Monday, June 4, 2012

PAPAN SUDUT SERTA PERANANNYA

Apakah papan sudut wajib atau misti dipasang di sudut-sudut nesting planks di dalam RBW kita? Jawapnya tidak. Tetapi amat digalakkan supaya dipasang, kalau tidak di semua sudut sekali pun.




Papan sudut yang digunakan elok yang bersudut tepat (lihat gambar di bawah). Apabila dipasang ia tidak mewujudkan sebarang rongga di sudut berkenaan. Papan sudut yang lain akan mewujudkan rongga (gambar di atas ). Rongga-rongga ini nanti akan menjadi tempat lipas bersembunyi dan bersarang. Bayangkan jika RBW kita 3 tingkat dan berukuran 40' lebar dan 60' panjang, berapa banyak kah rongga ini yang perlu diteliti semasa melakukan pemantauan dan pengurusan musuh walit. Jadi keadaan ini boleh merumitkan pengurusan RBW, terutamanya apabila lipas menjadi masalah.




Kita semua sedar di peringkat awal pengoperasian RBW sehingga ke setahun, yang datang dan menginap di RBW kita ialah walit-walit muda. Sudah menjadi tabie walit muda ini akan membuat sarang di sudut-sudut nesting planks. Bermakna sarang yang dihasilkan ialah sarang Gred C.


Pemasangan papan sudut ini boleh meningkatkan gred sarang tersebut. Jika walit membuat sarang di sudut-sudut yang dipasang papan sudut ini, gred sarang boleh naik ke Gred B. Harga belian antara Gred B dan Gred C boleh berbeza sehingga RM1,000 sekilogram.




Papan sudut ini biasanya diperbuat daripada kayu meranti merah juga. Ada juga kebelakangan ini ia diperbuat daripada plastik dan ia tidak menimbulkan sebarang masaalah kepada walit.




Papan sudut ini boleh diperolehi di kedai-kedai pembekal peralatan RBW. Harga seunit sekitaran RM2.50. Anda juga boleh membuatnya sendiri, cuma memerlukan masa. Anda boleh gunakan serpihan papan sirip bagi tujuan ini.


Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment

Post a Comment