BAB 01
Salam hormat,
Di dalam dua penulisan yang akan datang, saya akan menerangan beberapa perkara/prinsip berkaitan financial litteracy, yang perlu difikirkan oleh setiap pengusaha untuk berjaya dan terus maju kehadapan.
Prinsip pertama: Membuat catitan dan menyimpan rekod semua perbelanjaan yang anda buat.
Bagi saya ini merupakan asas kepada segala bentuk kejayaan dalam hal-ehwal kewangan. Prinsip ini juga, mengikut pengalaman saya, merupakan TINDAKAN harian yang paling sukar untuk di lakukan dan secara berterusan. Jadinya, kalau perkara ini tidak mampu atau tidak boleh anda laksanakan, usaha untuk mereliasasikan konsep jutawan senyap juga tidak akan berlaku, berapa besar sekalilah penghasilan bulanan SBW anda.
Sukar bagaimana pun, jika anda inginkan kejayaan, usahakan juga secara perlahan-lahan sehinggalah ia menjadi perangai (habit) harian anda.
TINDAKAN ini misti mendahului prinsip-prinsip pengurusan kewangan yang lain.
Prinsip ke dua: Makna perkataan jutawan.
Anda belum mencapai taraf jutawan sebenar, walau pun anda telah ada dalam simpanan bank wang sejumlah RM1 juta, hasil dari penjualan SBW selama 5 tahun misalnya. Kenapa saya berkata demikian? RM 1 juta itu adalah merupakan nilai aset sahaja dan dalam bentuk wang tunai. Jika dalam pada masa yang sama anda juga masih mempunyai hutang kereta bernilai, misalnya RM30,000.00, jadinya NILAI BERSIH (Net Worth) anda sebenarnya kurang daripada RM1 juta. Dengan lain perkataan anda belum lagi mencapai taraf seorang jutawan yang saya maksudkan itu.
Bermakna NILAI BERSIH anda perlulah ada RM1 juta, barulah anda layak dikatakan telah mencapai tahap jutawan senyapa tadi.
Di dalam slide berikut saya paparkan sedikit gambaran, bagaimana NILAI BERSIH ini boleh dikira atau dinilai pada satu-satu tarikh tertentu. NILAI BERSIH ini lah merupakan kayu pengukur yang perlu anda gunakan dalam membuat penilaian status kewangan anda pada bila-bila masa.
Daripada slide di atas tadi, maknanya anda juga perlu mencatit/merekod segala jenis tanggungan atau liability anda masing-masing.
Sekian dahulu, akan bersambung..
Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).
No comments:
Post a Comment