Saturday, May 12, 2012

MAKMAL WALIT DR AZIZOL: AN UPDATE

Cerita RBW kos sederhana atau lebih dikenali sebagai makmal walit Dr Azizol telah saya muatkan di dalam blog ini terdahulu. Sila lihat kembali paparan bulan April, 2012 yang bertajuk LAPORAN PRESTASI RBW BERSKALA SEDERHANA ( MAKMAL WALIT DR AZIZOL). Paparan kali ini adalah merupakan an update.
                                         MAKMAL WALIT DR AZIZOL


Biasanya, pengusaha RBW akan membuat tuaian sarang kali pertama apabila RBW mencapai umur dua tahun. Ada juga pihak lain yang memulakan tuaian hasil pertama apabila umur RBW mereka telah mencapai umur setahun setengah. Tuaian lebih awal dikhuatiri akan menjejaskan usaha untuk meningkatkan populasi walit yang mendiamai RBW berkenaan.


Pada 30hb April, 2012 yang lalu, RBW ini genap berumur 1 tahun 8 bulan. Saya membuat keputusan untuk memulakan tuaian hasil pertama, dan di antara sebabnya ialah:-
1. Terdapat sarang yang sudah terlalu lama, menunjukkan pengecutan, dan bermula berubah warna kepada kekuningan,
2. Terdapat beberapa sarang yang telah berlapis,
3. Untuk meransang pertumbuhan sarang baru yang lebih banyak dan berkualiti selepas tuaian pertama ini.


Bulan April, sebagaimana yang anda ketahui adalah merupakan bulan pertama di dalam penggal baru pusingan bertelor pada setiap tahun ( April - Julai). Saya menjangkakan semua sarang yang didapati ada telor dan anak kecil pada musim bertelor yang lepas ( Disember - March) telah dikosongkan. Namun begitu,sebelum penuaian dibuat setiap sarang yang hendak dituai, saya lakukan penelitian sama ada ada telor atau pun tidak. Jika kosong dan telah digunakan ( ada kotoran ) saya tuai. Jika sarang tersebut kosong dan berkeadaan bersih saya tinggalkan. Ia adalah merupakan sarang baru yang belum digunakan untuk bertelor. Saya gunakan sudit stainless steel yang dibeli daripada pasaraya sebagai cermin untuk memeriksa ke dalam setiap sarang, dan amat berkesan. Kalau ia terjatuh pun tidak rosak apa-apa.
Terdapat juga sarang di mana anak masih bergantung kepada sarang tersebut dan belum boleh terbang. Sarang ini juga saya tinggalkan.
Ada juga kes di mana sarang bertaut rapat, seperti kembar, satau daripadanya kosong dan satu lagi ada telor, sarang yang kosong tidak dituai kerana tidak mahu mengganggu sarang yang satu lagi.
Sarang yang seperti di dalam gambar di bawah, jelas berlapis tetapi sarang yang teratas ada telor. Maka saya tangguhkan penuaiannya.
Alhamdullilah, penuaian sarang pertama ini telah menghasilkan sarang seberat 354 gram. Sebilangan besar daripadanya dihasilkan di tingkat bawah, 212 gram. Penelitian saya mendapati kebanyakkan sarang adalah terdiri daripada sarang sudut.
Sarang ini telah dijual di Kuala Terengganu. Ia digredkan kepada 3 gred, A, B dan C.
Pada waktu jualan kali ini, gred A dibeli pada harga RM2,000 sekilogram, gred B pada harga RM1,700 manakala gred C pada harga RM1,200 sekilogram. Pada harga pasaran ini, hasil tuaian pertama RBW ini telah memberi pulangan sebanyak RM512.00


Perkembangan terbaharu akan di laporkan di blog ini, berikutnya.


Skian,


Dr Azizol

No comments:

Post a Comment