Tuesday, January 22, 2013

AWAS: ULAR DALAM BILIK AUDIO

Salam hormat,

Tiga hari lepas saya buat pemantauan terhadap RBW (Makmal Walit Dr Azizol) di PLV Jerangau. Ekoran banjir baru-baru ini saya hendak menilai ketingghian banjir dan sejauh mana ia menjejaskan RBW ini. Untuk makluman rakan-rakan semua banjir kali ini amat memeranjatkan saya. RBW ini hampir tengelam separuh! Kesan ketinggian paras air melepasi switch box elektrik. Gambaran penuh serta kesanya akan saya muatkan dalam siri yang akan datang.

Kali ini hanya satu perkara sahaja saya nak muatkan disini. Awas: Ular dalam bilik audio. Ya ular di dalam bilik audio. Saya cuma ingin mengingatkan rakan-rakan yang ada RBW di lapangan, berhati-hati apabila memasuki bilik audio. Keadaan dalam rumah yang masih lembab dan sejuk selepas banjir berkemungkinan menarik minat ular. Lihat gambar berikut.



Skian,



Dr Azizol Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment