Thursday, February 23, 2012

Harga SBW Jatuh Ke Paras Terendah: Apa strategi dan tindakan kita?

EDISI 25.03.12


Komoditi yang diperdagangkan di peringkat antarabangsa, ada ketikanya harga akan jatuh dan ada ketikanya pula naik. Sebagai contoh, komoditi minyak sawit dan getah asli. Saya percaya SBW juga tidak terkecuali daripada tekanan dan gangguan pasaran, yang mana akhirnya memberikan kesan kepada harga komoditi ini di Malaysia.


Pada tahun 1980, SBW mentah pernah diperdagangkan pada harga RM320.50 sekilogram. Mana kala pada tahun 1990, ia diperdagangkan dengan harga RM900.00 untuk sekilogram.


Apakah kita patut memberhentikan niat kita untuk terlibat dengan bidang usaha walit ini? Jawapan saya TIDAK bahkan inilah masa yang paling sesuai untuk kita memulakan projek rumah walit. Ikuti pendapat saya seterusnya:-


1. Jika masih ada pembeli dan berterusan, pada harga RM1,000 sekilogram, pelaburan untuk pembinaan RBW adalah merupakan satu pelaburan yang baik.


Sebagai contoh: Jika anda membuat pelaburan sebanyak RM100,000.00 untuk sebuah RBW. Rumah ini dianggarkan berskala 20'X40' dan dua tingkat. Pada tahun ke dua, rumah ini mampu menghasilkan sebanyak 1Kg sarang sebulan (bahkan lebih daripada itu). Sebagi pengiraan mudah, dalam SETAHUN anda akan mendapat pulangan sebanyak RM12,000.00. Secara kasarnya kadar pulangan kepada pelaburan anda (ROI) ialah 12% pada tahun ke dua. Pada tahun berikutnya, dengan kadar penghasilan yg sama ROI anda ialah 13.6%. Ada juga tahu penghasilan sarang akan naik dari tahun ke setahun.


Kalau anda perhatikan ROI 12% pun, ASB pun tidak mampu memberikan kadar dividen setinggi itu. Apatah kalau ia meningkat ke tahap 15% pada tahun yg ke 4. Apakah ia maisih tidak menguntungkan?


2. Sebagai perbandingan, barangan apa atau komoditi apa yang boleh memberikan harga setinggi RM1,000 sekilogram, dan tanpa kos? Saya tak nampak...Semalam (23hb.Februari,2012) sebuah kedai China di Kuantan menyatakan kepada saya, kalau gred AB, mereka sangup beli dengan harga RM1,700.00 sekilogram.


3. Jika dahulu, misalnya RBW kita menghasilkan 1 kg mentah (Tahun 2010) dan anda mendapat pendapatan RM4,000.00 sebulan. Pada harga RM1,000.00 sekilogram, untulk mendapat RM4,000.00 sebulan anda perlu ada kira-kira 4 kilogram sarang. Anda masih boleh mendapat RM4,000.00 sebulan apabila umur rumah walit telah mencapai 4 atau lima tahun. Maknanya, anda hanya perlukan masa sahaja, tanpa apa-apa tambahan kos yang baru. Dalam tempoh memberikan masa itu, kebarangkalian harga melonjak naik masih ada.


4. Masa di mana harga SBW rendah, adalah merupakan masa yang paling sesuai untuk kita memulakan projek. Kerana apa?


4.1. Kerana penghasilan SBW akan hanya bermula 2 tahun daripada sekarang. Pada hemat saya 2 tahun terhadapan ini, harga SBW akan pulih beransur-ansur. Ini juga bermakna, apa sahaja harga dalam tempoh ini, tidak akan menjejaskan anda, mungkin kebimbangan anda sahaja.


4.2. Saya telah difahamkan, kejatuhan harga SBW di pasaran pada hari ini, telah memberikan kesan kepada barangan untuk binaan RBW. Misalnya dahulu harga papan sirip Meranti merah (gred A) ialah RM2,800 untuk setan. Sekarang ia telah turun kepada RM 2,400.00 setan. Demikian juga halnya kepada bahan binaan yang lain. Maknanya sekarang kita boleh memperolehi sebuah RBW dengan kos yang lebih murah daripada sebelum ini. Bukan kah ini satu peluang?


4.3. Hasil jualan SBW, sesuai terus dilaburkan dengan membeli emas atau pun menyimpah ke dalam akaun emas di bank-bank tempatan. Pendekatan ini bagi tempoh jangka sederhana dan jangka panjang membolehkan wang kita terus berkembang sama dengan keadaan pasaran sekarang di mana harga sekilo serendah RM1,000.00


5. Pelaburan dengan membina RBW dengan kos sederhana, misalnya RM75,000.00, pada pendapat saya adalah merupakan satu pelaburan yang baik untuk memberikan pasive income (net) RM2,000.00 sebulan.


Fikir-Fikirkan...


Skian.

Sunday, January 15, 2012

PROJEK RUMAH BURUNG WALIT YANG SAYA BERIKAN KHIDMAT RUNDINGCARA

Saya mula memberikan khidmat runding cara dalam pembinaan Rumah Burung Walit (RBW) pada pertengahan tahun 2011, setelah hampir setahun saya bersara daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Khidmat ini mula saya berikan setelah terlibat aktif hampir selama 3 tahun di dalam industri walit dan apa yang lebih penting lagi ialah RBW yang saya bina dan uruskan pada waktu itu telah menampakkan prestasi yang amat memberansangkan.


Semenjak dari tarikh tersebut, saya telah memberikan khidmat rundingcara pembinaan rumah walit yang baru, sebanyak 14 buah projek yang terletak di Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka. Sebanyak 6 projek ubahsuai dan baikpulih projek walit yang tidak didiami walit yang terletak di Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu.


Berikut dipaparkan beberapa projek contoh yang mana saya adalah perunding projek-projek berkenaan.


 
Lokasi: Termerloh (20' x 40') Dua Tingkat

                                       Lokasi: Rembau (30' x 60') Tiga Tingkat

                             Lokasi: Maran ( Rumah Kediaman Yang Diubahsuai)


Sesiapa yang berhasrat untuk mendapatkan khidmat rundingcara ini, perhatikan kadar khidmat tersebut di dalam paparan berikut, kemudian jika setuju dengan kadar berkenaan , sila hubungi saya.




Saya menunggu sms atau e-mail dari anda.

Saturday, January 7, 2012

KIRA-KIRA 90% PREMIS WALIT SELURUH NEGARA MILIK ORANG CHINA

Kini terdapat kira-kira 70,000 premis walit di seluruh negara.


Statistik tahun 2008, dan berkemungkinan juga sekarang, menunjukkan penglibatan masyarakat Bumiputra dalam bidang usaha ini hanyalah sekitaran 8%. Kenapa demikian? Situasi ini wujud mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, di antaranya ialah:-


1. Masyarakat Bumiputra tidak mendapat maklumat sebenar mengenai industri dan bidang usaha ini,
2. Berkaitan dengan hal yang sama, mereka berkemungkinan juga tidak jelas tentang potensi bidang usaha ini tehadap pendapatan mereka, dan
3. Kemungkinan juga, mereka yang ingin terlibat, tetapi tidak meneruskan niat tersebut disebabkan gambaran, yang dipamirkan oleh orang China, untuk terlibat di dalam sesuatu projek RBW ini memerlukan belanja yanga amat besar, sekitaran RM300,000.00 dan ke atas.


Walhal, YAB Perdana Menteri pada tahun 2009 lagi telah menyatakan bahawa industri burung walit (atau layang-layang gua) ini mampu mengtransformasikan ekonomi Malaysia dan Bumiputra.





Kenapa perkataan Bumiputra digandingkan dengan transformasi ekonomi Malaysia, dalam hal ini? Ini adalah disebabkan majoriti tanah-tanah pertanian dimiliki oleh masyarakat Bumiputra. Kawasan di desa-desa ini adalah merupakan lokasi yang terbaik untuk didirikan rumah walit. Walit memburu makanannya di kawasan perkampungan. Tetapi masih ramai di antara mereka yang memiliki tanah ini masih tidak sedar bahawa mereka berada di lokasi "rezeki daripada langit" terdapat dengan banyak sekali.


Anda semua mungkin masih ingat sejarah industri getah negara. Sungguh pun estet getah yang besar-besar dimiliki oleh orang-orang China, tetapi 70% penghasilan getah negara datangnya daripada para pekebun kecil getah. Kita mamapu mewujudkan situasi yang sama dengan industri sarang burung walit. Jika masyarakat Bumiputra tidak dilibatkan secara besar-besaran, berkemungkinan transformasi ekonomi Malaysia (melalui bidangusaha penghasilan sarang burung walit) mungkin sukar untuk berlaku.


Bagi membantu orang Melayu untuk mendapatkan maklumat serta informasi industri burung walit yang tepat dan terkini, saya mengajak tuan-tuan supaya menyertai mana-mana kursus, sama ada oleh JPV atau pun anjuran syarikat-syarikat lain yang berwibawa dalam industri ini. Syarikat kami yang berpengkalan di Alor Gajah Melaka turut mengadakan kursus-kursus yang berkaitan dengan industri ini SETIAP BULAN di sepanjang tahun 2012 ini. Lihat iklan berikut,






PERANAN AGRO-BANK DALAM MENYEDIAKAN DANA UNTUK INDUSTRI WALIT

Di dalam satu sessi seminar industri walit di Termerloh yang telah diadakan pada 24hb Disember, 2011, pihak Agro-Bank menyatakan dana Skim Mikro masih ada peruntukan.



Friday, January 6, 2012

POTENSI RBW YANG KITA MILIKI

Jumlah sarang yang terdapat di dalam sesebuah RBW ( andai kata semuanya berjalan dengan sempurna dan diurus dengan betul) boleh dianggarkan dengan menggunakan formula tertentu.

Formula ini diguna pakai bagi RBW yang telah berumur 5 tahun. Daripada sini anda boleh mengira dengan mudah anggaran hasil sarang pada tahun ke 2, 3 dan ke 4.

Formulanya ialah:-

(luas bangunan)x berapa tingkatx5 = Jumlah SBW setahun.

Apabila nilai di atas dibahagi dengan 120, anda akan dapat hasil setahun dalam Kilogram (kerana 120 sarang biasanya 1Kg). Kalau berat sarang di kali dengan harga sarang, kita akan dapat nilai pendapatan setahun, bagi RBW yang kita miliki itu. Untuk mendapatkan pendapatan sebulan , nilai tersebut di bahagi dengan 12.


WALIT MAMPU LONJAKKAN PENDAPATAN PERKAPITA

Kajian saya, terhadap satu keluarga Bumiputra di Rompin, Pahang, meyakinkan saya bahawa bidangusaha walit mamapu tingkatkan pendapatan secara significant. Bermakna kita kenalah bina rumah walit. Keluarga berkenaan, sebelum terlibat dengan bidangusaha walit mendapat pendapatan secara purata RM350 percapita sebulan. Setelah setahun RBW didirikan, hasil walit mula dipungut, pendapatan mereka meningkat dengan mendadak kepada RM1,350.00 percapita sebulan. Lihat gambar berikut.





RUMAH BURUNG WALIT BOLEH DIBESARKAN KEMUDIAN


Ramai yang beranggapan sebuah RBW misti besar dan tinggi, misalnya berukuran 30'(lebar) x 80'(panjang) dan setinggi 3 tingkat. Tinggi setiap tingkat ialah antara 10' ke 15'. Ini gambaran yang ditunjukkan oleh orang China. 


Sebenarnya, RBW boleh didirikan kecil, misalnya berukuran 12'(lebar) x 20'(panjang) dan dua tingkat. Tinggi setiap tingkat ialah 10 kaki. Rumah walit ini boleh dibangunkan dengan harga RM30,000.00 sahaja. Bahkan ianya mungkin boleh didirikan dengan harga yang lebih murah di tempat-tempat tertentu. Rumah walit ini boleh dibesarkan kemudian, dengan menggunakan hasil walit yang dikumpul. Lihat gambar-gambar berikut;



                                                RBW DIBESARKAN KEMUDIAN

FAKTA KEJAYAAN BIDANG USAHA PENGHASILAN SARANG WALIT

Amnya, kejayaan sesuatu projek RBW bergantung kepada 3 perkara pokok, seperti berikut:-

1. Kesesuaian tapak: 40%
2. Habitat dalaman RBW: 40%, dan
3. Suara memikat yang betul: 20%

Hampir di mana jua di Malaysia ada burung walit. Tetapi kita perlu berwaspada, terutamanya di lokasi-lokasi yang baru dan di pendalaman.

Lokasi yang palaing hebat untuk didirikan sebuah RBW ialah di tapak yang berhampiran dengan RBW atau kelompok RBW yang berjaya. Selain daripada itu, tempat yang juga sesuai untuk didirikan RBW ialah di laluan walit pergi atau balik daripada pemburuan makananya. Kita kenalah membuat sedikit pemerhatian, sama ada tapak kita ada itu berada di lalauan walit atau pun tidak. Satu cara lain jika mendapati sesuatu lokasi itu adalah laluanya, adalah wajar jika berusaha membeli sebidang tanah di kawsan berkenaan, atau pun memilih untuk menjadi rakan kongsi kepada pemilik tanah disitu.

Bagi kawasan yang baru, atau tanah-tanah yang berada di pendalaman dan jauh daripada penempatan manusia, walau pun ada kelihatan walit beterbangan diudara, amatlah penting dilakukan ujian penentuan sama ada lokasi berkenaan sebenarnya ada walit atau burung seriti. Apabila burung-burung ini terbang di angkasa, sukar saya nak bezakan antara seriti( atau walit padi) dengan walit yang sebenarnya.



                               ALAT MENGUJI KEHADIRAN WALIT
                           DIJUAL DENGAN HARGA RM750.00 TERMASUK
                       PENGHANTARAN. BERMINAT SILA HUBUNGAN SAYA





Kita buat RBW di mana ada burung dan bukanya di mana ada tanah.

Saya telah membuat beberapa penelitian, burung seriti terdapat di kawasan-kawasan seperti Kg Jongok Batu (Dungun , Terengganu), Selendang (Rompin, Pahang), Cameron Highland (Pahang), Kudat (Sabah), Sandakan (Sabah) dan di Kinabalu Park(Sabah).

                                                SERITI DI DI SANDAKAN, SABAH


Habitat dalaman RBW amat bergantung kepada rekabentuk bangunan, struktur siling dan atap dan ketebalan dinding rumah berkenaan. Di antara habitat walit yang biasa diperkatakan ialah:-

1. Adanya ruang legar, berukuran sekurangnya 8'x8',
2. Suhu dalam bangunan: 26 -30 darjah selsius,
3. Kelembapan: 75% dan ke atas,
4. Berkeadaan gelap,
5. Bebas daripada sebarang gangguan, terutamanya manusia, dan
6. Ada aroma atau miasmata walit di dalamnya.


Untuk mengurangkan kos, seeloknya jajaran RBW kita adalah mengikut arah Timur-Barat. Jika jajaran ini diikuti, bermakna kita hanya perlu memberikan tumpuan kepada bahagian atap bangunan dan kedua-dua didnding yang terkena sinaran mataharai secara terus sahaja. Kedua -dua dinding ini perlu dibuat daripada dua lapisan bata merah atau pun bata tersebut "di ikat 9". Tetapi jika RBW yang hendak kita bina itu di satu kawasan yang lapang, jajaran Timur-Barat sahaja tidak berapa berkesan untuk mengurangkan haba yang memasuki bangunan. Dalam keadan ini pada pengalaman saya sesuai ke empat-empat dinding dibina secara dua lapis bata.

Bahagian bumbung, anda boleh menggunakan atap jinis ardex. Bahan atap seperti zink tidak sesuai kerana agak panas dan tidak digalakkan. Pisahkan banagian atap dengan menggunakan slab 4" atau menggunakan lapisan cement bord , lapisan udara (2"), dibawahnya diletakkan polystreesn 2"dan dilapik di sebelah bawah sekali dengan dengan siling biasa. Struktur ini diterangkan dengan lebih jelas di dalam kursus yang kami anjurkan.





Suara memikat yang betul menyumbang kepada keberhasilan RBW. Pemilik RBW yang baru, saya menyarankan supaya anda memiliki sekurangnya 5 buah lagu memikat (suara luar). Anda perlu sedar bahawa, lagu memikat yang hebat di lokasi A, tidak semestinya diminati walit di lokasi B. Pada pengalaman saya, yang penting adalah memerhatikan respon walit terhadap lagi memikat yang kita mainkan.

Biasanya kita memulakan suara memikat di sebelah petang selepas jam 3. Perhatikan respon walit sehingga ke jam 7 petang. Jika tiada walit yang datang atau tertarik kepada suara yang di mainkan, tukar kepada lagu yang lain. Ulanglah pemerhatian ini sehinggalah walit berminat kepada suara yang kita mainkan. Maksud berminat itu ialah: walit akan berkeliaran di atas RBW kita dan ada diantaranya yang terbang menuju ke speaker atau tweeter dan hinggap di situ buat seketika dan terbang semula. Maka itulah lagu yang seharusnya digunakan di RBW anda.





Suara memikat ( suara luar) di sarankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) supaya dibunyikan tidak melebihi 40dB kekuatanya. Suara ini dibunyikan antara jam 6 pagi sehinggalah ke 8 malam sahaja. Selepas jam 8 malam suara memikat (suara Luar) ini sepatutnya tidak dimainkan lagi, kerana hampir kesemua walit telah memasuki rumah masing-masing. Gunakanlah timer yang sesuai, supaya suara luar ini dibunyikan pada tempoh tersebut sahaja.

Suara dalaman bangunan dibunyikan 24 jam terus menerus. Suara ini tidak kedengaran daripada luar.

Jika anda semua mematuhi panduan ini, isu bising yang kerap dikaitkan dengan industri walit ini adalah tidak tepat sekali.

SARANG BURUNG WALIT BOLEH DIMAKAN

Satu ceramah bertajuk " Industri walit dari prespektif Islam" telah di sampai oleh Ybhg Dato' Mahadi bin Dahlan (Imam ke 2 Masjid Negara Kuala Lumpur) dengan jelas menyatakan memakan sarang burung walit adalah HARUS.


AKTIVITI MENCUCI SARANG BURUNG WALIT

SBW yang mentah, bagaimana bersih sekali pun kelihatanya, masih terdapat bulu-bulu halus serta kotoran lain yang perlu dibersihkan sebelum ia boleh digunakan sebagai bahan makanan. Syarikat kami menjalankan kaedah tertentu untuk mencuci sarang, sungguh pun masih secara manual, bagi mengurangkan kandungan nitrite yang mungkin terdapat di dalam sarang berkenaan.

Aktivit mencuci sarang ini, bagi mereka yang baru, akan memakan masa sehari. tetapi kamai akan menunjukkan dan anda turut melakukanya, proses-proses pencucian tertentu sebagai usaha untuk memberikan pengalaman mencuci sarang yang betul.




KHASIAT SBW

Jika kita perhatikan iklan produk tempatan, sama ada melalui radio mahu pun melalui akhbar-akhbar, hampir semuanya memperakukan bahawa produk masing-masinglah yang terhebat, di antara produk-produk hebat yang lain.

Tidak kurang juga dengan SBW. Ia juga terbukti mempunyai khasiat tertentu dan kehebatnaya juga. Oleh sebab itu kami di AG Walit menganjurkan kursus mencuci sarang burung walit, supaya pemilik RBW nanti tidak membelakangkan kepentingan diri dan keluarga terhadap khasiat SBW ini.

SBW mempunyai kandungan seperti berikut:-

1. Protein: 30-50%
2. Karbohidrat: 13.8%
3. Lemak: 0.9%
4. Abu: 11.1%
5. Serat kasar: 0.29%
6. Air: 19.9%

Juga dimaklumkan, kualaiti protin yang terdapat dalam SBW adalah yang mempunyai nilai biologi yang tinggi, kerana ia mengandungi 7 daripada 10 Essential Amino Acids yang diperlukan tubuh manusia.

Di samping itu juga SBW menagandungi garam galian seperti kalsium,Phosphorus dan besi.Apa yang lebih terpenting bagi SBW ialah kandungan kalsiumnya yang 2 kali ganda yang terdapat dalam susu (485mg berbanding 275mg). SBW juga mengandungi bitamin A, B dan C.

memakan SBW kerap dikaitkan dengan awet muda. Sukar dibuktikan, tetapi ada pihak-pihak yang membuktikanya ia betul dan suku kaum IDAAN di Kunak Sabah juga dikaitkan sebagai bukti.

SBW turut dikaitkan membantu mempercepatkan sembuhnya luka. Ada testimoni hidup yang meyakinkan saya bahawa ia sememangnya membantu mempercepatkan sembuh luka. Ini bermakna ia amat sesuai dimakan oleh ibu-ibu selepas melahirkan anak, kes-kes kecederaan badan, dan kes-kes pembedahan.

SBW juga terbukti membantu melega dan merawat penyakit lelah. Sesuai bagi segenap lapisan umur. Bagi mereka yang kerap merasa keletihan badan yang tidak menentu, mengamalkan memakan SBW terbukti meningkatkan tenaga dan menghilangkan keletihan yang berpenjangan ini. Ini juga merupakan pengalaman saya sendiri.

(IKLAN PRODUK SBW).