Wednesday, January 8, 2020

ILMU KEWANGAN UNTUK PENGUSAHA SBW BAB 02



BAB 02


Salam hormat,

Bersambung daripada penulisan di Bab 01, seterusnya untuk berjaya dalam ekonomi anda perlu mengamalkan gaya hidup yang sederhana dan senantiasa berjimat cermat.

Prinsip 03: Berjimat Cermat

Apabila kita berjimat cermat, lama kelamaan kita akan dapat mengurangkan, terutamanya hutang, dan tanggungan (libility) yang terdapat di dalam slide sebelum ini. Akhirnya amaun libility anda akan mengecil dan NILAI BERSIH anda terus meningkat.

Satu kaedah untuk mengawal perbelanjaan dan berjimat cermat ialah dengan menggunakan konsep budgeting. Budgeting bermakna pelan perangcangan penggunaan wang pendapatan anda, dalam kes ini misalnya penggunaan wang pendapatan hasil jualan SBW dirancang awal penggunaannya. Di dalam merangka penggunaan wang pendapatan daripada penjualan SBW, letakkan kira-kira 10% daripada jumlah pendapatan itu untuk penabungan dan untuk tuannya yang berusaha. Penting untuk beristikomah dalam perkara ini. Kaedah ini juga akan beransur-ansur memperkecilkan nilai hutang (Libility) anda dan meningkatkan tabungan (Aset).

Di dalam bab berjimat cermat ini, pokok yang perlu senantiasa anda ingat bila hendak berbelanja ialah: berbelanja apabila benar-benar perlu sahaja. Maknanya, setiap kali hendak membuat sesuatu pembelian tanya diri kita sama ada perbelanjaan yang hendak dibuat itu perlu atau pun tidak. Saya sedar makna perkataan perlu ini berbeza antara kita. Apa pun ada buatlah ketetapan untuk diri anda mana yang perlu dan mana yang tidak. In sha Allah anda akan maju kehadapan.

Secara umumnya hampir 70% penggunaan wang pendapatan digunakan untuk pembelian makanan dan bahan makanan untuk keluarga. Kalau anda perhatiakan dirumah-rumah, kira-kira 30% daripada makanan yang dimasak terbuang begitu sahaja. Cadangan saya elakkan pembaziran makanan ini, masak yang perlu dan boleh dimakan dengan habis sahaja. Perhatikan kanak-kanak, nasehatkan mereka supaya menghabiskan segala makanan yang mereka ambil. Berikan perhatian yang khusus bab pembaziran makanan ini termasuk di bulan puasa.

Sepekara lagi, selenggara kereta anda dengan baik supaya tempoh hayat kenderaan anda jauh lebih lama dengan itu boleh mengelakkan anda terus berhutang. Jika kenderaan anda masih elok dan boleh digunakan, elak daripada menukar kepada kenderaan yang baharu. Perangai orang Melayu, ada duit tambahan sedikit dah nak tukar kereta. Jika pengusaha SBW kerap bertukar kenderaan, maknanya memanjang dan membersarkan hutang pembelian kereta, sukar lah anda untuk mencapai taraf jutawan senyap.


Prinsip 04: Pelbanyakkan pelaburan

Sesuatu pelaburan jauh lebih berpotensi dan berkemampuan untuk menghasilkan lebih banyak wang daripada anda sendiri yang berusaha (bekerja) sekuat-kuatnya. Itulah satu nasehat daripada mereka yang telah mencapai tahap jutawan.

Di sini anda telah mengubah daripada satu pelaburan (RBW) kepada beberapa pelaburan yang lain. Setiap tahun anda perolehi dua pendapatan dari pelaburan-pelaburan ini. Pertama dalam bentu keuntungan perniagaan atau dividen dan keduanya nilai pelaburan/perniagaan anda juga turut meningkat.

Pelaburan-pelaburan ini akan mempercepatkan perkembangan nilai aset anda dan masa perjalanan anda ke arah seorang yang bergelar jutawan. Jika RBW anda bermasaalah pun pada suatu ketika, pelaburan-pelaburan ini akan terus memberikan pulangan dan membantu anda ke arah taraf jutawan.


Sekian dahulu dan bersambung..



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)

No comments:

Post a Comment