Friday, June 22, 2012

GAHARU: TAMBAHAN MAKLUMAT

Pada bulan Mei di dalam blog ini, saya ada menulis mengenai integrasi tanaman gaharu dan RBW. Maklumat terbaharu yang saya terima, menggambarkan tanaman gaharu ini tidak semudah yang diceritakan untuk mendapat pulangan yang tinggi.


Saya dimaklomkan oleh seorang rakan, di Thailand begitu luas ditanam pokok gaharu ini semacam estate getah. Tetapi pratus kejayaannya amat rendah. Keduanya, di kampung saya ( Kg Renak, Ulu Klawang, Jelebu NSDK) baru-baru ini tidak saya sangka sama sekali adanya pokok gaharu yang ditanam oleh jiran saya. Di antara pokok-pokok ini ada yang telah berumur melebihi 30 tahun, bukanya 3 tahun seperti di dalam penulisan saya yang terdahulu.






Pokok gaharu yang berumur melebihi 30 tahun ini mempunyai garis lilitan sebesar 5 kaki dan tingginya sekitaran 130 kaki.




Pokok ini telah disuntik dengan cairan kulat untuk meransang pokok supaya menghasilkan teras gaharu yang mahal itu. Banyak lokasi suntikan dibuat pada pokok ini, dari bawah sehinggalah 30 kaki tinggi pokok. Sehingga ke tarikh saya membuat lawatan, tiada satu pun yang menghasilkan teras gaharu, menurut tuannya lagi.




Lubang suntikan ditebuk ke dalam pokok gaharu ini sedalam lebih kurang 5 inchi, kemudian di masuukkan paip pvc ( satu inchi ) yang menyalorkan cairan ke dalam batang pokok.






Daripada kes terbaharu ini jelas menunjukkan kesukaranya untuk menghasilkan teras gaharu seperti yang kita kehendaki. Ini dilakukan pada pokok yang berumur melebihi 30 tahun, seharusnya agak mudah untuk menghasilkan teras, inikan pula pada pokok yang berumur 3 tahun. Walaubagaimana pun anggaplah maklumat terbaru ini sebagai ilmu yang berkaitan. Tambahlah maklumat anda sebelum memulakan bidangusaha ini, tak kiralah sama ada secara integrasi dengan RBW atau secara estate.


Skian,




Dr Azizol bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment