Saturday, June 16, 2012

ICE CREAM SARANG BURUNG WALIT

Kuala Berang, Hulu Terengganu (14hb Jun, 2012). Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Hulu Terengganu, yang dipimpin oleh Cik Munirah dan dibantu oleh beberapa orang kakitangan beliau telah berjaya menghasilkan satu produk Sarang Burung walit (SBW) yang berasaskan ice cream.




Ini adalah merupakan satu usaha kreativiti yang bagus dan saya mengucapkan syabas serta tahniah kepada kakitangan JPV Hulu Terengganu di atas usaha tersebut.


Amnya, ice cream SBW ini adalah gandingan ice cream susu kambing dan jelly yang mengandungi SBW. Saya dimaklumkan 4 keping SBW telah diproses untuk menghasilkan 50 cawan ice cream SBW. Proses pertama ialah menyediakan jelly yang mengandungi SBW kemudian dimasukkan ke adalam cawan ice cream dan dibiarkan beku. Kemudian barulah di atasnya dimasukkan ice cream susu kambing, serta toping ice cream yang berwarna-warni. Kaedah ini menjadikan produk ice craem SBW ini dua lapis. Lapisan di bawah sekali ialah jelly yang mengandungi SBW ( anak panah di dalam gambar ).






Prototype produk ini disimpan di dalam peti sejuk, dan akan diperkenalkan kepada umum di satu pamiran di bandar Kuala Berang, sempena pesta Pekan Budaya daerah Hulu Terengganu yang sedang berlangsung antara 15hb hingga 30 Jun ini.






Saya telah mencadangkan kepada pihak JPV Hulu Terengganu supaya produk ice cream ini diberikan satu jenama yang unik dan ia boleh dimahsyurkan sebagai sata produk identiti bagi Kuala Berang di masa-masa yang akan datang. Saya rasa masih banyak usaha penambahbaikan perlu dilakukan kepada produk asal ini, supaya ia lebih menarik, tidak terlalu mahal serta diminati ramai. Walau apa pun, ini adalah merupakan satu usaha yang perlu diberikan sokongan dan ucapan Tahniah.


Skian,




Dr Azizol bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment