Friday, August 26, 2011

SAIZ PERMINTAAN SBW DUNIA SEKITARAN RM12 BILLION SETAHUN

Daripada RM12 billion nilai permintaan ini, hanya 30% sahaja yang dapat dipenuhi. Bermakna, permintaan SBW jauh melebihi penawaran. Mengikut percaturan ekonomi, keadaan ini mewujudkan harga pasaran yang senantiasa tinggi. Pengeluar utama ialah Indonesia. bakinya dikongsi oleh Malaysia dan Selatan Thai.

Nilai ekspot SBW negara ketika ini ialah sebanyak RM1 billion. maklumat dari rakan-rakan sewalitan pula menyatakan nilai ekspot kita telah menjangkau nilai RM5 billion. Bagi Malaysia, 90% hasil RBW kita diekspot ke negara China. Apa pun nilai ekspot sebenar, ia adalah merupakan satu nilai yang tidak boleh dipandang remeh. Orang Melayu khususnya perlu terlibat secara aktif.

Walit bersarang putih hanya terdapat di Asia Tenggara, yang melibatkan Malaysia, Indonesia, Selatan Thailand, Selatan Myanmar,Vietnam, Pulau Palawan dan Brunei (dalam kawasan garis bertitik peta diatas ).

Dalam kawasan ini terdapat tidak kurang daripada 200 juta umat Islam. Nampak gaya Tuhan hendak memberikan rezeki daripada langit ini kepaada umat Islam. Ini berasaskan Surah Al-zariat ayat 22 dan doa sunat duha yang kita baca...

Surah Az-Zariyat ( Angin yang menerbangkan ) ayat 22 "...dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezeki mu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu..."

Doa Sunat Duha " Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktumu, kecantikkannya adalah kecantikkanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekekuasaanmu, dan perlindungan itu perlindunganmu, Ya Allah, jika ada rezeki ku masih di langit, turunkanlah dan jika di dalam bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram suchikanlah dan jika jauh dekatkanlah.."

Rezeki daripada langit biasanya kita kaitkan dengan air hujan. Air hujan yang lebat boleh jadi tidak terkawal dan mengakibahkan banjir besar serta malapetaka yang berkaitan. Tetapi bila kita BUAT empangan, kita dapat mengelakkan banjir daripada berlaku(satu rahmat) dan yang lebih penting lagi kita boleh menjana kuasa elktrik (satu nikmat) dan juga bekalan air untuk pengairan sawah padi. Bila kita BUAT sawah padi mengikut tertibnya kita akan mendapat rezeki yang melimpah ruah, tambahan pula kita boleh menanam padi dua kali dalam setahun apabila bekalan air mencukupi daripada empangan tadi.

Ini memberi makna, jika kita berkehendakkan rezeki daripada langit (dalam kes ini SBW), kita kena BINA rumah burung walit barulah kita boleh mengecapi rezeki tersebut. Jika kita tidak berbuat sessuatu, hanya dengan berdoa semata-mata, sampai ke akhir zaman pun kita tidak akan mendapat nikmatnya. Renung-renungkanlah...jom kita buat RBW.

Daripada peta yang sama, satu lagi perkara penting yang boleh kita ambil perhatian. Di Malaysia kita amat suka dengan undang-undang sehinggakan seolah mengekang industri ini untuk terus maju dan memberikan sumbangan kepada rakyat negara kita. Undang-undang yang lama dan tidak lagi menymbang kepada kemajuan perlu difikirkan untuk dipinda atau ditambah nilai, supaya akhirnya rakyat maju. KIta jangan semudah itu mencontohi apa yang telah berlaku di negara lain. Kita ada acuan pembangunan kita sendiri dan lebih penting kita boleh berbuat sesuatu yang jauh lebih baik. Undang-undang ini juga perlu berlandaskan syarak.

Jadi bagi mereka yang ada modal, dan rumit untuk membangunkan industri ini di Malaysia, anda berpeluang luas untuk membuat pelaburan dan berhijrah ke negara-negara yang terdapat di dalam lingkungan kawasan terdapatnya walit bersarang putih. Fikirkan lah..

No comments:

Post a Comment