Friday, January 6, 2012

WALIT TIDAK MENGOTORKAN BANDAR

Memang saya menyatakan walit TIDAK mengotorkan bandar. Kenapa saya membuat kenyataan sedemikian? Apa dalilnya saya berkata demikian??

Walit hanya membuang kotoranya semasa berada di sarangnya, atau pun semasa berada di dalam gua di mana ia bersarang. Jika kita pernah melawat gua di mana walit bersarang, kita akan dapati himpunan tinja walit di dalam gua, tetapi di puntu masuk ke gua atau pun sekitaranya tiada kelihatan banyaknya tinja sedemikian. Memang sudah menjadi perangai walit dan layang-layang lain juga, membuang kotoranya semasa berada di sarang. Tidak terkecuali juga layang-layang rumah. tetapi pihak tertentu tidak pula mengatakan ia mengotorkan bandar sedangkan layang-layang ini bersarang di kaki lima bangunan, dan bukan dalam bangunan seperti walit.


                                             HIMPUNAN TINJA WALIT DALAM GUA

Keduanya, kerana perangai walit itu sendiri, maka ia tidak mengotorkan bandar. Perangai walit yang saya maksudkan ialah, walit akan keluar beramai-ramai disubuh hari ke kawasan pemburuan makananya ( di kampung-kampung dan pendalaman) dan balik semula ke sarang atau rumah walit pada waktu maghrib. Hampir 90% keluar mencari makn sebegini. Kecuali walit-walit yang ada anak adan sedang mengeramkan telor tidak akan terbang jauh dan balik semula ke sarang.

Setelah kembalinya ke sarang, pada waktu maghrib,makanan yang diperolehi di cerna atau di hadzamkan dan beberapa jam kemudian barulah ia dikeluarkan sebagai tinja.

Pembuangan kotoran di dalam rumah walit tidak mengotorkan premis atau bandar. Ia akan senantiasa dibersihkan oleh tuan pemilik rumah berkenaan, sekurangnya sekali dalam sebulan. Ini adalah merupakan salah satu aspek pengurusan RBW yang perlu di laksanakan oleh pemiliknya dan yang kami ajarkan.

Sehubungan dengan hal ini juga, walit tidak boleh bertenggek seperti burung-burung yang lain. Jadi kalau kita sendiri melihat di bandar-bandar burung yang mana sebenarnya yang mengotorkan sekitaran, tetapi walit juga yang menjadi sasaran. Pihak terbabit kenalah membuktikan secara saintifik, misalnya melalu kaedah pengesanan DNA, yang mengotorkan bandar itu berpunca daripada burung walit. Disebaliknya, walit telah mengalahkan layang-layang rumah, yang satu masa dahulu banyak terdapat di kaki lima bandar, dengan memakan serangga yang juga menjadi makanan layang-layang rumah. Oleh kerana kalah dari persainagn ini layang-layang rumah terpaksa berhijrah ke laian-laian kawasan yang ada makanan. Ini bermakna walit telah membantu PBT membersihkan bandar.

Se perkara lagi, tinja walit ada harga atau ada nilai. Jika benarlah banyaknya tinja walit sampai mengotorkan bandar, saya yakin ada pihak yang telah mengutipnya seperti beri buruk dand i jual kepada pembelinya. Pada pandangan anda adakah ini berlaku? Tuan-Tuan sendiri tahu ia tidak berlaku.

No comments:

Post a Comment