Salam sejahtera,
Ekspot sarang burung walit ke negara China masih belum berlaku. Demikian kata YH Dato Tok Teng Sai (Pengerusi Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit) di satu sessi perbualan dengannya di Primula Hotel, Kuala Terengganu pada 17hb Januari, 2013. Menurutnya lagi, kita sedang menunggu kedatangan para pengodit daripada pihak China, untuk membuat odit terhadap 29 pusat pemprosessan sarang burung walit di Malaysia. Jika ini berhasil, dengan menggunakan satu bar code, mereka ini akan dibenarkan mengekspot SBW yang telah dibersihkan ke China.
Beliau juga menyatakan pihak persatuan sedang berusaha untuk menubuhkan satu exchange centre untuk walit yang akan berperanan untuk menstabilkan harga SBW di pasaran tempatan. Jika harga jatuh dibawah suatu harga, pihak exchange centre akan membeli sarang-sarang berkenaan. Disamping itu pusat ini juga menyediakan kemudahan kredit kepada pengusaha. Sebanyak RM300 juta sedang djana bagi membolehkan pusat ini beroperasi. Lokasi pusat akan ditempatkan di Damansara, Kuala Lumpur. Sama-samalah kita mengikuti perkembanganya.
Berkaitan perkara yang sama, satu MOU yang melibatkan orang terkaya di Jepun, Korea dan Taiwan sedang dirangkan. Pihak berkenaan akan membeli daripada Malaysia kira-kira 50 tan sebulan untuk dipasarkan ke negara masing-masing. Usah ini bertujuan untuk memecahkan tumpuan pasaran yang selama ini hanya ke negara China sahaja. Dengan demikian nanti gangguan pasaran di negara China tidak lagi memudaratkan pasaran SBW Malaysia dan pengusaha kita akan mendapat harga yang lebih stabil dan baik di masa yang akan datang. Malangnya, menurut beliau lagi tiada orang terkaya daripada Timur Tengah yang dapat dilibatkan di dalam MOU berkenaan.
Skian, untuk makluman tuan-tuan pengusaha semua,
Dr Azizol Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment