Thursday, November 29, 2012

SEMINAR KEBANGSAAN WALIT 2012

Salam bahagia,

Sempena MAHA 2012 yang sedang berlangsung sekarang, satu sessi seminar Industri Walit diperingkat Kebangsaan telah di adakan di Marriott Hotel Putra Jaya pada 26 dan 27 hb November, 2012 lalu. Seminar adalah anjuran bersama MARDI dan DVS , selaku penganjur utama, serta penganjur yang lain seperti UPM, Agro Bank, dan Jabatan Standard Malaysia. Sebanyak 12 kertas kerja dan hasil penyelidekan telah di bentangkan oleh pakar-pakar yang berkaitan.

Motto seminar kali ini ialah: Peningkatan DAYA SAING & Kelestarian INDUSTRI.



Objektif Seminar, di antaranya termasuklah;

1. Mengenalpasti dan memberi kefahaman mengenai isu-isu pemasaran, cabaran dan status terkini struktur pembangunan serta insentif kerajaan bagi memajukan industri,
2. Menyebarkan maklumat baru dan kemajuan amalan-amalan dalam sistem pengeluaran, pembangunan terknini teknologi pemprosesan dan industri hiliran sarang burung walit,
3. Membincangkan kedudukan dayasaing industri sarang burung walit negara di peringkat antarabangsa, dan
4. Mencadangkan strategi dan perancangan bagi memajukan industri sarang burung walit.


Turut serta dalam pembentangan ini ialah wakil daripada pemborong SBW daripada negera China. Mereka membuat pembentangan di dalam bahasa China dan diterjemahkan oleh penterjemah yang di lantik. Kertas yang dibentangkan bertajuk: Building up New Order for Development of China's Edible Nests Industry.




Seminar ini telah diresmikan oleh YB.Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Sempena majlis peresmian ini juga Jabatan Standard Malaysia juga telah melancarkan Buku Dokumen Malaysian Standard.



Ia juga merupakan satu garis panduan kepada industri walit negara.

Satu perkara yang amat penting, yang disampaikan di dalam persidangan kali ini ialah wujudnya satu Pusat Kecermerlangan Walit Negara yang berpusat di UPM. Pusat ini menjalankan segala kegiatan berkenaan penyelidekan-penyelidekan yang berkait dengan industri walit di Malaysia. Kertas berkaitan dengan pusat ini dibentangkan oleh Ketua Pusat berkenaan , iaitu Profesor Datin Paduka Dr Aini Ideris yang bertajuk EBN COE: Towards Competitiveness and Sustainability. Saya penuh yakin dengan adanya pusat ini, industri walit akan dapat berkembang dengan lebih pesat dan lestari di masa-masa yang akan datang.

Skian,

Dr Azizol Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment