Tuesday, May 1, 2012

CCTV BANTU PEMANTAUAN KEMAJUAN SESEBUAH RUMAH BURUNG WALIT

Selamat Hari Pekerja kepada rakan-rakan semua.


Saya kerap menyatakan, salah satu keperluan atau spesifikasi rumah burung walit ialah berkeadaan SELAMAT DAN AMAN, seperti di gua-gua di mana walit asalnya tinggal. Hakikatnya, banyak rumah burung walit yang baru beroperasi gagal memenuhi keperluan ini, dan akhirnya walit tidak mendiami rumah berkenaan, atau pun lewat menduduki premis berkenaan.


Satau kaedah bagi mengelakkan kacauganggu daripada manusia, terutama daripada tuannya sendiri, elok di pasang CCTV.
                                              CCTV Dalam Bilik Audio


Dengan terpasangnya sistem CCTV, pemilik tidak perlu lagi memasuki bangunan untuk melihat sama ada burung walit sudah masuk dan tidur di dalam rumah berkenaan atau pun tidak. Ini sudah pasti mampu mengelakkan kacauganggu kepada walit muda yang baru mengenali rumah yang dibina, daripada tuan pemilik premis tersebut.


                                           Walit kelihatan dengan jelas


Pemasangan sistem hendaklah betul, terutamanya kedudukan kamera. Jika tidak nanti, apa yang hendak dilihat tidak nampak, dan yang tidak perlu dilihat atau dipantau jelas kelihatan. Satu perkara yang perlu diingati, kerana kamera dipasang di dalam rumah walit, maka perlulah dilindungi kamera daripada kotoran walit. Jika tidak ia memerlukan pembersihan dari masa ke semasa dan ini perlu dielakkan.
                                             Kamera perlu dilindungi
Sietem CCTV ini juga boleh digunakan untuk pembelajaran. Misalnya kita nak mengenali walit ini dengan lebih dekat lagi, maka melalui sistem ini kita boleh buat pemerhatian dari masa ke semasa. Kerana sisten digital ini boleh di rakam, kita boleh melihat apa yang berlaku di dalam rumah walit kita pada masa yang kita kehendaki.


Seronoknya, kita boleh tahu walit kita sudah balik ke belum?


Bagi mereka yang melawat, boleh melihat walit melalui sistem ini. Cuma gambar yang dilihat hanya berbentuk hitam putih sahaja.


Selain daripada itu, dengan menggunakan 4 atau 6 kamera, alat ini sekali gus boleh digunakan untuk servalen dan kawalan daripada pencuri. Jika sistem ini disambungkan ke internet, maka kita boleh melihat dalam rumah walit kita secara online daripada pelusuk dunia. Sistem ini mungkin juga memudahkan pemasaran?


Kos peralatan dan pemasangan tidaklah mahal. Sistem yang menggunakan 2 kamera sahaja, memerlukan RM2,000 sahaja( alat dan pemasangan, tidak termasuk pengangkutan). Ini hanyalah 2% daripada kos bangunan yang bernilai RM100,000.00 sebuah. Bayangkan kerugian akibah kacauganggu tuanya...fikir-fikirkan.


Skian,




Dr Azizol Mohd Sharun.

No comments:

Post a Comment