Thursday, April 26, 2012

ANGKASA BERGERAK AKTIF MENYAMPAIKAN MAKLUMAT INDUSTRI WALIT

25hb.April,2012 Pulau Pangkor, Perak Darul Ridwan. Ini adalah merupakan tarikh dan lokasi terbaharu kursus asas peternakan burung walit yang telah dianjurkan oleh ANGKASA, badan induk pergerakan kooperasi Malaysia. Kursus diadakan selama 3 hari di Hotel Pangkor Bay View Beach Resort. Seramai 26 orang peserta pergerakan kooperasi daripada Negeri Perak terlibat.


Saya ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada pihak ANGKASA, yang telah sudi menjemput saya menjadi salah seorang daripada penceramah di program tersebut.


Syabas serta tahniah juga kepada ANGKASA yang terus bergiat aktif menyampaikan maklumat industri ini kepada ahli-ahli kooperasi di seluruh negara. Secara tidak langsung, lebih ramai oranag Melayu dan kaum Bumiputra lain yang telah dan akan didedahkan kepada bidangusaha ini.


Saya telah tidak mengunjungi Pulau Pangkor ini melebihi 10 tahun lamanya. Saya masih ingat, semasa menjaga Unit Pedaging di Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Kuala Lumpur (belum berpindah ke Putra Jaya masa itu) pernah ke pulau ini untuk menghadiri mesyuarat projek TAC dengan kerjasama TAC Manjung. Tempoh tersebut agak lama dan mungkin banyak yang telah berubah, termasuklah penglibatan orang Melayu dalam industri pelancungan di pulau ini.


Bagi rakan-rakan yang belum ke sini, saya maniki boat ke pulau daripada jeti di pekan Lumut, dan saya rasa jeti ini adalah yang baru. Oleh kerana bukan cuti sekolah, maka tidaklah ramai yang menaiki boat ke pulau bersama saya pada kali ini. Bagusnya di pekan Lumat telah tersedia medan letak kereta bertingkat untuk kita menyimpan kereta selama kita berada di pulau peranginan ini. Daripada tempat letak kereta, kita berjalan terus ke jeti yang berbumbung dan dekat sahaja. Saya hanya berkunjung semalaman sahaja maka dikenakan bayaran meletak kereta sebanyak RM7.50 sahaja, dibayar semasa keluar daripada tempat letak kereta ini.


Perjalanan ke jeti Pangkor daripada Lumut hanyalah mengambil masa 30 minit sahaja. Tiket ke pulau ini dikenakan RM10 dewasa dan untuk pergi dan balik. Sampai di jeti di Pangkor, memang agak lengang kerana diluar musim cuti-cuti Malaysia.


Semasa saya berada di dalam kumpulan ini, saya dapati hampir semua di antara mereka yang sememangnya tiada pengetahuan langsung mengenai industri ini dan lebih-lebih lagi bagaimana mereka boleh terlibat. Saya yakin setelah kursus di adakan, ada di antara peserta yang akan terlibat dengan bidangusaha yang sepetutnya mereka telah lama terlibat serta menikmati peningkatan pendapatan yang lebih baik.




Syabas ANGKASA.




Skian




Dr Azizol Mohd Sharun.

No comments:

Post a Comment