Saturday, December 1, 2012

YH Dato' Tok Teng Sai: Pasaran SBW akan pulih dalam masa terdekat?

Salam Sewalitan satu Malaysia,

Merujuk kepada Seminar Industri Walit 2012 Peringkat Kebangsaan yang baru lepas, pembentangan yang dibuat oleh YH Dato' Tok yang bertajuk INDUSTRI SARANG BURUNG WALIT: CABARAN DAN ISU DARI PRESPEKTIF INDUSTRI meyakinkan saya iaitu pasaran SBW akan pulih dalam masa terdekat.

YH Dato' sedang berusaha sedaya mungkin pada ketika ini, agar pasaran SBW tempatan pulih sebelum Hari Raya China yang akan datang, atau paling lewat pada perayaan (bagi kaum China) pada bulan Ogos, 2013 nanti.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk menyokong serta memuji usaha gigih beliau, sama ada yang sedang beliau jalankan mahu pun yang akan datang.

Selain daripada membawa wakil pemborong SBW dari negara China datang kesini, khususnya ke Seminar yang sama bagi menerangkan perihal mereka di China berkaitan dengan pemulihan pengimpotan SBW Malaysia. Belaiu juga sedang berusaha untuk membawa kumpulan pegawai dari negara China yang terlibat dengan pengimpotan SBW untuk memberikan taklimat kepada pengilang SBW, yang telah mendapat VHM daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dalam masa terdekat.

Selain daripada itu, baru-baru ini YH Dato' Tok juga telah ke negara China (Guangzao) dan mendapat maklumat daripada sana iaitu mereka yang terlibat dengan perdagangan SBW meminta supaya disegerakan pengekspotan semula SBW Malaysia ke China. Merka amat bimbang jika Malaysia tidak akan mengekspot SBW ke sana di masa-masa yang akan datang. Beliau turut di maklumkan di China terdapat kira-kira satu juta rakyat China yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dengan perdagangan SBW daripada Malaysia ini. Mereka memperolehi pendapatan daripada perniagaan SBW Malaysia. Bermakna hampir setahun sudah mereka ini tiada pendapatan, kerana inilah satu-satunya bidang yang selama ini mereka tahu dan terlibat untuk mencari rezeki.

Saya sendiri, pada satu ketika dahulu sebelum memorandum antara Kerajaan China dan Malaysia di tandtangani, pernah menyatakan kepada rakan sewalitan supaya kita harus membincangkan isu pengeksportan SBW Malaysia ke China dengan pihak Indonesia. Bukan sahaj sebagai setia kawan se ASEAN, tetapi Indonesia adalah pengeluar terbesar SBW dunia. Merka mampu berbuat sesuatu bagi memudaratkan industri kita disini jika kita tidak berhati-hati. Saya rasa gembira apabila YH Dato Tok menyatakan beliau telah ke Indonesia untuk berbincang dengan rakan sejawat beliau di sana baru-baru ini.

Di dalam lawatan beliau ke Indonesia itu, YH Dato Tok telah menerangkan kepada pihak Indonesia kenapa Malaysia perlu mengekspot ke China SBW yang separuh proses dan bukanya yang telah diproses sepenuhnya sahaja. Dato Tok terus menyatakan situasi di Malaysia dan Indonesia berbeza. Mereka di sana (Indonesia) mempunyai ramai orang yang memerlukan pekerjaan dan kos buruh di sana amat murah berbanding dengan Malaysia. Kos mencuci sarang di Malaysia sekitaran RM1,200 sekilogram berbanding dengan RM400 di Indonesia. Kita juga faham kenapa pihak Indonesia mengharamkan mengekdpot SBW yang tidak diproses. Mereka di sana memerlukan keuntungan tambah nilai daripada produk SBW.

Akhirnya, marilah kita bersama-sama YH Dato Tok di dalam usaha penyelesian isu ekspot dan pemasaran SBW dan akhirnya pasaran SBW tempatan.

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment