Tuesday, December 25, 2012

ALLUMINIUM CORNERS

Salam sejahtera,

Kebiasaanya di dalam sesebuah Rumah Burung Walit (RBW) kita menggunakan kayu meranti sebagai papan sudut, atau tiada papan sudut langsung. Papan sudut yang diperbuat daripada plastik juga telah digunakan dengan jayanya.

Kini saya mengenegahkan pula "papan sudut" yang diperbuat dari kepingan alluminium ( gambar berikut ).



Di dalam RBW yang saya lawati ini, hampir kesemua sudut menggunakan kepingan alluminium sebagai "papan sudut". Kelihatan walit menggunakanya tanpa masaalah. oooo sebelum saya terlupa, kepingan alluminium ini di larikkan dengan menggunakan paku, sebelum dipasang.

Menariknya penggunakan alluminium ini, ia jauh lebih murah sebagai papan sudut berbanding dengan penggunaan kayu meranti. Cabaranya pula, penggunaanya mewujudkan banyak rongga di sudut-sudut yang boleh menjadi lokasi lipas membiak dan menyurukkan dirinya.

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

2 comments:

  1. Terima kasih atas infonya.
    Semoga Dr meneruskan sumbangan bakti.

    ReplyDelete
  2. PENGGUNAAN ALLUMINIUM sekiranya rbw anda menggunakan blower penghembus air akan menjadikan sarang lebih kekuningan... makin tercemarlah keadaan sarang dan juga keadaan rekebentuk srg juga banyak rosak...sepatutnya gred-A AKAN menjadi gred-C...

    ReplyDelete