Friday, August 26, 2011

RUMAH BURUNG WALIT BOLEH DIBESARKAN KEMUDIAN


Masih ramai di antara kita yang beranggapan sebuah rumah walit itu misti 3 tingkat dan sebesar 30 kaki lebar dan 80 kaki panjang. Harga pembinaannya ialah sekitaran RM350,000.00 sebuah.

Saya amat yakin, seekor walit tidak akan membuat pengukuran saiz bangunan, sebelum mendudukinya. Seterusnya walit tidak tahu sama ada rumah itu dimiliki oleh pengusaha Melayu atau pun China. Apa yang penting ialah rumah dibina mengikut keperluan walit, khususnya keperluan habitat mikronya. Misalnya, suhu dalm bangunan misti antara 26 ke 30 selsius, berkeadaan gelap, kelembapan melebihi 70%, tanpa diganggu dan selamat baginya.

Pengalaman saya menunjukkan, saiz rumah walit yang paling kecil dan berhasil, ialah sebesar 12 kaki lebar dan 20 kaki panjang dan setinggi dua tingkat di mana 10 kaki ketinggian setiap tingkat.



                                              RBW RM30,000.00 DI JERANGAU

Apa yang penting difahami, rumah sebegini boleh diperbesarkan kemudian (seperti yang terdapat di dalam gambar (teratas), yang mana rumah asal ialah yang di bahagian atas sekali yang diperbuat dengan menggunakan cement bord dan pada ketika itu berharga RM10,000.00 sahaja. Perkembangan yang pesat, diikuti dengan mendingding bahagian bawah bangunan serta menyediakan lubang antara lantai, supaya walit boleh turun dan bersarang di tingkat bawah. Perkembangan seterusnya, rumah ini disebar ke kiri dan ke kanan tanpa sebarang masaalah. Tuan-Tuan boleh melihat RBW ini di Mukah, Sarawak).

Bermakna bagi masyarakat Bumiputra yang menghadapi masalah modal, bermulah dengan rumah walit yang kecil dengan harga sekitaran RM30,000.00 sahaja. Kemudian apabila walit berhasil, simpanan hasil ini boleh digunakan untuk membesarkan rumah tersebut. Pada ketika itu juga pihak bank lebih mudah hendak memberikan pinjaman.

(IKLAN) CD PEMBINAN RBW MAMPU MILIK (KOS RM30,000.00)

BQ RBW ini adalah seperti berikut:-

1. Tiang konkrit siap (5"x5"x10') : 9 batang,
2. Bata simen: 2,800 keping,
3. Simen (50Kg/bag) : 20 bag
4. Kayu bruti (4"x4"x10'): 8 batang,
5. Kayu bruti (2"x4"x12'): 50 batang,
6. Kayu bruti( 2"x2"x12'): 30 batang,
7. Papan latai yang tidak di awet(1.5"x6"x10'): 60 keping,
8. Papan sudut (wood corners): 50 keping,
9. Atap asbestos (4'x10'): 35 keping,
10. Polystreen (2"x4'x8'): 55 keping,
11. Ceiling bord (4'x4'): 100 keping,
12. Papan sirip jinis meranti merah( 1"x6"x12'): 19 keping,
13. Paku (2"): 5 Kg,
14. Paku (5"): 2 Kg,
15. Audio Amplifier : 2 buah,
16. Tweeters : 30 buah,
17. Paip PVC (3") dan elbow : 26 set,
18. Sarang walit tiruan: 20 keping,
19. Lampu kalimantan: 4 batang.


CARA MENCONGAK JUMLAH TWEETERS YANG DIPERLUKAN

Salah satu soalan yang selalu dikemukakan kepada saya ialah: berapa jumlah tweeters yang diperlukan di dalam sesebuah RBW yang kita bina? Mudah sahaja. Jumlah keseluruhan luas bangunan di bahagi dengan 13, iyulah anggaran kasar jumlah tweeters yang diperlukan.

Sebagai contoh, bagi rumah yang sebesar 12'x20' dan 2 tingkat, jumlah keluasan keseluruhan bangunan ialah 480 kaki persegi. Apabila 480 dibahagi dengan 13, hasilnya ialah 36.9. Bermakna rumah sebesar ini memerlukan lebih kurang 37 buah tweeters. Apabila kita membuat perolehan eloklah dibeli lebih sedikit, kadang kala ada tweeters yang rosak.

GAMBAR RBW YANG SAYA BERIKAN KHIDMAT JURU PERUNDING

13 comments:

  1. Nak tau pelan dalaman rbw sperti diatas.tq

    ReplyDelete
  2. boleh assist sya..mohd khalid 0192190290..email klinikfamilibatucaves@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Bosku kalau nak buat 2 tingkat 6x6 2 tingkat berapa Kos bosku 😂

    ReplyDelete
  4. Nak tanya jika keluasan rbw 8x16 macam mana cara kiraan kalau nak tahu berapa banyak tweter d perlukan

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum.. Encik/puan/cik, kami mahu menjual tanah 4 ekar di "Mukim Paya Teh Jerantut, Pahang" jika encik berminat.. Ataupun ada kenalan encik yang berminat untuk membeli tanah kami.. Encik boleh menghubungai no ini 0164800613(Cik Fiza) / 0185725469(Pn.Siti) terima kasih😊

    ReplyDelete
  6. kalau 6x8 2 tingkat berapa kos nya bosku

    ReplyDelete
  7. kalau 6×8 2 tinkat berapa teweter diperlukan

    ReplyDelete
  8. Saya sangat berminat dlm bidang ini,nak buat sbelah rumah jer bersaiz 20x20 setingkat budgetrm10k.

    ReplyDelete
  9. zaman dulu bolehla nkbuat kecil kecil sbb burung tiada pilihan. sekarang rumah burung bersepah. antara 5 bintang ngan 2 bintang takkan mereka suka kecil dan agak panas dan tempat utk diexplorepun kecil....

    ReplyDelete
  10. zaman dulu bolehla nkbuat kecil kecil sbb burung tiada pilihan. sekarang rumah burung bersepah. antara 5 bintang ngan 2 bintang takkan mereka suka kecil dan agak panas dan tempat utk diexplorepun kecil....

    ReplyDelete
  11. Mcm mn nk hubungi tuan yea??

    ReplyDelete