Wednesday, June 18, 2014

TROLEY MEMUNGUT SARANG REKAAN SYARIKAT SOUTH SEA HUNT SDN BHD

Salam hormat,

Semasa saya melwat sebuah RBW yang dibina olih syarikat South Sea Hunt Sdn Bhd di Kuala Sedeli pada bulan lepas, saya ditunjukkan sebuah troley ciptaan syarikat ini bagi tujuan memungut sarang walit. Lihat gambar berikut.



Pada pandangan saya troley ini amat bagus bagi kerja-kerja memungut sarang.  Dengan menggunakan troley ini, anda boleh kemana-mana di dalam rumah berkenaan, di lantai yang sama, hanya anda seorang sahaja tanpa memerlukan bantuan orang lain. Alat ini dilengkapkan dengan sebuah ruang untuk meletakkan bekas untuk mengisi sarang. Perhatikan di dalam gambar berikut (yang seperti lubang permainan net-ball )


Jika anda mempunyai RBW yang besar, alat ini amat memudahkan kerja anda. Cumanya jika RBW anda bertingkat-tingkat, disetiap tingkat anda perlu ada satu unit troley. Bermakna satu kos tambahan. Saya tidak pula dinyatakan berpa anggaran kos pembinaan sebuah troley ini.



Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment