Saya masih perhatikan, terutmanya di bandar-bandar, suara luar RBW masih kedengaran, ada yang nyaring dan kuat (melebihi 40dB, penilain saya), selepas jam 8 malam. Bagi sesbuah pekan kecil, bunyi sedemikian agak lantang kedengaran terutamanya selepas jam 10 malam, apabila jumlah kenderaan mulai berkurangan.
Selepas jam 8.00malam, suara luar ini sepatutnya dimatikan atau ditutup.
Kita semua mengetahui burung walit sudah balik ke sarang, paling lewat pun jam 7.45 malam. Musim keriang atau kemarau, mungkin lewat sedikit. Memang tidak dinafikan ada beberapa ekor walit yang balik lewat. Bagi walit-walit ini, kalau suara luar tidak dibunyikan pun ia akan balik macam biasa.
Suara luar yang terus berbunyi selepas jam 8 malam, bagi rumah walit yang berada diluar bandar, ia boleh memberikan isyarat kepada pemangsa walit, seperti burung hantu, bahawa sesebuah rumah itu ada walit. Kedua dengan merehatkan sesebuah amplifier, dalam kes ini selama 12 jam, akan membantu memanjangkan umur alat berkenaaan.
Cara mengawal suara luar ini bukanlah satu perkara yang susah. Hanya dengan menggunakan sebuah timer, yang boleh dibeli di supermarket dan disambungkan terus ke pembesar suara (Amplifier) yang mengeluarkan suara luar, seperti yang saya paparkan dalam gambar dibawah.
Timer ini ada yang murah dan ada yang mahal. Saya kira yang ini, kira-kira RM20 sebuah, sudah memadai. Jinis yang dibuat oleh Perancis adalah lebih baik tetapi harganya agak tinggi, kira-kira RM90 seunit. Pengalaman saya, timer yang saya gunakan pada sebuah rumah walit di Pahang ini dimatikan suara luar antara jam 8 malam hingga jam 6 pagi. Bermakna jam 6 lebih sedikit suara luar akan beroperasi semula.
Timer yang sama boleh digunakan untuk mengawal lampu yang dipasang di atas permukaan lubang masuk walit.
Pada kotak atau bekas timer, semasa dibeli, tiada dinyatakan bagaimana hendak membuat setting alat berkenaan. Saya belajar sendiri sahaja, dengan menyambungkan timer, melalui sebuah extension cord, ke sebuah lampu kecil (lihat gambar berikut). Daripada sini saya percaya anda juga boleh buat setting timer untuk digunakan di rumah walit anda sendiri.
Saya mengambil kesempatan di sini, merayu kepada semua pemilik RBW, supaya menggunakan kaedah ini untuk mengawl suara luar rumah masing-masing. Suara luar ini mesti diberhentikan selepas jam 8 malam. Saya juga percaya usaha ini akan menjadikan bidangusaha RBW lebih mesra masyarakat dan boleh diterima dengan baik oleh mereka, sama ada di bandar mahu pun di luar bandar. Tomahan bahawa burung walit membuat bising dapat diperbetulkan.
Berkaitan dengan hal ini juga, saya mendapati masih ramai individu dan masyarakat yang menganggap suara yang bising itu dikeluarkan oleh walit. Jadi sama-samalah kita memperbaiki keadaan.
Terima Kasih
Dr Azizol Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment