Pastikan Lubang Pengudaraan Senantiasa Terkawal Dengan Jaring Atau Penutup Yang Sesuai.
Sehingga ke hari ini, SBW bebas daripada "jangkitan" kuman HPAI dan ND. Lihat penulisan berkaitan denganya dalam web ini.
Penutup lubang pengudaraan yang kemas
Apabila penutup lubang pengudaraan bocor, rosak atau tertanggal, ia terdedah kepada unggas lain untuk mendiami lubang berkenaan. Saya perhatikan burung tiak atau chiak suka mendiami lubang-lubang pengudaraan ini.
Burung-burung ini akan membawa pelbagai jinis kayu, ranting-ranting patah,daun-daun kering, jerami dan pelbagai bahan lain untuk membuat sarang dan tinggal di situ ( lihat gambar berikut).
Paip Pengudaraan Jadi Tersumbat
Satu daripada kesanya ialah, lubang ini akan tersumbat. Jika banyak lubang pengudaraan jadi berkeadaan sedemikian, sistem pengudaraan ( ventilation ) untuk bangunan boleh terjejas. Suhu dalam bangunan boleh menjadi panas daripada biasa. Disamping itu kumpulan gas ammonia dan methane juga akan meningkat di dalam bangunan. Keadaan ini menjadikan keadaan di dalam rumah tidak sihat kepada burung, terutama kepada anak-anak yang baru menetas.
Kedua, di dalam bangunan dan bersetentang dengan lubang yang didiami burung tiak ini, sampah sarap akan berselerak dan berkeadaan kotor seperti tidak diurus ( lihat gambar berikut ).Sampah yang banyak dan berlungguk ini perlu disapu bersih dari masa ke semasa.
Sampah di bawah lubang pengudaraan
Apa yang lebih membimbangkan ialah, pencemaran tinja burung tersebut di dalam lubang pengudaraan dan kemungkinan juga akan terjatuh ke dalam bangunan. Tinja burung liar ini dikhuatiri boleh menjadi pembawa kepada kuman ND dan kemungkinan juga HPAI. Pencemaran kuman ini dikhuatiri akan menular ke sarang-sarang walit yang berhampiran. Jika pemantauan RBW di buat oleh JPV dan SBW kita didapati positif terhadap kuman ND, larangan sarang untuk dijual dan diekspot akan berlaku.
Satu contoh penutup lubang
Penggunaan penutup lubang bilik air secara kreatif
Jadi pantau dan selenggaralah RBW anda dari masa ke semasa.
Skian
Dr Azizol Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment