Wednesday, April 11, 2012

ANGIN RIBUT KENCANG MUSNAHKAN BUMBUNG RUMAH BURUNG WALIT

11hb April, 2012 Bera, Pahang: Pada tarikh ini saya dijemput untuk membantu seorang pengusaha RBW Bumiputra membuat penilaian dan pemantauan ke atas sebuah RBW yang beliau telah bina dan mula memikat walit sejak 9 bulan yang lalu. Menurut beliau, setelah memasuki bangunan, "walit didapati tidak bersarang, tetapi burung ada". Berikut adalah gambar RBW berkenaan.




Saya tiba, seperti yang dijanjikan tepat jam 2.30 petang. Satu perkara yang saya perhatikan ialah bahagian tengah bangunan, beberapa keping atap dan perabung telah tiada. Pada mulanya saya terfikirkan kemungkinan kecurian telah berlaku, maklumlah kedudukan RBW ini yang agak jauh ke dalam perladangan sawit dan terpencil. Setelah mendengar keterangan sipemilik dan melihat sendiri atap-atap dan perabung yang berselerak disekeliling bangunan, barulah saya faham yang dipaparkan ini adalah kesan angin ribut yang kuat beberapa hari lepas. Lihat gambar dibawah.




Saya merasa lega, apabila diberitahu bahagian atas RBW ini menggunakan slab, dan atap tersebut hanya untuk menyejukkan lagi bahagian atas (tingkat1) bangunan. Bermakna dalam bangunan tidak terjejas sedikit pun dengan apa yang berlaku. Memang benar setelah memeriksa ke dalam bangunan memang tiada sebarang kesan, termasuk sebarang kebocoran siling. Bayangkan jika RBW ini tidak menggunakan slab, apa yang boleh terjadi?


Saya di dalam semua sessi ceramah walit, selalu mencadangkan jika kita ada sedikit duit, eloklah diatapkan bahagian atas RBW walau pun menggunakan slab di bahagian atas sekali. Lihat gambar berikut.




Saya sedar ada orang yang sengaja membuat kolam air di atas slab ini, seperti gambar berikut. Ini dibuat supaya bahagian teratas bangunan ini berkeadaan dingin, seperti yang dikehendaki walit. Cuma kebimbangan saya ialah, apabila bangunan ini telah lama, kemungkinan slab retak boleh berlaku dan ketirisan banhagian atap. Jika slab yang digunakan itu tebal, mungkin tiada masalah.




Jadi bagi mereka yang membina RBW di kawasan lapang seperti kes ini, buatlah penilian dan pilihkan struktur teratas yang sesuai buat anda.


Berbalik kepada isu asal, "walit tidak bersarang, setelah dibuat pemanggilan selama 9 bulan", saya dapati tidak betul. Walit telah pun bersarang. Cumanya pengalaman beliau masih kurang, terutamanya bagaimana hendak melihat dan menentukan kedudukan sarang yang telah dibuat.


RBW ini dilengkapi dengan lampu kalimantan dibahagian dalam bangunan. Saya minta beliau pasangkan lampu yg ada. Setelah meneliti lantai bangunan, terdapat 16 tompok tahi walit dan ada yang telah melebari hampir sekaki luasnya. Apabila saya suluh ke atas tompok ini jelas sarang yang siap ada di sirip. Disekitar ini sahaja saya tunjukkan kepada beliau ada 3 lagi sarang dalam pembinaan dan hampir siap. Bermakna RBW ini telah ada 4 sarang.


Beliau menyatakan tiada sarang itu, pada pandangan saya ialah, pertamanya beliau belum ada pengalaman bagaimana nak mencari lokasi sarang. Ke duanya, saya perhatikan beliau tidak memasang lampu yang ada dan lampu picit yang digunakan tidak begitu sesuai. Jadi anda gunakanlah lampu yang terang dan berwarna putih cahayanya dalam kerja-kerja pemantauan sebegini.


Beliau berasa lega. Dalam tempoh 9 bulan sudah ada 4 sarang dan 16 tompok tinja, satu pencapaian yang memuskan. Saya turut mencadangkan , selepas ini setiap bulan, masuk RBW ini dan pantau jumlah tompok tinja yang ada. Jika berlaku pertambahan, maknaya populasi RBW beliau telah meningkat dan teruskan pemantauan. Saya perhatikan cuaca di dalam RBW ini pada waktu pemeriksaan ialah 29 darjah selsius.


Skian.




Dr Azizol Mohd Sharun

1 comment: