Sunday, December 9, 2012

KELAWAR MUSUH BURUNG WALIT

Salam sewalitan,

Kita semua mengetahui bahawa kelawar adalah musuh kepada burung walit. Bagaimana kita hendak mengetahui sama ada kelawar berada di dalam RBW milik kita?

Satu daripada tandanya, apabila kita memasuki dan memeriksa RBW, kita akan ternampak kelawar berkenaan sama ada beterbangan di dalam bangunan atau pun tergantung (hinggap) di papa sirip. Lihat gambar berikut.



Di RBW yang lain pula, saya mendapati kelawar seolah menyuruk di celah antara papan sirip dan beam bangunan (lihat gambar berikut).



Kita terjumpa kelawar, dalam kes ini, apa bila berjalan dimerata lokasi di dalam RBW dan terbau kelawar itu sendiri. Itu sebabnya saya menyatakan kepada ramai pengusaha supaya memeriksa ke pelusuk lokasi di dalam bangunan dari masa ke semasa.

Di dalam satu kes yang terbaharu, RBW ini baru berumur setahun. Burung walit memang ada mendiami rumah berkenaan, tetapi tidaklah banyak. Pemeriksaan ke seluruh kawasan lantai bangunan, disamping memeriksa tompok tinja walit, terdapat satu tompok seperti di dalam gambar berikut.



Ini adalah tompok tinja kelawar. Kelawar ini adalah jinis yang memakan serangga dan hampir sama besar dengan walit. Jika anda terjumpa dengan tompok sebegini, maknaya kelawar berada di dalam bangunan berkenaan. Jadi buatlah sesuatu bagi menghalau keluar dan menghalang yang baru daripada memasuki bangunan.

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment