW ini, saya amat yakin keadaan ini memang boleh berlaku dan boleh dicapai, jika kita memiliki sebuah RBW skala sederhana yang berjaya. Jika beliau boleh, saya yakin anak-anak muda lain juga boleh.


Saya menekankan pentingnya projek ini bagi orang muda, selain daripada mampu mencapai tahap pendapatan yang tinggi, golongan ini dapat menikmati hasil lebih lama dan sehingga ke anak cucu mereka. Kebebasan kewangan yang dicapai juga mampu memberikan lebih ruang dan masa untuk menjaga atau memberikan perhatian kepada ke dua-dua ibu bapa yang mungkin telah tua dan kurang upaya. Kesibukan bekerja dan mencari wang pada hari ini telah menyebabkan ramai ibu atau bapa yang terabai.


Orang muda dan para belia...fikirkan lah.


Skian.


Dr Azizol Mohd sharun

No comments:

Post a Comment