Thursday, April 19, 2012

PENGEMBARAAN DI GUA GOMANTONG

Pengembaraan saya ke Gua Gomantong, Sandakan, Sabah ini telah dibuat pada bulan April, tahun 2010 yang lalu. Di dalam beberapa siri seminar & kursus walit baru-baru ini, saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman mengenainya melalui blog ini.


Paparan pengalaman ini bertujuan untuk menunjukkan keadaan sebenar habitat walit (bersarang putih dan hitam) di dalam sebuah gua yang besar dan telah lama didiami walit. Saya berharap paparan ini akan mengukuhkan ilmu serta kefahaman kita semua mengenai keperluan habitat walit, semasa mendirikan rumah walit kita sendiri.


Untuk makluman saudara dan saudari, untuk memasuki gua ini, kita diminta memakai sejenis kasut getah yang ada berbutang ditapaknya, macam kasut bola. Ada tempat-tempat di dalam gua ini yang licin, terutama ketika menurun masuk ke gua Semud Putih yang curam. Kita juga diberikan sepasang baju hujan untuk di pakai semasa berada di dalam gua.


Jika anda perhatikan di pintu Gua Semud Hitam ini, tiada kelihatan tinja walit yang berlonggok, walau pun melalui pintu gua inilah walit keluar dan masuk.


Apabila berada di dalam gua, kita akan dapati himpunan tinja walit. Keadaan ini menunjukkan walit hanya membuang kotoranya semasa berada di sarangnya sahaja. Ini merupakan bukti yang walit tidak mencemarkan bandar, seperti yang diperkatakan oleh sesetangah pihak. Oleh sebab itu, satau sifat gua ini ialah baunya, ialtu bau tinja walit atau biasa disebut miasmata walit. Atas perkara ini juga kita mencadangkan supaya diletakkan tinja walit di rumah burung yang baru beroperasi.


Selain daripada itu, kita akan terjumpa banyak kelompok lipas yang merah menyala, seperti lipan, di dinding-dinding gua. Kenapa lipas banyak, ini adalah kerana tinja walit itu adalah makanannya. Jadi tidak heranlah jika kita mendapati lipas di dalam rumah burung, akan tetapi perlu dikawal atau dihapuskan. Satu perkara lagi, apabila kita berada di dalam gua ini, mata tidak terasa pedih atau kita sukar nak bernafas. Bermakna sistem pengudaraan di dalam gua ini berkesan, bagi mengawal kandungan gas ammonia, methane dan hydrogen sulphite.


Walit hitam bersarang agak tinggi di dinding sebelah atas gua, kira-kira 200 kaki tingginya. Jadi untuk mengambil sarang, mereka disini menggunakan sigai, yang diperbuat daripada besi paip dan buluh. Sudah pasti operasi ini banyak menggunakan tali.


Selepas melawat gua Semud Hitam, rombongan kami meneruskan perjalanan ke Gua Semud Putih. Melihat ketinggian bukit dan kerumitan perjalanan yang ada ketikanya agak merbahaya, pada mulanya saya menolak untuk turut serta. Almaklumlah sudah berumur dan fitness sudah kurang. Setelah diyakini oleh pemandu rombongan, saya akhirnya turut mendaki.


Perjalanan mendaki dan berjalan dicelahan batu dan pokok-pokok ini, untuk sampai ke depan pintu gua Semud Putih memakan masa kira-kira satu jam. Saya perhatikan disegenap lubang ke dalam gua di kawal ketat oleh penender hasil walit. Ada yang diletakkan kakitangan yang senantiasa mengawal keselamatan.


Ada juga pintu ke gua ini yang dipasang dengan grill besi dan berkunci. Semasa melalui pinu ini, terfikir saya memang lah kena buat sedemikian kerana hasilnya menceah juta ringgit. Setelah beberapa kali berhenti, untuk menghilangkan penat, akhirmya saya tiba di pintu gua Semug Putih.


Setelah berehat seketika dan melihat persekitaran permukaan gua, kami berjalan turun. bahagian permulaan gua ini agak lembap,licin dan curam. Ada ketikanya kami terpaksa menggunakan tali yang disediakan.


Saya perhatikan disepanjang perjalanan di dalam gua ini, tiada kelihatan lopak air, atau pun anak-anak sungai. Lantai gua agak berpasir dan bercampur dengan tinja walit. Walau pun badan basah oleh kerana berpelum yang dahsyat, terasa juga kedinginan di dalam gua ini. Pada satu lokasi perhentian, saya berasa kesal kerana tidak membawa alat pengukur suhu dan kelembapan.


Setelah mengembara di dalam gua yang gelap ini selama kira2 2 jam , akhirnya kami sampai ke lokasi di mana terdapatnya walit bersarang putih. Sama juga dengan walit bersarang hitam, sarang walit ini juga agak tinggi, kira-kira 150 kaki dari permukaan gua. Lantai gua disini juga berkeadaan kering, berpasir dan bercampur tinja walit.


Setelah melihat apa yanag hendak dilihat, kami seterusnya berjalan balik ke permukaan gua. Setibanya kami di base camp, hari sudah mulai senja. Setelah menikmati makanan yang disediakan, kami sempat melihat ribuan kelawar keluar daripada lubang gua.


Skian


Dr Azizol Mohd Sharun

5 comments:

  1. Terima kasih Dr, kerana sudi berkongsi maklumat, saya Aziz Awang dari felda Kota Gelanggi 01, Jerantut, adalah salah seorg peserta di Kursus Perwalitan itu di Marang Trengganu dimana Dr adalah salah seorg penceramahnya.

    Semoga kita boleh berjumpa lagi.....

    ReplyDelete
  2. informasi yg sangat berguna doc ,blih lah kita share dgn warga JPV kel ,TQ

    ReplyDelete
  3. Pasti semua sangat menarik dan indah sebab keadaan semula jadi. Terima kasih kerana mengongsikan info yang be guna ini.

    ReplyDelete