Sunday, January 13, 2013

TANAH UNTUK DIJUAL

Salam hormat,

Hari ini sudah 13 hari kita melalui tahun baru tahun 2013. Saya percaya rakan-rakan telah menyiapkan sasaran (matlamat) yang hendak dicapai di penghujung tahun ini beserta dengan pelan tindakanya sekali. Saya juga berkeyakinan anda telah memindahkan pelan tindakan itu ke dalam dairi anda dan dilabelkan dengan prioriti A1. Dengan demikian nanti anda tidak terlepas pandang akan perkara-perkara yang penting dalam hidup anda di sepanjang tahun 2013 ini.

Berbalik kepada bidangusaha walit pula, ini ada sebidang tanah, seluas 4ekar yang hedak dijual segera. Maklumat tanak adalah seperti berikut:-

1. Lokasi Tanah: Mukim Talang, Tanjung Ipoh Kuala Pilah Negeri Sembilan.
2. Jarak daripada bandar kecil Tanjung Ipoh ialah kira 2.5 Km
3. Kedudukan tanah: Di atas bukit (nanti ada gambarnya).
4. Bekalan apai dan air terdekat ialah kira 800 meter daripada tapak.
5. Jalan ke lokasi: Di letakkan batu kecil dan dimusim hujan agak lichin.
6. Status tanah: Rezab Melayu.
7. Harga Jualan : RM45,000 seekar (RM empat puloh lima ribu) (boleh dirunding semula ).

Ujian kehadiran walit telah saya lakukan, dan didapati sesuai untuk didirikan sebuah RBW.

Berikut adalah gambar-gambar di tapak berkenaan. Untuk makluman anda kerja-kerja tapak telah dibuat oleh pemilik tanah.


                                            Pondok Di Tapak Asal


                                  Tapak bangunan yg disiapkan oleh pemilik


                               Pandangan ke kiri tapak: Pemandangan Indah


                            Jajaran Lebuhraya LEKAS di belakang kawasan ini

Mengikut maklumat yang ada, Lebuhraya LEKAS di rancang untuk di bina yang akan menghubungkan Senawang, Kuala Pilah, Serting dan bandar Tun Razak di Pahang. Jajarannya tidak jauh daripada lokasi tapak.

Perhatikan juga lereng bukit ini boleh diteres untuk ditanam pokok buahan atau pun sawit-getah.


                                         Pemandangan ke hadapan tapak


Jadi bagi mereka yang ingin membuat perladangan campuran, termasuk sebuah RBW berserta dengan sebuah Chalet ( Week end retreat ) atau dijadikan homestay amat sesuai.

Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya.




Skian


Dr Azizol Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment